Saturday, May 21, 2011

Mikael oh Mikael..





Mikael ..Mikael .. mama rasa tiap hari mama buat rutin yang sama je kan untuk mikael sayang..

Mikael bangun pukul 7.30 pagi.. mama terus mandikan .. pastu BF barulah tido untuk sepagi bagi membolehkan mama buat breakfast untuk papa, abg aneeq dan darius .. belum sempat mama makan mesti dah jaga .. lepas tu main-main kejap .. kalau mama ada kat sebelah oklah .. bila mama bangun je terus "waaaaawaaa" aduh.. kadang kadang tak larat mama berkejar-kejar sambil buat kerja. lepas tu pukul 11 BF dan tido lagi..kali ni sempat la mama makan pagi, jemur kain, bkn mama tak nak makan masa mikael tak tido tapi kena nanti mikael nangis susah mama nak amik .. (sebenarnya malas nak gi basuh tangan)..



Dah boleh menerap dah mengesot ke depan..angkat punggung pun dah lulus

Pandang sapa tu..mama nak snap ni.. usia mikael 5 bulan

Lepas tu dalam kul 12.30 ke bangunla si awang nonet ni.. dalam kul 1.30 ptg mama akan mandikan mikael..supaya segar dan yang utama senang untuk tido..dalam kul 2.30 .. BF again dan tido lagi..kali ni lama sikit ..sempat la mama masak lunch tp bukan dah lunch da ni kira makan kul 5.00 ptg merangkap malam..papa pun skang x nak lunch katanya kesian mama berkejar-kejar nak masak (disamping tu leh diet kan..hehehe)..

Mikael sayang akan bangun pukul 4 ptg lebih kurang .. lepas ni jalan-jalan kat luar lepas papa dan mama makan nasik .. sambil tengok abg-abg naik basikal kat depan rumah .. mama dan papa lepak di bangku .. takpun papa dukung mikael mama xcercise kutip2 batu di laman .. pukul 6 ptg je mikael akan mandi dulu. abang-abang papa uruskan ..

Pukul 8 malam mama akan BF mikael dan tidolah wahai anak ku sampai ke pagi..

Begitulah rutin ku dari sehari ke sehari..terpaksa buat kerja dgn pantas skali semasa mikael tido..sebab kalau awang nonet mama ni dah jaga .. alamatnya memang tak jadi kerja.. buat masa ni .. inilah kerja mama.. tabahlah wahai diriku untuk manjaga anak anakku..



Wednesday, May 18, 2011

Settle ... alhamdulillah ..


Ya allah.. ya allah.. lamanya tak berblog.. 2 bulan ada agaknya.rugi..rugi..hahaha..LOL..lega rasanya sekarang dah settle semua.alhamdulliah atas keizinanNya aku dan familyku selamat berpindah ke teratak kami sendri di bumi besut ni.rasa bahagia, syukur kerana ada rumah sendiri di tempat orang. memang jagi orang besut la aku dan anak-anakku. terima kasih b bagi keselesaan untuk wina dan anak-anak. hajat hubbyku juga memiliki rumahnya sendiri dah tercapai.. tp banyak jugak ongkos yang dah habis sebelum masuk rumah.. tp tkpelah yg berhabis tu untuk sekali je.. lepas ni maintain..

Seronok tgk aneeq dan darius main basikal petang-petang kat depan rumah.. kalau tak diorang akan tolong jugak aku di laman kutip batu-batu dan sisa bahan binaan yg tertinggal.kira aku excercise la skit kasi peluh.. lepas ni nak tanam rumput carpet..kasi ceria skit laman..letak kerusi dan meja untuk minum petang.. wah.. besar angan-anganku.. pokok yang takat ni berjaya ditanam limau purut, mata kucing dan durian belanda.. tak sabar tunggu hasilnya.. tugas aku yg kononnya nak tanam serai, lengkuas, kacang botol, daun kari belum berjalan lagi. sabar ye b.. wina buat nanti.. hehehe.. pokok lada dah ada tp still dalam polybag lagi..mudahan berbakti pada tanah banyak manfaatnya. yang penting banyak benda gak tak yah berbeli. walaupun rm 1 2 .. duit jugak.

Jiran-jiran ada la 5 buah rumah baru pindah. kalau semua jiran dah berpindah mesti happening. barulah aneeq dan darius dapat kawan baru. nasib baik ada jiran sebelah so tak delah takut sangat kalau hubby gi kursus tinggalkan kami anak-beranak..kalau ada rezeki nak sambung dapur dan stor..tu planning next yearla..cukupla takat ni.

Lepas ni jarang agaknya balik kuantan.. rumah aku di kuantan mujur ada orang sewa. terjaga skit..kalau dah tak de penyewa,terpaksa pikir lain.. wat HOMESTAY mingkin.. kesian rumah ku kat kuantan mcm terbiar je. banyak kenangan bersama kawan-kawanku kat rumah tu..maafkan aku mama, tak dapat jg pusaka dari mama kerana terpaksa ikut suami.. harapan aku penyewa tu jg dengan baik.

Apa-apa pun..Terima kasih ya allah atas kurniaan rezekiMu kepada kami..

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --