Showing posts with label Afif Daris Mikael. Show all posts
Showing posts with label Afif Daris Mikael. Show all posts

Sunday, December 2, 2012

Misi Untuk Mikael Selepas 2 thn

Lagi beberapa hari lagi Mikael akan berusia 2 tahun. Maknanya cukuplah 2 tahun mikael menyusu sepenuhnya..Misi aku untuk menyusukan mikael berjaya ..kira azam aku kali ni berjaya dipenuhi..so aku akan tambahkan untuk 6 bulan lagi cukupkan 2 thn setengah..kesian pulak nak lepaskan susu badan.. tapi mikael dah besar so kenalah minum susu guna cawan pulak mcm abg-abg kan..Misinya adalah 
1. Mikael kena stop susu badan slow-slow

2.Mikael akan diajar kencing kat toilet. Mcm abg aneeq and darius 2 thn dah pandai kencing kat toilet tau..

3.Mama akan bagi Mikael makan sendiri. mama tkyah suapkan ye.(walaupun bersepah-sepah mama tkpelah..)

Mikael..Mikael..mama rasa macam susah je nak lepas susu badan lepas ni. Bukan apa lebih kepada kesian kan..Mama puas hati dan bersyukur sangat kerana allah mengkurniakan susu yang banyak sampai sekarang..
Mudah kalau Mikael dapat adiuk lepas ni, dapatla mama menyusukan macam mama susukan mikael..
Adik ke? Pertnyaan yg sentiasa dalam kepala..Nak baby girl pulak..

Dah besar kan mikael siap boleh bawak keta dah..hehehe



Sunday, April 29, 2012

Mikael and Salsabila

Hari ni boleh dah transfer gambar..aku tak sabar nak pos gambar anak bff aku Yantie..masa aku stay di shah alam hari tu susah payah yantie datang lepak ngan aku..thanks yantie..yantie datang ngan baby girlnya bella..mulanya aku bagitau tak payah la datang pasal susahkan yantie je.bukan apa risau kan drive ngan baby je.takut bella wat onar je dalam kereta.kesian yantie..since yanti kata takpe..so aku lagi happy dapat borak lama  skit kan..
Bella dan mikael .. sibuk pandang kat unti yantie
bella aku tengok sangat manja..macam mana ni tak lama lagi nak dapat adik kan..hehehe..suaranya mak aii..lantang.kalau jerit .. sabar je la..heheeh..masa yanti masuk toilet dia tgk mama dia takde terus jerit ..aku igtkan anak-anak bujang aku kacau dia.rupanya mama dia takde..terkejut giler aku pada mulanya.

Ok..baru dapat tengok dua-dua tgk camera..suka sangat gambar ni
bella petang tu memang susah nak tido.walaupun dah mengantuk tp dia duk menahan mata dari tidur..mana taknya..suara anak-anak aku memang membuatkan dia tak dapat tido..malam tu aku suapkan makan nasi goreng cina..suka tgk bella makan berbanding mikael.kul 8.00 malam time dah reda skit jalan barula yantie betolak balik ke bukit jalil..risau gak aku..yelah hari da malam kan..mujur dalam perjalanan bella tido sampai ke rumah.penat sangat bella tu menahan tido masa kat bilik aku tadi.apa-apa pun thanks again yanti.
panjang umur jumpa lagi..muahh..cayang bella..

Thursday, December 8, 2011

Happy Birthday Mikael

Tanggal 8/12/2010 lahir putera ku yang ketiga..hari semalam genap umur mikael 1 tahun .cepatnya masa berlalu.rasa tak puas melayan kerenah mikael masa dalam 40 hari ..2 bulan .. 4 bulan.. hehehe..walaupun 24 hours duk mengadap si nonet mikael ni..alhamdulillah aku dah setahun jugak menyusukan mikael sepenuh masa.
tu yang mikael lansung tak nak berenggang dgn aku.

Mikael tak dapat berjalan lagi..boleh menapak dua tiga,, jatuh..malas pun ada..hehee..so mama belikan present baby walk la bagi memudahkan mikael berjln..kalau mikael boring kira..mama transform baby walk into a car ..hahaha..so kira ubah mood sikit la..2 in 1..

Baby walk merangkap car .. mama harap mikael suka tolak .
Ni belum apa-apa abg-abgnya yang lenjan dulu..
Nanti papa free kita buat makan-makan sikit..kita-kita je kan mikael yerk.

Ni pose pose mikael awang nonet mama 

Mikael sibuk di bilik mainan abang-abangnya..
Di tesco KOTA BHARU..sibuk jugak memilih mainan
Apa yang suka sangat tu .. 
Cayang mama..
Mama doakan anak mama AFIF DARIS MIKAEL BIN ZAINAL ABIDIN sihat sejahtera .. jangan 
noti-noti.. dan yang paling penting anak yang soleh dan mendengar kata.insya allah..

Saturday, August 20, 2011

Toys Fav Mikael

Mikael .. mama ada belikan mainan tp yang ini jugak jd pilihan.kalau ke dapur mesti nak capai yang ni..
mungkin mama ni selulu dok masak je masa pregnen kan mikael.. maklumla suri rumah mmg takde kerja lain dah .. 
toys yang mama belikan jadi hakmilik abang-abgnyalah..
Sedang bawak lari sudip mama..
Emm.. sedap sangat agaknya..macam nak telan..
Kalau mama amik mesti mengamuk

Takpelah janji mama boleh buat kerja lain..

Thursday, June 16, 2011

BF untuk mikael





CaYang MiKaeL


Mikael 6 bulan..



Alhamdulillah..mama lega dapat memberi eksklusif BF selama 6 bulan untuk mikael..walaupun kadang-kadang naknya kasi botol, coz tak dan nak layan kerenah anak-anak tp aku kuatkan semngat kasi BF..baru ni aku sakit ..demam .. batuk .. aku teruskan jugak ..sampai mikael turut cirit kerana panas badan mama effect pada susu..aku housewife ..so kena jugak la ada misi mcm kawan-kawan lain yang ada kerjaya..sahabatku ira yang bekerjaya pun boleh susukan anak selagi mana dia boleh..takkan aku sepunuh masa di rumah nak kasi susu formula kan..

Lepas ni kena teruskan hingga ke setahun dulu..mikael pun dah start makan bubur (yang di blender) ,nestum baby .. pagi2 dah start masak bubur..tp bukan mikael yang makan dulu darius yang suka ..hehehe..rupanya si darius ni suka bubur dari nasi..maklum la ada TONSIL ..makan bubur senang nak telan.kesian darius..time makan mikael pagi dan malam sahaja..kadang-kadang malam..ajar-ajar kan..suka nak tgk anak mama tembam..

Saturday, May 21, 2011

Mikael oh Mikael..





Mikael ..Mikael .. mama rasa tiap hari mama buat rutin yang sama je kan untuk mikael sayang..

Mikael bangun pukul 7.30 pagi.. mama terus mandikan .. pastu BF barulah tido untuk sepagi bagi membolehkan mama buat breakfast untuk papa, abg aneeq dan darius .. belum sempat mama makan mesti dah jaga .. lepas tu main-main kejap .. kalau mama ada kat sebelah oklah .. bila mama bangun je terus "waaaaawaaa" aduh.. kadang kadang tak larat mama berkejar-kejar sambil buat kerja. lepas tu pukul 11 BF dan tido lagi..kali ni sempat la mama makan pagi, jemur kain, bkn mama tak nak makan masa mikael tak tido tapi kena nanti mikael nangis susah mama nak amik .. (sebenarnya malas nak gi basuh tangan)..



Dah boleh menerap dah mengesot ke depan..angkat punggung pun dah lulus

Pandang sapa tu..mama nak snap ni.. usia mikael 5 bulan

Lepas tu dalam kul 12.30 ke bangunla si awang nonet ni.. dalam kul 1.30 ptg mama akan mandikan mikael..supaya segar dan yang utama senang untuk tido..dalam kul 2.30 .. BF again dan tido lagi..kali ni lama sikit ..sempat la mama masak lunch tp bukan dah lunch da ni kira makan kul 5.00 ptg merangkap malam..papa pun skang x nak lunch katanya kesian mama berkejar-kejar nak masak (disamping tu leh diet kan..hehehe)..

Mikael sayang akan bangun pukul 4 ptg lebih kurang .. lepas ni jalan-jalan kat luar lepas papa dan mama makan nasik .. sambil tengok abg-abg naik basikal kat depan rumah .. mama dan papa lepak di bangku .. takpun papa dukung mikael mama xcercise kutip2 batu di laman .. pukul 6 ptg je mikael akan mandi dulu. abang-abang papa uruskan ..

Pukul 8 malam mama akan BF mikael dan tidolah wahai anak ku sampai ke pagi..

Begitulah rutin ku dari sehari ke sehari..terpaksa buat kerja dgn pantas skali semasa mikael tido..sebab kalau awang nonet mama ni dah jaga .. alamatnya memang tak jadi kerja.. buat masa ni .. inilah kerja mama.. tabahlah wahai diriku untuk manjaga anak anakku..



Sunday, March 27, 2011

Mikael dan Bedungnya

Lenanya tido.Mikael 4 bulan ..sayang dia..mama pun dapat tido..
Sayang mama mikael..suka berbedung yerk..kalau tak bedung alamatnya malam memang tak tido...mula-mula cari jugak punca kenapa payah nor nak tido..yelah dah masuk 3 bulan masa tu mama malas la nak berbedung. lepas tu tido asyik terkejut dan jaga..terkejut dan jaga..papa try bedung je terus tido lena..comell...pelik sikit daripada abg-abgnya..harapnya kurang la lasaknya..heehhe..mama tak larat la.nak handle abg-abg mikael tu lagi..

Saturday, March 12, 2011

Mikael dah bercukur..


Ni pic mama snap sehari lepas mikael dibotakkan..mulanya tak nak botakkan pasal rambut lebat ..tp rasa macam ada kerak je..memang betul ..kat ubun-ubun kelapa dah ada kerak tu..mujur la cukur kalau tak berkudis kepala kalau dibiarkan lama2..takpelah nanti tumbuh lagi rambutnya..Cuma lambat la sikit..mama minta maaf tak buat majlis cukur jambul untuk anak mama ni.patutnya sunat lebih afdal adalah 7 hari setelah melahirkan..bukan mama tak nak buat tp tak orang nak urus-urus kenduri...tapi takpelah..bercukur cam ni pun disunatkan..


Anak mama dah macam sholin ... tu kata kawan mama..heheh...apa-apa pun comel jugak..

Mikael 40 days....



Now anak mama dah 40 hari..kira boleh berjalan - jalan dah lepas ni...seronok kan.. mama pun happy pasal dah habis pantang,,, tu ada abg darius temankan mikael ... sweet kan.. darius pandai jugak agah-agah si mikael ni..

Mikael BerCD (cloth diapers )


Anak mama berCD



Mikael kini berusia 25 hari..cepatnya anak mama ni membesar.maybe coz of breastfeed (bf) kot..aku akan terus bf kan mikael selagi aku mampu..bukan sahaja menjadikan ia lebih elok untuk pertahanan badan mikael..juga elok untuk ekonomi ..hehehe..jimat..selain tu aku juga berCD .. so double jimat kan… tapi mama memang lah letih sikit … sakit pinggang nit p demi anak mama .. anything for u ok.. + letih lagi cuci CD la..takpe..setakat ni mikael selesa berCD.alhamdulillah..


Ni mikael dah sebulan lebih...

Monday, February 28, 2011

Saat - saat deliver 3rd baby....

          Berdebar-debar jugak menanti kelahiran yang ketiga.Tak tahu sakit mana mana pulak kali ni kan.Aku ingatkan dapat la deliver pada hari Awal Muharram kan..bukan apa kalau dapat deliver time tu SPECIAL lebih lah sikit kan. Tapi apakan daya Allah Taala belum izin lagi baby keluar pada tarikh tu.

Pada 9hb Dis 2010, aku ada rasa kontraksi sikit-sikit je. Mengikut perkiraan yang aku bersalin 2 hero aku tu 39 minggu 2 hari. So esok 39 minggu 2 hari, maybe esokla aku akan deliver kalau tak ada apa-apa. Malam 9hb tu rasa kontraksi makin kuat aku ada rasa sahlah jap2 lagi deliver la so pada pukul 11 malam aku ajak my hubby ke Hospital Besut. Rasa lain sikit pasal kali ni aku berada di bumi Terengganu. Sampai di Hospital Besut, lengang. tak ada orang. Rasa janggal pasal masa bersalin dulu di HTAA, Kuantan, ramai orang.

           Nurse bertugas check jalan. Baru 1cm katanya. So aku kena tunggu la kat hospital tu. Hubby kena la balik coz anak-anak sedang tido. Aku ditempatkan dalam wad. Pada pukul 3.40 am rasa makin kuat. So nurse suruh masuk bilik labor room.Nurse yg check jalan aku tadi katanya  baru 1cm td kan takkan cepat sgt buka jalan. Nurse sorang lagi check katanya dah 6cm. Terkejut jugak nurse tadi . dalam pkl  4.20 am makin kuat kontraksi dan aku tak tahan jadi aku jerit panggi nurse coz takde sorang nurse pun jaga aku pada masa tu. Bila nurse masuk bilik tu , air ketubanku terus pecah. Kelam kabut juga diaorang. Dengan sekali push, Alhamdulillah terus keluar babyku.. Sampai terbelit tali pusat coz terlalu cepat. tp mujur nurse sempat menyambut babyku. Seperti yang telah dijangka baby lelaki lagi pada 10 Dis 2010. Alhamdulillah semuanya selamat..

Nurse berpesan ‘Bila-bila beranak lagi jangan pegi lambat-lambat hospital takut tak sempat’…so aku kena ingat la tu..

Hari pertama babyku melihat dunia...






Ini adalah koleksi gambar-gambar babyku pada hari pertama kelahirannya. Ada macam rupa siapa yerk..ramai yang katakan cam rupa aku..hehehe..sukanya.

Borang terpaksa melepak di Hospital Besut dalam tempoh 24 jam. Boring giler….kalau kat kuantan bersalin pagi tghari dah boleh balik..

Setiap detik menghitung masa untuk balik.....nak balik...


 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --