Wednesday, June 20, 2012

Surirumah BerIjazah



Hari ni siap tunggu lagi rancangan WHI nak gara-gara nak tengok insan-insan yang ada ijazah tp tak bekerja..macam aku la..tiap-tiap hari ada gak mikir naknya kerja.tengok pagi-pagi wanita-wanita di keliling umah aku semuanya bekerja.yang paling ramai sekali guru lah..seronok je..tp bila aku dah tengok WHI td rasa semangat untuk jadi surirumah bila dengar motivasi daripada ustaz yang dijemput tu..apa ye nama ustaz tu lupa la pulak..yang ramai jugak dikalangan orang macam aku ni rupanya.banyak alasan jugak untuk tidak bekerja.banyak alasan masing-masing bila dah ada anak la terutamanya sanggup tinggalkan kerjaya demi menjaga anak-anak..sanggup hidup sederhana walaupun kos hidup tinggi..(tapi semua ni dengan izin suami kan)

betul jugak menuntut ilmu bukan semata-mata hanya untuk mendapat pekerjaan bagus untuk menjana duit .. tp untuk memberi kita pengetahuan untuk mendidik anak kita juga. lagi satu kita mesti sentiasa ingat apa jua yang kita buat kerana Allah kan. semua dah ditentukan rezeki masing-masing. at least aku  dapat tengok anak-anak aku membesar depan mata 24 jam..dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun..dapat suapkan makanan bila-bila masa saja bila anak-anak lapar..melayan kerenah baiknya..buasnya..sampai tak terlayan kan..

kalau nak diikutkan orang cakap saya pun dah lali..orang kata bodoh ruginya belaja tinggi-tinggi last-last duduk rumah jaga anak.biarlah..rasa puas tengok anak sendiri membesar didepan mata..apa-apa pun life must goes on.aku bekerja untuk suami dan anak-anak..mudahan aku mendapat gaji (pahala) dari Allah s.a.w berganda..

apa-apa pun aku tabik kat kawan-kawan aku yang bekerja .. balik rumah bertungkus-lumus pulak untuk sediakan keperluan kat keluarga pulak...


 

Monday, June 11, 2012




Lagi sekali dalam minggu ni hingga Jumaat aku ada di Shah Alam..ni last dah en hubby aku kursus so lepas ni balik ke Besut .. dah 3 bulan tinggal rumah.. ada hajat jugak datang ke sini ..apa lagi nak jumpa kawan-kawan lama la.tp rasanya macam ak berkesempatan je..tkpelah kalau tak de rezeki.. sampai pagi Ahad tu berehat kat bilik en hubby aku ni..cadangnya petangnya  nak ajak anak-anak naik komuter .. pasal dia memang teruja sgt dengan train..terbawak-bawak cerita Thomas and Friends. masa datang bulan 04 ari tu tak dapat ajak diaorang naik padahal train komuter ni belakang CIAST ni je 


Tengoklah tak de satu pun pic yang dapat snap betul-betul especially aneeq..

Aku ngan en hubby bawak decide pegi subang Jaya je .. dua stesen dr shah Alam..malas ni jalan jauh-jauh susah kalau anak-anak dah buat perangai..lagipun aku ni dah lama tak berjalan kaki macam penatnya nak menapak satu tempat ke satu tempat..dah tua la katakan..

Sampai di Subang Jaya aku dah request nak makan Auntie Anne's.Tak habis kes nak makan je..badan pun dah gemuk late ni..kurus ke sebelum ni..ahaks...


Akhirnya aku dapat melepaskan hajatku yang pertama nak makan Auntie Anne's Pretzels..hasrat terpendam sekian lama.kenangan masa muda-muda dulu mesti dapatkan snek ni kalau ber'DATE' ye tak papanya.
Eee..sabar jelah.. terlampau sedap..muhahaha...
ada lagi empat hari so kena fikir-fikirkan lah nak ke mana pulak kasi anak-anak tukar suasana sikit..






Friday, June 8, 2012

School Holiday...Rantau Abang




Cuti sekolah oh cuti sekolah..mcm anak-anak aku dah besar dan bersekolah.yang sekolah pun aneeq sorg tp dah tiga bulan la tak ke sekolah coz papanya kursus di shah alam tak habis lagi..tp 18/06 ni ke sekolah balik wahai anakku aneeq..baru ni aku ikut rombongan en hubby aku.tp kami pergi sendiri follw bas.susah kalau naik bas nanti payah nak balik ke chalet..tp tak ke mana sangat pun ke pusat Affa Batik dengan tengok penyu la apa lagi..kalau dah di Rantau Abang ni..apa la group en hubby aku ni pilihla ke Cameron Highlands ke Langkawi ke..ni terengganu..aku tiap balik balik Kuantan pun lalu..tp tk de nak belawat..emm boleh la..bagi mengisi masa lapang kan..

Hari pertama pergi tgk orang buat balik..tp tkde pun snap gambar orang buat batik tu..apa la aku ni..

My Hubby ku SAYANG...snap by aneeq..
Anak-anak keSaYANGan kami..tu dia papa mencari rezeki...
Tu dia..
Hari kedua aku melawat kat Santuary Penyu di Rantau Abang..mula-mula dengar la orang kat sana bg ceramah tentang penyu.takdan beberapa saat anak-anak ku dah panas bontot dah nak lekat kat kerusi..dia kata apa la yg mamat tu cerita agaknya..pastu aku bawak diaorg keluar..pekerja kat sana bawakla sebesen baby penyu .. apa lagi xciteh habis..

Excitednya anak-anak ku bersama penyu...mujur x mati je baby penyu tu.
Penyu Original tu yg telah diawekkan...
Banyak lagi gambar tp malangnya anak-anakku telah memadamkannya..nasib baik ada yg dapat diselamatkan untuk kenangan...


 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --