Monday, December 31, 2012

Kasut sekolah ...

Ni nak cerita sikit pasal kasut sekolah..masa zaman aku dulu, kasut sekolah yg famous yang ada di pasaran SPARK, SINARAN,PALLAS, BATA, apa lagi yerk.. aku pun ala2 lupa dah..tp seingt aku itulah pilihan yg ada untuk dibeli dah digayakan di sekolah..ewah..digayakan gitu..

Tahun berganti tahun..zaman pun dah berubah.. anak-anak zaman sekarang banyak pilihan nak beli kasu kegemaran mereka..macam anak-anak aku..si aneeq dariwisy ni minat ben10 dan darius obses sgt dengan angry bird..mmg digilai ramai actor birds ni.. sampaikan kasut sekolah pun boleh berada dipasaran bagi melariskan produk mereka dengan mengeluarkan rekebentuk kegemaran anak-anak.. kalau untuk anak perempuan aku tgk jenama princess pun dah ada di pasaran...

harga bukan lagi jd ukuran..kalau dah anak-anak suka walaupun murah ke mahal ke ibu bapa sebolehnya akan adakan..betul tak?

gitu jugalah AKU  masa kecik2 ..

Tengoklah bukan main seronok lagi dapat pilihan masing masing..mengayakan nya setiap hari..mcm aku dulu dulu gak..hahaha...
kotak yang sentiasa diusung ke hulu hilir...
cop yg menjadi kegilaan aneeq..ni jam ben10 pakai katanya...
tengokla di tapak pun terukin muka angry bird ni..
semangat mengayakan kasut fav masing-masing...
mudahan mereka belaja rajin-rajin beri tumpuan masa cikgu mengajar...amin..

Sunday, December 30, 2012

Cuti hujung tahun Part 1

Amboi..sakan berjalan pada 10hb - 14hb Dis lalu..sampai tak sempat nak celebrate besday Mikael pada 10hb dis lalu..gara2 tarikh nya jatuh pada hari berjalan..tp tkpelah nanti ujung-ujung bulan mama beli kek ok. kami sebenarnya bercadang nak bawak anak-anak ke Cameron Highlands je.

Pada 09hb kami bertolak dari Besut ke Kuantan dulu. Pasal kami pergi bersama konvoi keluarga abg hubby aku yg tinggal di Kuantan (abg roslee + kak Na)..barulah seronok..Kami akan menjelajah beberapa buah negeri..sambil berjalan melawat sedara mara..ni tanpa dirancang.

Perjalanan kami bermula dari Kuantan ke Johor..dalam perjalanan kami singgah di Mersing melawat ibu saudara hubby aku..hanya satu-satunya waris keluarga Ismail yang tinggal..lepas tu kami terus naik ke Kota Tinggi..lepak kat rumah Kak Mas..semalaman sebelum bertolak ke Melaka. Kak Mas 20hb ni datang besut pulak wina bawak jln ok.

Esoknya kami bertolak lewat jugak dari Kota Tinggi, Johor - Melaka..hajatnya nak mandi manda di A'Famosa Resort..tp malangnya masuk je tol Melaka..jem la pulak..cari hotel pun semua penuh.al maklumlah terus pegi je..search GPS rupanya A'famosa resort tu kat area Alor Gajah..patah balik semula.


Sampai di area sana dah pukul 3.45..kalau masuk memang rugi..harga masuk sorang dewasa rm 40..pastu dapat main sekejap je..kitaorang bincang2 so decide pergi LOST WORLD OF TAMBUN,IPOH..sebab dekat dengan cameron dah.so terus bertolak ke Ipoh dari melaka..tido sana..esok pagi-pagi terus terjun dalam lagoon kat sana..apa-apa pun sempat la bergambar dah alang-alang dah smpai.




 On the way ke Ipoh highway menghala ke Kuala Lumpur sungguh jem..ibarat naik basikal lagi laju.. Kami menghala ke Ipoh..Tak sangka pulak keluar dr hentian Tapah..lebih kurang kul 8 mlm..tetiba ada satu flash yang sangat kuat menghala kami..kami sangka kan kilat..tgk hubby bwk dlm110..biasa mmg highway 110 kan? tetiba en hubby kata sah kena dah sama tu Kamera AES habis..huhuhu..nak buat mcm mana xde rezeki lah kalau kena saman..biarlah nama pun nak berjalan, tak perasan berapa had laju kat area situ..sampai di Ipoh pukul 9.30 mlm..check in kat Tambun Inn..letih giler seharian perjalanan...so rehat pasal esok nak main air pulak..

Esoknya..kami cari breakfast area stadium Ipoh..dalam pukul 10.30pg check out terus ke Lost World of Tambun..Mujur pergi hari Isnin.pasal tak berapa ramai pengunjung..pekerja kat situ cerita semlm pengujung 20k orang..ramai giler..hari yg kami pergi tu pun tempat ala2 tak cukup dah..kami sewa loker simpan barang-barang berharga..dalam tu bukan sekadar lagoon..ada petting zoo..fun fair..lagi..tp fun fair tak sempat nak pergi.harga untuk dewasa rm 48 dan untuk kanak-kanak rm 35..apa2 pun layan beberapa keping gambar yg sempat la di snap sebelum di simpan dalam loker..



Layan ....

masa sebelum masuk..si aneeq dah tak sabar...


menunggu tiket dibeli...
Mikael .. keboringan lama sgt mak long beli tiket..
tu dia tak sabar nak terjun....darius pejam mata la pulak..

Mandi manda time







Kakak effa layan Mikael
Mikael hangus sudah kulitnya...


uikss..mana mikael..mikael....
mikael..and papa..
hahaahaha....

So dalam Lost World ni ada  petting zoo... semua animals and birds dalam petting zoo ni mmg friendly gitu..memang berbaloi masuk dalam Lost World ni..


Oh tidak..burung merak telah dilindungi aneeq...aneeq kena slim la lepas ni..
Darius takut dekat dengan parrot 

hello...parrot ni sgt comel kan warnanya...hari ni mood dia tak brapa baik tp ok je bila i nak bergambar...


Burung mesra alam...
Sungguh penat menjalankan aktiviti untuk hari ini...lepas ni nak naik ke cameron..dah pukul 4 petang masa kami keluar...





Sunday, December 2, 2012

Misi Untuk Mikael Selepas 2 thn

Lagi beberapa hari lagi Mikael akan berusia 2 tahun. Maknanya cukuplah 2 tahun mikael menyusu sepenuhnya..Misi aku untuk menyusukan mikael berjaya ..kira azam aku kali ni berjaya dipenuhi..so aku akan tambahkan untuk 6 bulan lagi cukupkan 2 thn setengah..kesian pulak nak lepaskan susu badan.. tapi mikael dah besar so kenalah minum susu guna cawan pulak mcm abg-abg kan..Misinya adalah 
1. Mikael kena stop susu badan slow-slow

2.Mikael akan diajar kencing kat toilet. Mcm abg aneeq and darius 2 thn dah pandai kencing kat toilet tau..

3.Mama akan bagi Mikael makan sendiri. mama tkyah suapkan ye.(walaupun bersepah-sepah mama tkpelah..)

Mikael..Mikael..mama rasa macam susah je nak lepas susu badan lepas ni. Bukan apa lebih kepada kesian kan..Mama puas hati dan bersyukur sangat kerana allah mengkurniakan susu yang banyak sampai sekarang..
Mudah kalau Mikael dapat adiuk lepas ni, dapatla mama menyusukan macam mama susukan mikael..
Adik ke? Pertnyaan yg sentiasa dalam kepala..Nak baby girl pulak..

Dah besar kan mikael siap boleh bawak keta dah..hehehe



Monday, November 26, 2012

Resipi Terhangat

Lately macam-macam resipi yang terhangat yang menjadi bualan dan post dalam blog-blog masakan yang memang jadi ikutan. antaranya adalah durian crepe.. memang kalau tengok resipi durian crepe ni sangat mudah. cuma i belim try lagi..

Pastu baru ni dalam Masterchef ada pulak PavLova..memang resipi yang aku nak cuba sangat tapi terbatas pasal nak cari fresh krim area tempat aku ni terhad...tp apa-apa pun aku nak cuba buat resipi-resipi ni..geram sebenarnya bila tgk..

nilah gambar yang aku google..pandainya diaorang masak..sedap bangat..walaupun tak rasa tgk pun dah dapat aura..

korang pegi kat blog yang tertulis pada gambar ni..ada resepi dia..DURIAN  CREPE

Sedap kan nmpak daripada hiasannya..memang mantap PavLova nya


Wednesday, November 7, 2012

Darius dah nak sekolah!!

Dah nak penhujung tahun rupanya nya..macam-macam benda nak  di setlle kan..terutama anak-anak yang nak bersekolah pada tahun hadapan..cepatnya masa berlalu.. dah nak sekolah darius..anak bujang aku yang kedua ni..manja yang amat..

Pasal aneeq aku tak kisah sangat pasal Prasekolahnya akan disambung dan teruskan Pra sekolah di SKTTM2 Besut Terenganu..(insyaallah ada rezeki bakal menjadi sekolah CLUSTER). 

Kisah darius pulak..mulanya menjadi kerunsingan jugak..bukan apa aku memang berhajat sangat nak hantar darius ni Tadika Yayasan Islam Terengganu..kenapa? sebab kebanyakkan daripada anak-anak daripada tadika tersebut telah khatam al-quran pada umur 6 tahun..maksudnya masuk tahun satu dah boleh membaca al-Quran dengan lancar sekali beserta panjang pendeknya dan tajwidnya walaupun tak byk al aleast dia tahu..aku tak kisah sangat la yang blaja ABC ke bahasa Inggeris ke..aku pun boleh la ajar..tp membaca al-Quran dengan betul dan lancar macam mana?setakat Iqra 1-3 tu oklah aku ajar.. dia pun dah start mengaji..tp kalau boleh memang aku nak dia sekurang-kurang boleh membaca Al-quran seawal umur  6 thn. Tp malangnya aku dah terlepas. Tadika Yayasan dah tutup tarikh permohonannya..kecewa...

Aku ada mendaftar Prasekolah tp tak dapat.pra sekolah ni pun bagus jugak.seawal pukul 7.45-8.45 pagi setiap hari akan mengaji dahulu.selepas tu barulah diteruskan dengan mata pelajaran lain..tp apa boleh buat tk de rezeki jugak..coz telalu ramai orang apply..last-last daftar KEMAS la..aku ada dengar jugak kalau tadika kemas ni hari2 balik result menyanyi ngan kaler je pandai..bimbang jugak..tp nak buat mcm mana..tp aku and en hubby tak puas hati so servey tadika jugak lain..pastu jumpa advertised IMTIAZ Kindegarten..ni di bawah selian UIA..memang bagus.aku terusa col bertanyakan yuran..yuran bulanan RM 220 nak masuk je ke spend RM1k..umang aiii...tp demi anak redha jelah nak yang terbaik kena bekorban...

Entah macam mana ada la rezeki yang menyatakan darius boleh lagi masuk TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU (back door)..syukur sgt..terima kasih ya allah dengar doa aku nak sangat darius masuk tadika ni...tadika kedua terbaik (walaupun murah) selepas Tadika Imtiaz Besut ni...kalau tak dapat yayasan islam ni mmg hajat nak hantar tadika imtiaz...

Akhirnya Ariq Darius b.Zainal Abidin akan belajar di Tadika Yayasan Islam Terengganu.dah siap daftar and beli baju lagi..color Pink bajunya..Mudah 2 tahun lagi Darius akan khatam Al-quran..inilah doa mama...

Aku pasti semua yang bergelar ibubapa akan memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

Anak-anak Tadika Yayasan Islam Terengganu



Saturday, November 3, 2012

Kek lapis kukus hawflakes

Hari ni dapur chef kunang ada cerita..hehe..pagi tadi lepas buat nasi minyak untuk breakfast, tekak chef kunang ni terasa nk makan benda manis.mmg dah plan nk buat kek..Cheesecake..dah si beli cream cheese dah..tapi ada jugalah barang x cukup.frust betul.
  
So teringat masa raya haji ari tu..cousin aku buat kek lapis kukus..so i carik resipi dan edit resipi ya dah cousin aku pakai pasal dapat sikit acuan tak sepadanan ngan butter..

Bahan bahannya

5 biji TELUR
250 BUTTER
2 cawan cawan biskut CREAM CRAKERS (kisar halus) 
suku tin susu pekat
1/2 cawan gula castor
1/2 susu cair 
1 tsp esen vanila
1 tsp baking powder
Haw flakes ( gambir )/alah masa kecik-kecik dulu i panggil duit-duit (masam manis rasanya)
Pewarna ikut kegemaran anda ( i guna hijau,pink,oren)

Cara-caranya

1.Didih kan air dulu, tutup pengukus dengan aluminium  tau masa ngukus tu.
2. Putar guls + butter sampai kembang
3. Pastu masuk telur putar lagi sampai sebati
4. Letak baking powder,esen vanila, susu pekat + susu cair then putar lagi.
5. Lastly masukkan biskut Cream Crakers yang telah dikisar tadi.

6. Bahagikan pada 4 warna (pink,hijau,oren,warna asal)

7. Amik warna asal,ratakan dlm loyang.kukus 7 min. Bila masak tekan sikit.lapis hawflakes.Ratakan pula warna lain. seterunya..sampai habis. 6.


Resipi ini i google tak igt lak blog mana tp edit letak susu cair so kurang la manis dan dapat banyak adunannya

Inilah hasil nya pertama kali buat pertama kali cobaanya



alhamdulillah inilah hasilnya....
















  

Budget Homestay Beserah Kuantan

Salam pengunjung di luar sana.. Jika anda memerlukan penginapan untuk majlis perkahwinan, majlis konvo, bercuti dll.. kami ada menyediakan tempat yang selasa dan  parking yang selamat.

Rumah banglo 4 bilik tp 3 bilik sahaja dipakai

Parking boleh memuatkan 4 buah kereta serentak.


Sewa Harian
- 2 Hari 1 Malam (weekdays) = RM100
- 2 Hari 1 Malam (weekend)  = RM 130
Seterusnya boleh runding

 Jika mahu sewa Bulanan

Harga boleh runding 

Waktu 

Check in - selepas pukul 2 petang
Check out- sebelum pukul 12 thari

Lokasi Homestay 

- 15 minit ke Bandar Kuantan
-  3 minit ke Pantai Batu Hitam
-  5 minit ke Balok
- 10 minit ke Teluk Chepedak dan Taman Teruntum
-  Berhampiran Hotel Swiss Garden
- 2 minit ke Stesen Minyak Shell dan Kemudahan Mesin ATM di shell (CIMB dan BSN)
- 25 minit ke Pantai Cherating
- 40 minit ke Gambang
- 40 minit ke Kemaman

Kemudahan Asas yang disediakan
- 3 bilik tidur
- 3 bilik berkipas
- 2 katil queen 
- 1 katil single
- Set almari, meja solek dll.

Dapur

- Mesin basuh
- Peti Sejuk 
- Cerek elektrik - Pinggan mangkuk sudu garfu gelas diasediakan
- 2 bilik air - (sabun mandi disediakan)

 2 Ruang Tamu
1 Ruang Makan 
- TV
- Kerusi kayu
- Meja
- Meja makan 4 orang- Ampaian baju
Di bawah sedikit gambaran homestay simple dan budget..




1. Ruang tamu kedua2. Ruang makan3. Bilik tido katil queen beserta almari dan meja solek.
ruang tamu utama dan dapur dan 2 bilik lagi akan diupload
Jika berminat boleh hubungi 013-9482211 - Zainal Abidin013-9482121- Azwina


Wednesday, October 31, 2012

Tuah Tangan Aneeq (Part II) Dah sampai iPad II.. Terima kasih CalciYum..

Salam..hari ini hari yang paling happy untuk anak-anak kami pasal yang ditunggu-tunggu telah telah tiba..lebih kurang sebulan jugak la menunggu hadiah bertuah ni..apa-apa pun syukur sangat rezeki anak-anak dan tuah tangan aneeq yang pilih calciYum kat pasaraya Pantai Timur Kuala Besut hari tu..yelah kalau hadiah dari yang gores-gores macam ni bukannya boleh percaya sangat..tp yang ni percayalah memang dapat.baru lagi iPad 2

Dalam pukul 11 pagi pada 1hb Nov pekerja CITYLINKs tiba kat rumah kami..dia bgtau patutnya semlm dah deliver tp tk jumpa alamat kami pasal perumahan taman baru katanya.tkpelah apa-apa pun semuanya telah selamat tiba.memang dah agaklah iPad yang ditunggu-tunggu sampai..

Aneeq hadiahkan iPad II ni untuk papanya semperna harijadi semalam 31 oktober..so sebagai ganti papa belikan PS2 untuk anak-anak papa..

Apa-apa pun terima kasih Fernleaf CalciYUM kerana tunaikan janji anda..tarikah tutup untuk hadiah bertuah ini adalah 31 November 2012..sempat lagi kalau pengujung di luar sana nak cuba..beli banyak-banyak tau..mana tahu ada yg kena..kalau tak dapat tak pe ini kan makanan tambahan untuk anak anda menguatkan gigi dan tulang.ewah..mcm jurucakap pihak Fonterra pulak..hehehe..


tu dia bungkusan daripada city-link..

yepi..iPad aneeq dah sampai...

amikla jugak gambar kotak tu..excited kata...

iPad 2 from apple..tq very much Fonterra
mudahan lepas ni adalah rezeki tuah lain pulak kan..semuanya dengan izin daripadaNya,,,








Saturday, October 20, 2012

Panasonic Stand Mixer

Salam pengujung kat luar sana.Sekarang musim MasterChef kan..memang tiap-tiap malam Sabtu-Khamis wajib la mengadap.suka tengok cara masakan diaorang ,idea ciptarasa, cara platingnya..yang paling hangat masa kerja berkumpulan lah.macam-macam ayat keluar dari mulut peserta yg tak puas hati lah, yg gembira bla..bla..ewah..byk pulak komen..

Kisah aku pulak,aku telah request drp en hubby mixer nak buat kek la kununnyer..so en hubby pun tunaikan hajat aku belikan Panasonic Stand Mixer tu.aku yg nak jenama Panasonic gara - gara terpengaruh dgn Penaja Masterchef la..kata PANASONIC COOKING MAGIC...so nak tak nak merata tempat cari mixer ni bukan apa tak der stok katanya..amboi..laku nor... siap gi kota baharu ,cari kat court maut,gOrange, kedai2 letrik yg adalah.(pastu nak harga yg boleh tawarla , nak murah je kan..).tp akhirnya dalam bandar Jerteh ,sebuah kedai biasa je aku jumpa.siap dapat murah la..harga yang diservey RM 169.00 tp dapat kat kedat tu rm 140.00.oklah untuk aku yg baru nak mula ni kan.

Bila dah dapat,en hubby belanja pengukus pulak satu..senang nak buat nasi dagang ke pulut kuning ke..yeay..best..best..

Ni dia ciri-ciri Panasonic Stand mixer
Model : MK _ GB1 stand mixer
-High Power 200w
-5 speed control
-Convenient 1.7m Long Cord
- 3L bowl with Turntable
- Included Beaters & Dough Hook

huai..balik tu terus terai..

Tulah aku sebenarnya dah cuba buat kek coklat moist, kek butter, apam marmar, tart telur, cuba main-main tp ada gak tempahan untuk kek coklat moist..aku buat bagi-bagi rasa je.takpelah rezeki aku buat kek ke..haktoi..kena la ada rasa macam chef ni. so aku gelarkan diri aku CHEF KUNANG..nanti dah ada kek yg jadi..akak snapnya.hehehe..

tu dia siap snap gambar kotak lagi..
ni lah rupanya stand mixer..alamak..mcmlah cik timah kat luar sana tak kenal kan..oklah puas hati dapat  blaja buat kek,biskut,tat..byklah...
tu dia pengukukus chef kunang..murahan CAP PAYUNG..orang beli  CAP BUAYA...pasal baru nak jinak-jinak so kita pakai yang murahan je dulu.nanti dah xpert bisnes laku..lapis-lapis aku beli.atas dapur lagi tu tengah kukus apam..

Bila tengah buat kek teringat aku nursery rhymes anak aku..

Pat a cake, Pat a cake, baker's man
Bake me a cake as fast as you can;
Pat it and prick it and mark it with a 'B',
And put it in the oven for Baby and me. 




Tuesday, October 16, 2012

Hasil Kerja Aneeq

Kali ni post pasal hasil kerja aneeq masa 4 thn dan 5 thn..seronok pulak bila tgk anak ada perkembangan. alhamdulillah walaupun sekolah prasekolah je , percuma lagi tp cikgu-cikgu beri penuh perhatian.
kalau hantar tadika swasta mungkin lebih bagus coz perkembangan kanak-kanak masa ni lah sangat cepat.tp malangnya area besut ni tak ada tadika swasta yang canggih sikit la dari yg sedia ada.tp takpelah rezeki memang di bumi Besut ni.

Semua ibubapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka.yang mampu dan ada kemudahan beri lebih lagi kan.zaman sekarang pulak semua anak-anak dah bijak pandai.yg malas kompirm ketinggalan.

 
Ni masa Aneeq umur 4 tahun

Ni kerja sekolah yang cikgu dia bagi .. 
Color pun dah ok sikit .. tp yang peting dah boleh tulis dan eja kan..still 5 tahun
tahun depan ada lagi..
Kalau aku igt2 balik masa zaman aku dulu darjah 1 baru belajar semua ni.masa umur 6 tahun pun ke tadika main-main lagi.banyak benda dah berubah.mudahan anak-anak saya berjaya di dunia juga akhirat..

Monday, October 8, 2012

Jangan salahkan takdir (part 1)

Kalau nak dicerita tentang perjalanan hidup memang macam macam kena lalui.lain orang lain cerita.tp ada yang perjalanan hidup orang tu seronok je untuk dilalui.semua cukup.kalau dilihat dengan mata kasar..perfectnya hidup dia.sebagai manusia yang alpa ada je rasa tak cukup tak sempurna dalam apa yang telah ditentukan olehnya..tp sebenarmya semua telah diatur dengan baik olehNya.

Itulah kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk kita berkongsi cerita,masalah,suka kita.aku cemburu jugak tengok orang ada tempat menumpang kasih dikala sedih,taktala ada masalah untuk diluahkan.kalau duduk berseorang aku fikir-fikir kenapa aku dijaga oleh nenek dan datuk aku masa selepas aku dilahirkan.kenapa umur mereka dalam lewat 80 lebih masih sihat boleh bergerak menunaikan ibadah lagi.kenapa Allah ambil ibu aku dikala aku masih memerlukan kasih sayang tempat berkongsi masalah dan luahan perasaan.semuanya ada kaitan.ada jugak aku menyalahkan takdir kenapa aku tiada adik beradik seibu sebapa.kenapa Allah nak uji aku bersendirian. semua tu adalah ujian. orang selalu cakap dikala kita ada masalah "Allah takkan duga kepada insan yang tak mampu jalani ujian dariNya".

Bila dah tua macam ni fikir-fikir kalau ada adik-beradik boleh jugak mintak tolong dikala ada masalah menimpa sebagai  tempat menumpang.mujurla tika ini masih ada nenek dan datuk aku.bila diaorang dah tak ada ? takutnya aku memikirkan semua tu.kalau mereka bawa dirilah jawabnya. aku sering terfikir jika ada apa-apa terjadi pada diri aku dan suami ke mana anak-anak aku nak pergi.belah pihak suamiku ? susah nak cerita.itu je dapat cakap.

Kadangkala ada luka dalam hati ni masih berkudis.kalau dikopek masih berdarahkan..
Banyak benda kita berkorban untuk orang lain tapi kita dapat apa .. bukan balasan yang diinginkan sekadar tanda ingatan...


Friday, September 28, 2012

Tuah tangan Aneeq..calciYUM...

Malam khamis aku gi shopping sikit barang dapur kat Pantai timur Besut ni..byk gak keperluan yang takdak. so anak anak mcm biasalah round cari barang yang diaorng nak tp satu je aku dah pesan..
sampai kat troli aku tgk aneeq dah letak CalciYum Booster alah yougurt tu lah.memang anak-anak suka makan.

Balik rumah si aneeq mcm biasa lah konker buka..yang utama nak kalsium tu pasal nak kad BEN10 tu sebenarnya.yang makannya yang kedua..pastu ada peraduan kan menangi 300 biji iPAD .. en suami pun gores..gores2 yang kad yg pertama dah dapat ipad..actually dia tak inform pun kat aku yg dapat ipad tu.kertas peraduan pun dah koyot2..esoknya..aku mengemas pastu aneeq bagi aku kad suruh aku tgk.aku belek2 tgk yg gores tu menang ipad..en suami malas nak excited katanya peraduan cam tu saja je bagi gempak macam tikam2 tu..bila kaji balik..wah guna ayat kaji tu mcm betul dapat ipad..kalau tak ke dalam tong sampah dah kad2 yang bersepah-sepah tu.

malam ni aku suruh beli lagi sekotak tgk mana tahu kot2 mcm peraduan mami tu ker.mcm  dah gores,menang tp suruh telefon lah..mcm2..tp bila gores ketiga-tiga kad tu, jawapannya SILA CUBA LAGI.insya allah betullah lah tuah tangan aneeq pilih kotak calciyum tu. esok aku akan buat pos laju..kalau ada rezeki memang iPAD tuah aneeq tu sampai dalam bulam Disember ni.

Kotak calciyum yang bakal membawa tuan ..Insyaallah 

tu dia tangan hero yang mencapat kotak calciyum..dah siap isi borang peraduan..esok mama pos ok..

darius ye ye je mcm dah boleh baca..

300 iPAD je tau untuk dapat..

Rasa macam tak percaya  tapi kena percaya jugak..kalau iklan POWER ROOT dulu ada pakcik tu cakap "saya menang moto" tapi kali ni pulak aku cakap saya menang iPAD...kalau tak percaya belilah sekotak tgk tuah korang pulak..selamat membeli dan mencuba..


Wednesday, September 26, 2012

Layan drama

RALIK KALAU TGK MUKA DIA KULIT DIA MEMANG CANTIK LAH..
Mesti ramai suri rumah macam aku ni layan drama pilihan bagi mengisi masa rehat dak..maca,m aku pagi kul 9.30 tiap isnin-khamis dok layan cita filipina MariMar..dah tgk tngah pun still boleh nak layan.bukan apa cantik sgt tgk si MariMar tu.tu yg semangat tgk.kalau time breakfast pepagi cepat-cepat masak dan pantikan kul 9.30 stop..tp aku rs jln cerita sama je maksud aku lebih kurang je sbnarnya kan..tp dah terlayan terpaksalah teruskan..aku sebenarnya dah baca sinopsis cerita dan ada siri2 drama ada untuk didownload.mujur broadband aku ada limit..hahaha..so x dpt nak download lelebih.

Tu yang dibelah paginya..dibelah petangnya pulak layan cerita dari AZALEA tv3 dan bila esok.. lakonan rita rudaini dan zamarul hisyam..tah macam mana lekat pulak tengok cerita ni.masa ni lah bak berebut dengan anak-anak pasal rancangan tv9 cerita katun kan.so anak-anak redha..hehehe..kira dua cerita ni kalau weekdays memang aku WAJIB mengadap..

Add caption

sabarjelah..gitulah kalau dah jadi suri rumah.sebelum ni tak layan sangat.tp aku rasa kena amik masa gak layan2 cerita kasi rehat diri sikit..
time ni mulut aku akan mengomel kat anak-anak "JGN BISING MAMA NAK TGK TV NI"



Monday, September 17, 2012

Yantie..I'm coming..

Alhamdulillah 12/09 ari tu ada rezeki ke Kuala Lumpur..kebetulan petang tu Amad en hubby yantie hantar msg yantie dah selamat deliver..dia buat2 bergurau kat aku cakap nak tgk tgk baby ke?aku cakap kalau aku sampai jgn terkejut pulak.so kira surprise la dan rezeki dapat tgk baby yantie yang kedua..

Pagi 13/09 tu pegi berjln ke sogo dulu.biasa lah kalau dah sampai sini meang tak sah kalau tak bwk balik ole2kan..ole2 untuk diri sendiri dan anak2 serta en hubby lah..hehehe..biasalah beli baju ..yang x cukup2 lagi .. hahahaa.. pastu beli la sikit present kat baby yantie..

Lepas tu terus ke prince court..best giler kalau deliver hosp cam ni..class habis..tp kat mana2 pun actually ok kan asal selamat..walaupun masa sejam je mmg tak cukup untuk aku ngan yantie kalau dah bercerita tp aku puas pasal hajat nak melawat tercapai..

Petang tu terus balik ke kuantan dulu..mulanya nak sewa hotel tp memandangkan dah bershopping dah so baik balik je lah..esok ptgnya nak balik ke besut pulak..

ni gambar yang sempat aku snap..

tu dia ibu dalam pantang tersenyum lebar...

tak dapat snap gambar baby coz asyik nak menyusu je..kalau lepas nangis...huhuhu..

takpelah antie snap bella jelah...da boleh peluk..dulu nak pegang pun susah..

anyway yantie tahniah selamat deliver baby girl lagi..huhuhu jeles la saya..

Sunday, September 9, 2012

rugi ma...

Petang ni nak post pasal atas kecuaian aku.. aku dah tersalah transfer kredit kat orang lain..tah macam mana tak perasan..jumlah tu banyak la jugak bagi yang tak berduit ni..hahaha..tp boleh pulak aku tak perasan 948 boleh jd 978..dengan senang hati sent je kat en hubby igtnya.sib baik en hubby tak marah..huhuhu...biasalah kalau orang dapat duit mana nak pulang balik..melainkan dia tu betul2 orang yang baik lah..aku tersalah hantar kat makcik..katanya dia tak pandai nak tranfer balik..kalau dah gitu kata dia tak lah ..apa-apa pun memang tak de rezeki aku .. REDHA ..

Tuesday, September 4, 2012

Happy Birthday Darius

Selamat hari jadi darius yang ke 4 pada 10 ogos lalu..mudahan anak mama jadi anak yang soleh dan mendengar kata yerk..tahun depan dah nak sekolah.mama harap darius rajin bangun pagi macam abg aneeq tau..

Tahun ni birthday darius dalam bulan puasa jugak..it's ok kita celebrate jugak tanda kesyukuran kan.

Persiapan yang sederhana
Bukan main seronok lagi..

Tu dia persaingan hebat dalam acara tiub belon..
Seperti biasa mama akan belikan kek lah..adalah present tp kena beli untuk tiap-tiap anak2 mama jugak.
Mama goreng mi dan ayam celup tepung..(ayam KFC) lebih kurang..hehee..papanya buat persiapan deko2 sikit..saja nak bagi mod celebrete birthday lah kan.




Loves u all very much..




 Pukul 7 kami pun start lah tiup lilin dan potong kek..coz nak kasi jiran sikit untuk buat berbuka kan..
simple..yum..yum..yum..delicious..
happy birthday to you..happy birthdayday to..happy birthday to eres..happy birthday to you..nyanyian anak-beranak..
makan time..

Lastly masa untuk darius buka present..


Alhamdullilah anak-anak gembira itu yang penting..


 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --