Sunday, February 27, 2011

Cloth DIapers ( Kain Lapin Moden )

Cloth Diapers

Koleksi - koleksi DC aku dah kumpul..


                Cloth Diapers atau sekarang dikenali kain lampin moden makin diminati ramai. Walapun pada awalnya aku rasakan mahalnya RM 25 sekeping..tp bila dah cenderung dalam berCD ni harga RM 60 ke atas pun aku beli untuk kepuasan diri memandangkan corak-coraknya yang cantik dan nak try mcm-mcm jenama . Memang berCD berjimat, dah payah beli pampers,huggies, or etcs iaitu disposable diaper atau dikenali ‘DD’ yang berharga lebih kurang RM 30 lebih kan sebulan. Comel bila dah melekat kat punggung tu Darius. Aku masih lagi dalam line penjimatan coz untuk Mikael baby aku berusia 3 bulan aku pakaikan CD yang kepunyaan Darius untuk waktu siang..Cuma malam je aku berDD. So DD dia tahanla 2 bulan sepack. Bkn apa, kalau berCD ni mmg leceh kena tukar banyak kali. Takut malam bila tak sedar nak menyalin CD nanti jadi ‘nappy rash’ pulak.

Sekarang aku dah ada dalam 20 keping. Cukuplah untuk rotate tiap-tiap hari. Kalau boleh memang nak merasa dari jenama BUM GENIUS, apa lagi yerk..tk igtla pulak kira CD dari US. Munurut mommies yang berCD,  mmg berkualiti CD dari US tp harga la tak hengat..RM 90 sekeping.. kalau beli yang mahal cam tu bukan kira jimat dah, tu lebih kepada minat.. Tp sejak dua menjak ni aku dah cenderung kepada minat. Aku tak kisah la kan nak berCD ni tak kerja kan, so banyak masa untuk basuh CD tu..nak jemur ..dan bila dah kering nak kena masukkan dalam poket pulak dia nyer insert tu. Sekarang aku kirang meghabiskan lebih kurang rm 300 untuk setahun la..

Lagi satu aku lebih kepada untuk menyelamat alam sekitar. Memang kuantiti ibu berCD ni kurang tapi sekurang kurangnya ada la bakti jugak kepada alam kan..Mudahan dengan cara ini aku jugak dapat menjimatkan ekonomi untuk rumah tangga aku jugak. Dah aku tak kerja tak dapat bantu suami, so aku berCD bagi menjimat duit yang mana duit tersebut aku menabung untuk anak-anak aku dia masa hadapan.. 

Saturday, February 19, 2011

Hari pertama Aneeq ke taski

Hari pertama Aneeq melangkah kaki berma uniformnya…Aneeq 4 tahun lah…
Ala-ala hensem jugak anak mama ni walaupun debab..huhuhu..


Rasa seronok sgt aneeq bila mama dan papa nak hantarnya ke taski.maybe dia boring duduk kat rumah kan.kalau ke sekolah ada kawan-kawan yang sebaby dia. Walaupun aku rasa mcm awal je hantar dia ke taski untuk blaja dan boleh main gak di samping tu.. bagi aku orang lain ada yang anak diaorg usia 3 thn dah hantar blaja ke tadika..cepatnya perkembangan budak-budak zaman sekarang yelah dah seawal 3 thn dah hantar anak-anak ke tadika. Aku hantar ke taski ni nak bagi dia lebih kepada baca Al Quran. Kalau nak ajar sendiri memang dia tak nak ikut..takut nanti lambat mengenal huruf…
Kalau nak kejutkan aneeq ke taski memang tak susah. Dia akan bgn sendiri bila kita bukak lampu bilik. Ada satu ketika pukul seawall 5.30 pagi bangun nak bersiap-siap ke taski..apalah tarikan kat sana yerk. Bila balik je dari taski aku akan tanya “aneeq blaja apa hari ni? Makan apa hari ni , cikgu ada marah aneeq tak kat taski ..“dia akan jawab” blaja B C .. Quran..alif ba … cikgu tak marah aneeq..” lega aku dengar perkembangan aneeq..harap-harap akan terus meningkat. Mama sentiasa doakan anak mama ni berjaya di dunia dan akhirat..dan yang paling penting mendengar kata mama dan papa..

Monday, February 14, 2011

My 3 heroes when they was born...

Actually inilah gambar aku punya hero-hero masa mereka baru dilahirkan.


Dari kiri : Aneeq Darwisy            Ariq Darius        Afif Daris Mikael
                      12 Jan 2007             08 Ogos 2008      10 Dis 2010 

Macam mana rupa diaorg?Yang mana agak-agak ada persamaan?Siap yerk yg ikut rupa aku..dan siapa pulak ikut papa diaorang..Syukur tak terhingga kepada Ilahi walaupun belum ada rezeki untuk aku melahirkan seorang JUNIOR aku tp kehadiran mereka mudah-mudahan dapat menjaga aku suatu masa nanti..Sekarang Aneeq pun dah 4 tahun.Aktif sangat orangnya.Darius pulak akan masuk 3 tahun bulan Ogos ni.Darius ni orangnya lembut sangat.pantang sakit sikit sure "uwaaa".Aneeq pulak suka menyakat Darius.tak tahulah sampai bila.Mikael belum tahu lagi..tapi setakat ni Mikael memang tak susah untuk menjaganya..kurang menangis dan buat perangai.Aku pun memang tak tension dalam pantang.Apa-apa pun Mama Sayang You All Guys..

Sunday, February 13, 2011

My Dear Hubby

Tidak aku sangka usia perkahwinan kami mencecah 5 tahun...Rasa happy sangat coz my hubby ' very caring and understanding'..Wah..VERY tu..Syukur kerana Allah sentiasa memberi kemudahan kepada kami dalam meneruskan kehidupan tanpa ibu dan bapa mentua means mak bapak hubbyku lah.Tp aku masih ada abah dan ibu tiri walaupun.......apa apapun terima kasih hubby kerana menjaga aku semasa aku sihat kalau sakit apatah lagi.. I mean dia   (membuat semua kerja rumah, masak, menguruskan anak-anak dan etc pendek kata macam-macam lah).mana nak carikan..hehehe..tapi aku percaya hubby korang pun sama akan tolong kan..hubbyku yang best nya apa barang yang hendak dibelinya mesti merujuk aku..oklah kan sekurang kurangnya tny opinion isteri kan..saya sayang hubby saya..luv you..


Semoga kami kekal hingga ke akhir hayat.AMIN...
 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --