Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

Selamat tinggal tahun 2011..alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi aku bernafas untuk aku melangkah ke tahun 2012..tahun 2011 ada tahun yang telah memenuhi segala impian kami sekeluarga.terima kasi Ya Allah kerana ko memberikan kami rezeki dan apa yang kami impikan.
Masa berlalu terlalu pantas.aku dapat rasa macam tak sempat aku nak megejar masa.tp at least aku dapat rasa nikmat yang Allah Taala kurniakan pada aku.Walaupun impian aku untuk bekerja tak kesampaian (mungkin ini adalah takdir yang telah tertulis), aku bersyukur dapat menjaga anak-anak aku serta makan pakai suami aku sepanjang masa.aku dapat suapkan anak-anak aku makan tiap kali waktu makan,mandikan mereka,layan kerenah mereka dan yang paling penting aku dapat melihat sendiri perkembangan mereka.inilah kerja dan dunia aku.yang paling puas hati tiap kali waktu makan suami akan balik makan bersama-sama.mikael..anak bongsu aku dapat sepenuhnya susu badan..dan terima kasih padaMu sekali lagi kerana memperbanyakkan susu badanku untuk membesarkan anak ku.
Tahun 2011..bermulanya anak sulung aku ANEEQ DARWISY  memasuki TASKI..ni sedikit sebanyak memberikan pendedahan pada aneeq untuk membaca doa-doa,mengenal alif,ba,ta, dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan.seronok jugak tengok bila dia bersemangat untuk mengenal ilmu.sekarang aneeq dah kenal ABC,doa-doa,123,macam-macam lah..tinggal nak mengajar mengenal suku kata bagi membolehkan aneeq membaca.takpe bermula 1 Jan 2012 aneeq dah start ke prasekolah.5 tahun dah pakai baju sekolah.tp gaya badan dah macam darjah satu.nanti 6 tahun nak sekolah lagi.tkpelah aneeq kira aneeq senior pra lah yer anak mama..heehehe..kira target mama untuk aneeq tahun 2011 tercapai..
Pada tahun ni target untuk memiliki rumah sendiri di tempat orang jugak tercapai.lebih mudah memiliki rumah sendiri dari menyewa.semuanya berjalan dengan lancar.segala hutang berkenaan rumah terlah dapat dilangsaikan.leganya rasa..bila dah ada rumah sendiri ni lainlah sikit.semangat lebih..hehehe..apa-apa pun syukur.
Untuk suami aku en Zainal Abidin Ismail..tahniah kerana tahun ni b dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) walaupun baru dua tahun bertukar ke IKM Besut ni.kira untuk b dah sampai target la kan.tak sangka awal cam ni.sekali lagi limpahan rezeki dariMu ya Allah.
Oh..dah dekat pukul sebelas..jap lagi dah masuk 1 Jan 2012..aku terpaksa menaip beruncit-ruincit memandangkan mikael tak berapa sihat..tp kalau boleh ini post terakhir aku sebelum aku ke tahun 2012..wah..satu keazaman tu..
Bercerita pasal keazaman..tahun 2012 adalah tahun yang aku akan mulakan kerjaya aku sebagai usaham kecil insyaallah.aku ingin membuka sebuah homestay..rumah aku di beserah,kuantan akan dikosongkan.rumah aku pulak berdekatan dengan pantai.dari servey yang dibuat memang hari-hari ada permintaan.nak2 musim cuti.sehari RM250 sebuah rumah..kalau dalam 10 hari je dah dapat RM 2500.jd aku tak kisah terpaksa berulang dari besut-kuantan untuk uruskan homestay ni.aku ingin mencari pendapatan sendiri memandangkan susah nak dapat pekerjaan yang sesuai dan aku tak mahu berpisah dengan anak-anak dan suami jika dapat kerja luar daripada daerah yang aku stay sekarang..biar aku bersama mereka.hidup ni bukan nya lama..setiap detik dan waktu bersama mereka amat beharga..lagi satu aku ingin memperkembangkan bisnes keropok lekor beku.pasarannya juga di kuantan.aku dah buat servey yang memang tak ada lagi seumpama tu dijual..yang biasa ada..karipap,donut,pau beku..yang ni kelainan sikit pasal produk drp kuala terengganu..terima my hubby coz sudi support aku.inilah target aku..azam aku..semoga aku dapat melaksanakan azam aku ni..
Sebelum aku post .. aku harap aku akan berjaya melaksanakan apa yang aku idamkan dengan keizinan dariNya jugak.moga2 rezeki kami bertambah..amin..selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012..emm..sedihnya...

WELCOME.....

Tuesday, December 20, 2011

Mikael testing berjalan

Mikael mama .. dah mula dah berjalan.emm..baru boleh berjalan kan..seronok jugak mama coz ada masanya tak payah dah berdukung..memandangkan mikael dah masuk 10 kg kan..mama pun dah tak larat sangat nak berdukung ni..

Petang semalam tak hujan, so mama ajak la main kat luar ngan abang-abang mikael yang sangat aktif tu.lagipun papa nak buat operasi tambun pasir di laman rumah..suka jugak mikael dapat main kat luar.selalunya mikael memang kena kurung..malas nak kasi main kat luar coz masih merangkak.
Kali ni mama tak payah jaga sangat.aneeq dan darius je duduk melayan kerenah mikael ni..

Tu dia aksi permulaan chee wahh..berdiri tegap dulu..
Pastu mulakan aksi menolak walkernya..one..two..three..ok..bupp..
Tu dia posing duduk pulak setelah beberapa minit berjalan..
Mikael sangat sibuk nak berpaut pada basikal aneeq rupanya..

Tu dia posing bersama-sama abang tersayang..tgklah darius suka buat muka..
abang aneeq kena excercise lebih..

So mama pun sibuk jugak nak interframe.. apa macam dah lama mama tak masuk muka mama dalam blog ni..hahahaha..
Mama ngan mikael..cayang kael..

Thursday, December 8, 2011

Happy Birthday Mikael

Tanggal 8/12/2010 lahir putera ku yang ketiga..hari semalam genap umur mikael 1 tahun .cepatnya masa berlalu.rasa tak puas melayan kerenah mikael masa dalam 40 hari ..2 bulan .. 4 bulan.. hehehe..walaupun 24 hours duk mengadap si nonet mikael ni..alhamdulillah aku dah setahun jugak menyusukan mikael sepenuh masa.
tu yang mikael lansung tak nak berenggang dgn aku.

Mikael tak dapat berjalan lagi..boleh menapak dua tiga,, jatuh..malas pun ada..hehee..so mama belikan present baby walk la bagi memudahkan mikael berjln..kalau mikael boring kira..mama transform baby walk into a car ..hahaha..so kira ubah mood sikit la..2 in 1..

Baby walk merangkap car .. mama harap mikael suka tolak .
Ni belum apa-apa abg-abgnya yang lenjan dulu..
Nanti papa free kita buat makan-makan sikit..kita-kita je kan mikael yerk.

Ni pose pose mikael awang nonet mama 

Mikael sibuk di bilik mainan abang-abangnya..
Di tesco KOTA BHARU..sibuk jugak memilih mainan
Apa yang suka sangat tu .. 
Cayang mama..
Mama doakan anak mama AFIF DARIS MIKAEL BIN ZAINAL ABIDIN sihat sejahtera .. jangan 
noti-noti.. dan yang paling penting anak yang soleh dan mendengar kata.insya allah..

Sunday, December 4, 2011

I'm babtsitter

Dah lama aku tak berblog. susah sekarang nak buka komputer or laptop. ada je gangguan daripada anak-anak. so aku biarkan anak-anak yang layan intenet. untuk pembelajaran mereka jugak. hari ni aku nak bercerita yang aku berjaya menjadi babysitter kepada anak kawan hubbyku. raisha namanya.aku mengambil keputusan untuk menjaga raisha sebab dia GIRL. memandangkan anak-anak semu HERO, seronokla dapat jaga baby girl.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada hari ni. walaupun pada mulanya gamat dengan tangisan raisha dan mikael. terpaksa aku berdukung dua-dua anak kecil tu. tak lama tangisnya dalam setengah jam. lepas tu oklah dia main-main dengan hero-hero aku. agaknya jaga baby girl senang sikit daripada boy kot?aku harap dapat bertahan. Syukur jugak at least ada pendapatan. tp bukannya nak sgt sebab aku duduk rumah so tak kisah pun. nanti sambung cerita .. tu kalau dan la.

Saturday, August 20, 2011

Toys Fav Mikael

Mikael .. mama ada belikan mainan tp yang ini jugak jd pilihan.kalau ke dapur mesti nak capai yang ni..
mungkin mama ni selulu dok masak je masa pregnen kan mikael.. maklumla suri rumah mmg takde kerja lain dah .. 
toys yang mama belikan jadi hakmilik abang-abgnyalah..
Sedang bawak lari sudip mama..
Emm.. sedap sangat agaknya..macam nak telan..
Kalau mama amik mesti mengamuk

Takpelah janji mama boleh buat kerja lain..

Tuesday, August 16, 2011

Happy Besday Darius..

HAPPY BIRTHDAY DARIUS pada 10/08/11 lalu..semoga anak mama dikurniakan tubuh badan yang sihat dan menjadi anak yang soleh..mendoakan mama kelak bila mama dah tiada kelak..

Pada tarikh ni papa belikan kek untuk darius dan pizza kedai kek tu jugak..kira masa berbuka celebrate la besday darius..tanda ingatan kami untuk darius walaupun kecil-kecilan je sayang..nak ajak makan special skit kena ke kota bharu atau Kuala Terengganu.tp memandangkan puasa agak susah nak pergi..mama igt nak belikan kek daripada SR..fav cake in da world tp jauh sgt la nak pergi.tkpelah darius seronok sangat masa papa buat balik cake tu.kejap2 buka peti tanya bila nak makan cake to you ni..
Tepat masa berbuka je lilin dah pasang..bersemangat nak tiup lilinnya..

Tengoklah gelagat aneeq yang sibuk igt besday dia pulak..tolong tiupkan lilin..

Seronok nak tunggu tiup lilin..tak cukup satu lagi lilin..

Ni pic masa nak potong cake..tgklah masa potong cake pun aneeq yang penuh semangat.hehehe..mama pun buat la sikit pose..
Masa nak potong cake "besday to you"

Darius tak sabar nak makan cake dah ni..
Katanya "YUM..YUM..YUM..DELICIOUS..."gelak kami..tgk telatahnya
makan time...




























Tuesday, July 12, 2011

Kepenatan

Kesian anak-anak mama kepenatan tunggu mama dan papa memilih barang kat GIANT KT..mama pun jd buntu tak thu mcm mana nak membeli, pasal troli dah penuh dek anak-anak mama je..tp time cam ni lah senang mama nak memilih barang pasal tak de gangguan.kalau tak nak tu..yang sorang ni nak ni..kadang-kadang mama tak membeli barang pun pasal anak-anak mama buat haru..terutama aneeq la.

Tu yang papa snap gambar tu .. bukan senang nak dapat situasi cam ni...


Monday, July 4, 2011

Gelagat Anak-anakku MAKAN

Aneeq : Mama..mama..masak apa tu?AYAM PEDAS ke..like father like son kan..suka ayam pedas..

bagi aneeq ayam pedas mamanya adalah yang terbaek..hehehe..biasa dah nama mamanya tentulah apa yg mamanya masak sedap..aneeq tak milih makantu yang badan pun BUM BUM BUM..BUM BUM BABY BUM..

kalau darius pulak..

Darius : mama asik goreng..

itulah lah yang dia tahu..darius tak leh makan pedas pulak..selalu sup sayur, sup ayam la untuk dia..kalau tak de sgt..koko unch..(katanya)..

yang dua orang ni kalau makan mesti nak depan TV.jd aku belikan meja murahan untuk makan merangkan mengalor kat meja tu..tengokla gelagat diaorang.

Mikael sibuk nak gak interframe...

Mikael pulak..

bubur nasi + ayam+karot+brokoli+kismis+kurma = blend
tp selalu kalau nak makan mesti lepas mandi..kalau sebelum mandi memang dia tak nak..apa boleh buat..

Sebelum makan..


tengoklah sepuah mulutnya..bak kata orang pahang..



Ni menandakan mamanya masak sedap untuk mikael..kan..kan...






Saturday, June 18, 2011

Ibu susuan untuk Aliff

Mama dan anak-anak mama ...


Inilah Aliff Irfan..anak aku yang baru..tak batal air sembahyang ni..
Hari ni genap seminggu aliff .. anak maksu ehh..kira dah boleh panggil mama ni.. balik.walaupun tak lama menyusukan aliff..tp ada la pengalaman manis menyusukan anak orang.rasalah macam mana jika sekiranya dikurniakan anak kembar..tak tido malam dibuatnya.letih yang amat..lepas menyusukan mikael ..aliff pulak jg mintak susu .. begitulah sebaliknya sampai pagi..cuma ada la terlelap untuk seketika.nasib baik aku tak bekerja.pagi lepas breakfast je..qada tido.tu pun dapatla dalam dua jam.

Menyusu untuk dua insan ni..kena perlu byk minum air putih..sentiasa terasa dahaga..makan pun lebih skit la daripada biasa.aliff dah hampir setahun.so keperluan aliff lebih sikit la.menyusu pun lama.nak-nak pulak anak lelaki..kadang-kadang kelam kabut jugak bila dua-dua mintak disusukan..tp memang tak dapat menyusukan dua dua sekali gus..

Lepas aliff balik..esoknya aku demam teruk..maybe tak cukup rehat..lelah pun menyerang..tapi takpelah..at least aku dapat jg aliff dengan baik sampai ibunya datang amik..

Sedikit info PANDUAN MENJADI IBU SUSUAN..

Penyusuan anak angkat bukan sesuatu yang mudah. Biarpun begitu ia bukanlah mustahil. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan.

Memberikan susu ibu kepada anak angkat bukan semata-mata bertujuanmenjadikan anak itu muhrim kepada ibu bapa angkatnya. Ia lebih bertujuan memberikan makanan terbaik untuk bayi. Susu ibu tetap paling baik berbanding susu formula! Itulah yang dinyatakan oleh Dr. Jack Newman di dalam bukunya, The Ultimate Breastfeeding Book of Answers. Menurut beliau, susu formula bukanlah pilihan kedua terbaik selepas susu ibu. Sebaliknya, ia adalah pilihan keempat selepas susu perahan ibu dan susu ibu daripada ibu susuan.

Langkah pertama yang perlu anda dan suami lakukan ialah menjalani proses kaunseling penyusuan sebelum mengambil anak angkat. Tujuan kaunseling ini adalah untuk menyediakan anda berdua daripada segi mental dan fizikal sebelum menerima tanggung jawab besar memelihara anak angkat.Persediaan mental amat penting kerana proses penyusuan yang bakal dilalui bukanlah sesuatu yang biasa tetapi memerlukan proses adaptasi.

Setelah bersedia daripada segi mental, seterusnya anda berdua perlu melakukan persediaan fizikal termasuk memulakan rangsangan dengan kaedah yang betul. Anda juga perlu menyediakan peruntukan kewangan yang cukup bagi menyara kehidupan bayi termasuklah perbelanjaan rawatan penghasilan susu.

Selanjutnya, bagi anda yang sudah bersedia mencetuskan susu ibu, adalah lebih baik melakukannya seawal yang boleh. Disarankan untuk mula melakukannya seawal 6 bulan sebaik sahaja keinginan anda untuk mengambil anak angkat dimuktamadkan. Walau bagaimanapun, jika kesuntukan masa, anda masih boleh melakukannya asalkan mempunyai keazaman yang tinggi untuk terus berusaha menghasilkan susu untuk diberi kepada anak angkat yang bakal diterima.

Persediaan dalam masa 6 bulan
1. 6 bulan sebelum jangkaan menerima bayi angkat, makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari bersama 10 mg Domperidone, 4 kali sehari selama 1 minggu. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini bertujuan merencatkan penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
2. Selepas seminggu, tingkatkan dos Domperidone kepada 20 mg 4 kali sehari. Payu dara akan mengalami sedikit perubahan saiz namun hal ini adalah normal.
3. Teruskan kekalkan dos yang sama sehingga 6 minggu sebelum tarikh jangkaan menerima kehadiran bayi.
4. 6 minggu sebelum mahu mengambil bayi, hentikan pengambilan pil perancang tetapi teruskan dos 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Menghentikan pil perancang pada peringkat ini akan mengurangkan aras progesteron dan meningkatkan penghasilan prolaktin sebagai persediaan mencetuskan susu ibu.
5. 2 minggu selanjutnya, anda boleh mula mengepam setiap 3 jam. Sebaik-baiknya gunakan pam elektrik berganda. Apabila mula mengepam, anda boleh mengamalkan memakan makanan penggalak susu ibu seperti halba dan oat. Anda juga perlu minum banyak air tetapi kurangkan pengambilan minuman berkafein. Hal ini kerana kafein boleh mengurangkan kandungan air dalam tubuh.
6. Pada peringkat ini susu ibu sepatutnya sudah hadir tetapi dalam kuantiti yang sedikit dan warnanya putih jernih. Selepas beberapa hari atau minggu, susu sebenar akan terhasil.

Persediaan kurang daripada 6 bulan
1. Makan pil perancang (Yasmin atau Microgestin) setiap hari selama 30 hingga 60 hari bersama 20 mg Domperidone 4 kali sehari. Penggunaan pil perancang pada peringkat awal ini adalah bertujuan merencat penghasilan susu ibu sebagaimana proses yang berlaku di awal kehamilan.
2. Selepas 30 hari, jika berlaku perubahan pada payu dara (saiz bertambah, tegang dan penuh) hentikan pengambilan pil perancang tetapi kekalkan dos Domperidone 20 mg 4 kali sehari.
3. Seterusnya anda boleh mula mengepam. Gunakan pam elektrik berganda. Makan makanan penggalak susu ibu seperti halba, oat da minum banyak air.

INFO
Syarat Menjadi Ibu Susuan Mengikut Lunas Islam

1. Wanita yang menyusukan. Disyaratkan wanita tersebut telah mencapai usia sembilan tahun.
2. Anak yang disusukan. Disyaratkan umur anak angkat tidak melebihi dua tahun.
3. Susu ibu. Disyaratkan susu ibu yang diberi kepada bayi membantu pertumbuhannya.

Had penyusuan perlulah tidak kurang daripada 5 kali (dalam waktu berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan). Maksud penyusuan mengikut kebiasaan ialah anda menyusukan anak angkat sehingga kenyang. Proses sedemikian dikira sebagai 1 kali susuan.

Jika proses penyusuan itu diselangi dengan keadaan tertentu yang tidak lama seperti anak berhenti menyusu kerana bernafas, keletihan, termengah-mengah atau tersedak dan kemudian kembali menyusu, maka penyusuan itu masih dikira sebagai 1 kali susuan. Sama juga halnya apabila anak itu dipindahkan daripada payu dara kanan ke sebelah kiri.


Thursday, June 16, 2011

BF untuk mikael





CaYang MiKaeL


Mikael 6 bulan..



Alhamdulillah..mama lega dapat memberi eksklusif BF selama 6 bulan untuk mikael..walaupun kadang-kadang naknya kasi botol, coz tak dan nak layan kerenah anak-anak tp aku kuatkan semngat kasi BF..baru ni aku sakit ..demam .. batuk .. aku teruskan jugak ..sampai mikael turut cirit kerana panas badan mama effect pada susu..aku housewife ..so kena jugak la ada misi mcm kawan-kawan lain yang ada kerjaya..sahabatku ira yang bekerjaya pun boleh susukan anak selagi mana dia boleh..takkan aku sepunuh masa di rumah nak kasi susu formula kan..

Lepas ni kena teruskan hingga ke setahun dulu..mikael pun dah start makan bubur (yang di blender) ,nestum baby .. pagi2 dah start masak bubur..tp bukan mikael yang makan dulu darius yang suka ..hehehe..rupanya si darius ni suka bubur dari nasi..maklum la ada TONSIL ..makan bubur senang nak telan.kesian darius..time makan mikael pagi dan malam sahaja..kadang-kadang malam..ajar-ajar kan..suka nak tgk anak mama tembam..

Saturday, May 21, 2011

Mikael oh Mikael..





Mikael ..Mikael .. mama rasa tiap hari mama buat rutin yang sama je kan untuk mikael sayang..

Mikael bangun pukul 7.30 pagi.. mama terus mandikan .. pastu BF barulah tido untuk sepagi bagi membolehkan mama buat breakfast untuk papa, abg aneeq dan darius .. belum sempat mama makan mesti dah jaga .. lepas tu main-main kejap .. kalau mama ada kat sebelah oklah .. bila mama bangun je terus "waaaaawaaa" aduh.. kadang kadang tak larat mama berkejar-kejar sambil buat kerja. lepas tu pukul 11 BF dan tido lagi..kali ni sempat la mama makan pagi, jemur kain, bkn mama tak nak makan masa mikael tak tido tapi kena nanti mikael nangis susah mama nak amik .. (sebenarnya malas nak gi basuh tangan)..



Dah boleh menerap dah mengesot ke depan..angkat punggung pun dah lulus

Pandang sapa tu..mama nak snap ni.. usia mikael 5 bulan

Lepas tu dalam kul 12.30 ke bangunla si awang nonet ni.. dalam kul 1.30 ptg mama akan mandikan mikael..supaya segar dan yang utama senang untuk tido..dalam kul 2.30 .. BF again dan tido lagi..kali ni lama sikit ..sempat la mama masak lunch tp bukan dah lunch da ni kira makan kul 5.00 ptg merangkap malam..papa pun skang x nak lunch katanya kesian mama berkejar-kejar nak masak (disamping tu leh diet kan..hehehe)..

Mikael sayang akan bangun pukul 4 ptg lebih kurang .. lepas ni jalan-jalan kat luar lepas papa dan mama makan nasik .. sambil tengok abg-abg naik basikal kat depan rumah .. mama dan papa lepak di bangku .. takpun papa dukung mikael mama xcercise kutip2 batu di laman .. pukul 6 ptg je mikael akan mandi dulu. abang-abang papa uruskan ..

Pukul 8 malam mama akan BF mikael dan tidolah wahai anak ku sampai ke pagi..

Begitulah rutin ku dari sehari ke sehari..terpaksa buat kerja dgn pantas skali semasa mikael tido..sebab kalau awang nonet mama ni dah jaga .. alamatnya memang tak jadi kerja.. buat masa ni .. inilah kerja mama.. tabahlah wahai diriku untuk manjaga anak anakku..



Wednesday, May 18, 2011

Settle ... alhamdulillah ..


Ya allah.. ya allah.. lamanya tak berblog.. 2 bulan ada agaknya.rugi..rugi..hahaha..LOL..lega rasanya sekarang dah settle semua.alhamdulliah atas keizinanNya aku dan familyku selamat berpindah ke teratak kami sendri di bumi besut ni.rasa bahagia, syukur kerana ada rumah sendiri di tempat orang. memang jagi orang besut la aku dan anak-anakku. terima kasih b bagi keselesaan untuk wina dan anak-anak. hajat hubbyku juga memiliki rumahnya sendiri dah tercapai.. tp banyak jugak ongkos yang dah habis sebelum masuk rumah.. tp tkpelah yg berhabis tu untuk sekali je.. lepas ni maintain..

Seronok tgk aneeq dan darius main basikal petang-petang kat depan rumah.. kalau tak diorang akan tolong jugak aku di laman kutip batu-batu dan sisa bahan binaan yg tertinggal.kira aku excercise la skit kasi peluh.. lepas ni nak tanam rumput carpet..kasi ceria skit laman..letak kerusi dan meja untuk minum petang.. wah.. besar angan-anganku.. pokok yang takat ni berjaya ditanam limau purut, mata kucing dan durian belanda.. tak sabar tunggu hasilnya.. tugas aku yg kononnya nak tanam serai, lengkuas, kacang botol, daun kari belum berjalan lagi. sabar ye b.. wina buat nanti.. hehehe.. pokok lada dah ada tp still dalam polybag lagi..mudahan berbakti pada tanah banyak manfaatnya. yang penting banyak benda gak tak yah berbeli. walaupun rm 1 2 .. duit jugak.

Jiran-jiran ada la 5 buah rumah baru pindah. kalau semua jiran dah berpindah mesti happening. barulah aneeq dan darius dapat kawan baru. nasib baik ada jiran sebelah so tak delah takut sangat kalau hubby gi kursus tinggalkan kami anak-beranak..kalau ada rezeki nak sambung dapur dan stor..tu planning next yearla..cukupla takat ni.

Lepas ni jarang agaknya balik kuantan.. rumah aku di kuantan mujur ada orang sewa. terjaga skit..kalau dah tak de penyewa,terpaksa pikir lain.. wat HOMESTAY mingkin.. kesian rumah ku kat kuantan mcm terbiar je. banyak kenangan bersama kawan-kawanku kat rumah tu..maafkan aku mama, tak dapat jg pusaka dari mama kerana terpaksa ikut suami.. harapan aku penyewa tu jg dengan baik.

Apa-apa pun..Terima kasih ya allah atas kurniaan rezekiMu kepada kami..

Thursday, April 7, 2011

Luahan hati

Mempunyai ramai cahaya mata memang sesuatu yang bahagia kerana itulah waris kita kelak.kalau bukan mereka pengganti kita, maka tiadalah kesinabungan dalam kehidupan ini..chee wah..cam bersastera lak..hehehe..

Bagi aku yang  beranak tiga ni..rapat-rapat pulak jarak kelahiran antara mereka, amat perit rasanya untuk membesarkan mereka.rasanya buat kerja rumah dah macam ibarat 'lipas kudung'.. rutin harian itulah aku yang menjadikan aku huru hara rasanya..

Kerenah anak-anak yang tak menentu membuatkan kadangkala aku give up dngan diri sendiri..kalau kerenah aneeq suka kacau adiknya darius..bab arang jgn haraplah nak berkongsi.dengki benar dia dengan adiknya..bkn salah aneeq..kesian jugak dia dapat adik seawal 1 thn 6 bulan..tika dia masih perlukan perhatian lagi..tiap kali darius menangis aku akan marahkan aneeq..adil ke aku..kadang-kadang tgk aneeq waktu dia tido, mengalir air mata ni kenangkan siang tadi marah kan dia.. darius pulak 'cerengeng'kata orang ..terlampau manja,tak boleh usik sikit ..sakitnya macam kena rotan ... dia punya melalak.. mikael lak sekarang sedang praktis menerap.kalau dah menerap..mengamuk lak pasal muka tu asyik menyembam ke lantai..selagi tak tido si mikael ni terpaksa aku buat kerja curi2..buat kerja tgk dia..kalau melalak amik sambil buat kerja..penatnya tuhan je yang thu.aneeq dan darius pulak kejap suh tukar CD robot lah kejap CD barneylah..kejap nak tgk thomas..tak terlayan aku dibuatnya..



Bila malam je sakit nya pinggang..nak tido pun tak selesalah..mujur mikael ni jenis tido sampai ke pagi..bgn sekali atau dua kali je..tq sayang faham kot siang mama letih pasal mikael tak berapa tido coz abg2nya bising kan..

Rasa rumah aku ni dah macam nursery lak..ala-ala la tu kan..masa aku blaja dulu-dulu,tak pernah aku terfikir akan mengalami situasi seperti ni..dalam fikiran nak  kerja..anak-anak hantar pengasuh..tp lebih baik begini agaknya buat masa ni..apa-apa pun FAMILY 1st..kalau dapat kerja jauh tp berpisah dengan anak dan suami susah jugak..seminggu sekali je jumpa..kalau tak pun sebulan sekali..huh..tak dapat aku bayangkan..kalau umur aku pendek.macam-macam benda terfikir .isk..sikitnya masa spend ngan mereka..RUGI..RUGI..tp semua tu dah ketentuan Allah Taala..aku kena blaja lebih redha..
Mudah-mudahan aku akan lebih tabah untuk menjadi mama yang baik untuk anak-anak aku..AMIN..

Wednesday, April 6, 2011

Miss my hubby

Hari ni dah masuk 3 hari mama tinggal sendiri bersama anak-anak..yerlah sebelum ni kalau papa ada tugas kat luar sure balik ke sg lembing.bukan apa takut tinggal sendiri di bumi besut ni ..hehehe..tp kali ni ku tabahkan hati tinggal sendiri..tinggal esok sehari je lagi..cepat..cepat masa berlalu..mujur anak-anak ok..dapat handle walaupun  aku sorang.nasib baik jugak mereka tak demam..mujur alhamdulillah..



Tak sabar tunggu hubby balik esok, yelah nak berkemas pindah rumah kan..tak sabar nak hias rumah sendiri..bahagia plak rasanya..anak-anak pun suka rumah baru ..boleh berlari kat laman tu..aneeq leh xcercise lebih kan..lepas aku berazam bercucuk tanam..contoh tanaman ..cili api,serai,lengkuas,halia,daun kesum,pandan,pokok kari,kacang botol,ulaman lah,apa lagi yer..tanaman yang tak payah berbeli lepas ni..nak berjimat la katakan.zaman skang beli sayur pun mahal..

Wina menunggu kepulangan b esok..selamat balik yerk..malam ni je sehari lagi tido sendiri ngan anak-anak..

Sunday, March 27, 2011

Mikael dan Bedungnya

Lenanya tido.Mikael 4 bulan ..sayang dia..mama pun dapat tido..
Sayang mama mikael..suka berbedung yerk..kalau tak bedung alamatnya malam memang tak tido...mula-mula cari jugak punca kenapa payah nor nak tido..yelah dah masuk 3 bulan masa tu mama malas la nak berbedung. lepas tu tido asyik terkejut dan jaga..terkejut dan jaga..papa try bedung je terus tido lena..comell...pelik sikit daripada abg-abgnya..harapnya kurang la lasaknya..heehhe..mama tak larat la.nak handle abg-abg mikael tu lagi..

Saturday, March 12, 2011

Mikael dah bercukur..


Ni pic mama snap sehari lepas mikael dibotakkan..mulanya tak nak botakkan pasal rambut lebat ..tp rasa macam ada kerak je..memang betul ..kat ubun-ubun kelapa dah ada kerak tu..mujur la cukur kalau tak berkudis kepala kalau dibiarkan lama2..takpelah nanti tumbuh lagi rambutnya..Cuma lambat la sikit..mama minta maaf tak buat majlis cukur jambul untuk anak mama ni.patutnya sunat lebih afdal adalah 7 hari setelah melahirkan..bukan mama tak nak buat tp tak orang nak urus-urus kenduri...tapi takpelah..bercukur cam ni pun disunatkan..


Anak mama dah macam sholin ... tu kata kawan mama..heheh...apa-apa pun comel jugak..

Mikael 40 days....



Now anak mama dah 40 hari..kira boleh berjalan - jalan dah lepas ni...seronok kan.. mama pun happy pasal dah habis pantang,,, tu ada abg darius temankan mikael ... sweet kan.. darius pandai jugak agah-agah si mikael ni..

Mikael BerCD (cloth diapers )


Anak mama berCD



Mikael kini berusia 25 hari..cepatnya anak mama ni membesar.maybe coz of breastfeed (bf) kot..aku akan terus bf kan mikael selagi aku mampu..bukan sahaja menjadikan ia lebih elok untuk pertahanan badan mikael..juga elok untuk ekonomi ..hehehe..jimat..selain tu aku juga berCD .. so double jimat kan… tapi mama memang lah letih sikit … sakit pinggang nit p demi anak mama .. anything for u ok.. + letih lagi cuci CD la..takpe..setakat ni mikael selesa berCD.alhamdulillah..


Ni mikael dah sebulan lebih...

Thursday, March 10, 2011

Koleksi Gambar Darius

Koleksi gambar gambar Darius aksi-aksi 1st time 


Time ni darius berumur 1 bulan..


Darius 5 bulan..suka bergolek-golek time..so setiasa toto tu berada terbentang je..so golek punya golek..sedar-sedar sampai depan pintu..


Maklong sayang darius..huhuhu...darius pertama kali rasa 'fast food' KFC kentang putar...punya la lapar lagaknya masa tu..tergelak kami tengaok..


Darius berada di Taman Bandar...seronoknya bukan main...choomelll....

Makan Scoot's

Ini lah ubat kuat yang di war warkan oleh hero-hero aku..

Scott's Emulsion

Scott’s adalah pati minyak ikan kod..elok untuk kesihatan kanak-kanak mahupun dewasa untuk menjaga paru-paru ..dah dapat jauhkan dari terkena selsema dan batuk..

Aneeq dan darius memang suka makan ubat.apa jenis ubat sekali pun.ubat pil pun penah ditelan mereka.walaupun gigit ubat pil tersebut terasa pahitnya bagi mereka ok je asal mereka sihat dah kuat katanya..huhuhu..anak anak mama ni..

Aku berikan mereka Scott’s setiap pagi sekali sehari coz mereka selalu selsema..kalau aku lupa mereka akan ingatkan aku ..mama tak makan ubat lagi..menjak-menjak pulak aneeq bersekolah tak kering selsemanya..berjangkit dengan kawan-kawan sekolahnya kan..pastu bawak balik ke rumah darius pulak jangkit..untuk hilangkan ambil masa lama betul..risau..kadang-kadang membawak ke demam..

Gelagat darius - Dalam tv ada iklan Scott’s kan..tiap kali iklan tu keluar..Darius akan berlari ke dapur pastu bawak botol Scott’s letak kat kaca tv.katanya..mama mama samakan..setiap kali ada iklan tu..begitulah gayanya..mula-mula tergelak la jugak tgk keletah nya..tp kalau dah tiap-tiap kali kuar iklan tu pastu ke dapur ambik benda alah tu..marah la jugak aku..risau bukak tutup peti..macam-macam la budak-budak ni..

Aku harap aneeq dan darius tak selsema dah lepas ni..dengan mengamalkan makan Scott’s tu..
Scott’s TERBAIK…….

Info : Scott's Emulsion

Children's Health Supplement : Scott's Emulsion

Scott's Emulsion is rich in cod liver oil which is a natural source of Omega-3 Vitamin A & D, calcium and phosphorus. It helps children to build their natural body resistance to infections like coughs and colds and develop strong bones and teeth during their growing years.
It is a brand trusted by mothers for generations to help protect their children from coughs and colds, so that they will grow strong and healthy.
Scott's Emulsion is available in two variants : Original and Orange flavours.

Adult Health Supplement : Scott's Cod Liver Oil Capsules

Scott's Cod Liver Oil Capsules come in easy to swallow golden capsules rich in natural Vitamin A & D and polyunsaturated fatty acids - Omega 3 fatty acids, EPA and DHA which help to build resistance to infections, maintain healthy tissue and promote strong bones and teeth.
Scott's Cod Liver Oil is available in 100's and 500's Capsules pack.

Wednesday, March 9, 2011

Insan yang banyak mencurah KASIH ...padaku..


Aku dibesarkan oleh insan ini iaitu datuk dan nenek ku (tokki dan chek) selepas 40 hari aku dilahirkan..apabila aku berusia 6 tahun, ma dan abah amik aku ..walau macam manapun aku setiap kali cuti sekolah aku memang ingin pulang ke kampung untuk menemui  mereka..mereka adalah segalanya-galanya bagiku..lebih-lebih lagi setelah pemergian ibuku ke rahmatullah....ya allah aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka.terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka berika kepada aku..sesungguhnya memang tak terbalas budi mereka.

Aku selesa bersama mereka..tidak sedikit pun layanan mereka kurang terhadap aku..sangat beruntungnya aku..mereka sentiasa membantu aku tika aku susah dan senang.Aku takut ..takut suatu hari nanti mereka akan tinggal kan aku..lepas ni tak adalah tempat aku nak mengadu nasib dan menumpang kasih..lepas ni kena  harapkan makcik dak pakcik ku pulak yang mana mereka juga baik pada aku..

Tiap kali raya tentulah aku akan pulang pada pangkuan mereka..ramai juga kawan-kawan ku tanya.."mengapa tidak abah aku?"biarlah semua tu hanya jawapan di dalam hati..rasanya aku tak ingin lepaskan peluang jika dan tika ada saat yg berpeluang untuk bersama mereka..

Tokki dan Chek ... tak terbalas budimu,  terlalu tinggi nilai budimu yang ingin ku balas..tidak mampu rasanya..hanya DOA  untuk mu mampu aku berikan...semoga Allah sihat kan tubuh badan mu untuk melihat cicit-cicit mu ini membesar kelak..AMIN....

Monday, March 7, 2011

Darius 1st day

Aku disahkan pregnen untuk  2nd apabila usia aneeq 11 bulan..terkejut jugak aku coz dah 3 bulan pregnen baru..sebabnya aku lansung tak ada alahan..kesnya aku fikir if aku fully brestfeed kan aneeq memang susah nak lekat..tp dah rezeki daripada Allah Taala..dalam hati harap2nya kali ni gigirl la kuarnya...

Masa prenenkan kali memang tak banyak alahan..cuma last-last nak masuk 8 bln ada athma sikit..makan byk sgt..naik sampai 16 kg..aku tak tahulah berapa berat baby akan keluar nanti..aku kesiankan aneeq kerana terpaksa menyusukan susu tepung coz doktor suruh berenti breastfeed..sedihnya..

Pada malam 7hb Ogos 2008 seingat aku..aku ada rasa sakit sikit-sikit...tp aku fikir sakit biasa je kan..sempat lagi berjalan ke pasar malam Balok pada petangnya..sempat la aku makan macam-macam..pukul 10 malam terasa kontraksi makin kuat sikit..aku berSMS dengan kawan aku Shidah..cerita yang aku ada rasa sakit..dia suruh aku ke hospital..tp aku kata biarla dulu.bukan apa malas nak lepak hospital..leceh...

Pukul 2 pagi 8 Ogos 2008 aku terasa sakit spt nak buang air besar kan..terus la kejut my hubby...bergegas jugak ke hospital..angkut jugak aneeq sekali..sapa nak jg kan..sampai di hospital .. hubby aku tinggalkan aneeq dalam kereta kesorangan coz dia pun tido..bawakla aku ke wad bersalin.sedihnya keadaan masa tu terasa semua sendiri kan..aneeq ditinggal dalam kereta..uhuk..uhuk..maafkan mama aneeq...

Sampai dia tempat bersalin nurse suruh aku masuk check jalan..doktor bertugas check jalan aku..katanya dah 9 cm..terkejut diaorang terus aku di masukkan ke labor room..aku tak sempat inform hubby aku coz dia ke kereta nak tengok aneeq...nurse yang betugas cakap boleh aku tahan sakit dari rumah..nasib baik tak deliver kat rumah..aku bgtau aku rasa sakit tak beria tu yang aku tahan dr pegi hospital.aku terpaksa pinjam hset doktor pelatih bgtau hubby aku yg aku dah masuk labor room..macam-macam hal..

Pada pukul  3.45 pagi aku selamat bersalin baby BOY jugak seberat 3.55 kg... ya allah tuhan saja tahu susahnya nak keluar...alhamdulillah semuanya selamat...

 Inilah dia Ariq darius bin Zainal Abidin....




Tido..

Beginila gelagat anak ku tido

Kanak-kanak tentunya tido di waktu tengahari...tp ada juga kanak-kanak yang aktif so mereka tak tido.tp bg anak anak ku kalau tghari je mesti mencari port masing-masing nak 'nap' sekejap..aneeq lepas balik dari taski je aktivitinya  mandi ..makan nasi.. sambil tgk tv tgk wonderpets pukul 2.30 petang isap botol susu kesayangan dia tu pastu lelaplah..sampaila pukul 4 or 4.30 petang...darius pun sama tp nap dia kejap je.selalunya dalam sejam je...coz malam darius tido awal .... untuk baby mikael mama tidokan kejap je tu..nak snap gambar...bahaya bagi baby kalau di letakkan begitu..selalunya aku ada kat sebelah teman tido sambil tgk tv..darius dengan BARNEY dia memang tak dapat dipisahkan....sayang sangat....

Monday, February 28, 2011

Saat - saat deliver 3rd baby....

          Berdebar-debar jugak menanti kelahiran yang ketiga.Tak tahu sakit mana mana pulak kali ni kan.Aku ingatkan dapat la deliver pada hari Awal Muharram kan..bukan apa kalau dapat deliver time tu SPECIAL lebih lah sikit kan. Tapi apakan daya Allah Taala belum izin lagi baby keluar pada tarikh tu.

Pada 9hb Dis 2010, aku ada rasa kontraksi sikit-sikit je. Mengikut perkiraan yang aku bersalin 2 hero aku tu 39 minggu 2 hari. So esok 39 minggu 2 hari, maybe esokla aku akan deliver kalau tak ada apa-apa. Malam 9hb tu rasa kontraksi makin kuat aku ada rasa sahlah jap2 lagi deliver la so pada pukul 11 malam aku ajak my hubby ke Hospital Besut. Rasa lain sikit pasal kali ni aku berada di bumi Terengganu. Sampai di Hospital Besut, lengang. tak ada orang. Rasa janggal pasal masa bersalin dulu di HTAA, Kuantan, ramai orang.

           Nurse bertugas check jalan. Baru 1cm katanya. So aku kena tunggu la kat hospital tu. Hubby kena la balik coz anak-anak sedang tido. Aku ditempatkan dalam wad. Pada pukul 3.40 am rasa makin kuat. So nurse suruh masuk bilik labor room.Nurse yg check jalan aku tadi katanya  baru 1cm td kan takkan cepat sgt buka jalan. Nurse sorang lagi check katanya dah 6cm. Terkejut jugak nurse tadi . dalam pkl  4.20 am makin kuat kontraksi dan aku tak tahan jadi aku jerit panggi nurse coz takde sorang nurse pun jaga aku pada masa tu. Bila nurse masuk bilik tu , air ketubanku terus pecah. Kelam kabut juga diaorang. Dengan sekali push, Alhamdulillah terus keluar babyku.. Sampai terbelit tali pusat coz terlalu cepat. tp mujur nurse sempat menyambut babyku. Seperti yang telah dijangka baby lelaki lagi pada 10 Dis 2010. Alhamdulillah semuanya selamat..

Nurse berpesan ‘Bila-bila beranak lagi jangan pegi lambat-lambat hospital takut tak sempat’…so aku kena ingat la tu..

Hari pertama babyku melihat dunia...






Ini adalah koleksi gambar-gambar babyku pada hari pertama kelahirannya. Ada macam rupa siapa yerk..ramai yang katakan cam rupa aku..hehehe..sukanya.

Borang terpaksa melepak di Hospital Besut dalam tempoh 24 jam. Boring giler….kalau kat kuantan bersalin pagi tghari dah boleh balik..

Setiap detik menghitung masa untuk balik.....nak balik...


Sunday, February 27, 2011

Pregnen...

Ini kenangan masa pregnen Afif Daris Mikael 2010....



Saat-saat pregnen memang menyeronokkan. bila dapat tahu yang aku pregnen, macam-macam dalam fikiran.. bilanya..mcm mana ni.. yeker..macam-macamlah...tapi dalam hati ni memang seronok. bukan apa kita akan menambah lagi rezeki dalam keluarga ni..Bila kita pregnen mestilah selalu igt dan doakan biarlah anak yang bakal lahir ni sihat dan sempurna tubuh badannya..yang kedua mestilah kalau boleh nak boy ke girl kan bila pregnen yang pertama ni  tak kisah yang bakal kuar nanti boy ker girl dak..bila dah yang kedua bagi aku harapan girl lah pasal pertama boy.tp kuluarnya boy lagi ..tp bila dah yang ketiga ni mmg nak girl tp Allah belum lagi makbul doa aku dia bagi aku boy jugak...so 3 hero in da house termasuk lah HUBBY aku..semua ni insan-insan yang bakal menjaga aku kelak .INSYA ALLAH....

Pregnen ni memang meletihkan ... ada alahan.. sakit mcm2lah dugaan nak tunggu sampai 9 bulan..tp semua tu akan ditempuhi dengan tabah untuk setiap insan yang bakal digelar ibu kan..bagi aku .. aku alah muntah-muntah tu adalah tp kejap je, yg tak tahan LELAH..tu yang lemah sikit..tp alhamdulillah di saat nak deliver memang 'my athma' tu tak datang..mujurlah... 

Bagi aku masa pregnen pertama ok lagi boleh handle..bila yang kedua letih sikit tp masuk yang ketiga dah tahap tak larat...bukannya apa nak melayan lagi kerenah anak-anak aku yang agak rapat umurnya..masa pregnen pertama dan kedua naik berbelas-belas kilo..tp yg ketiga ni 8 kilo je paling tinggi..risau nya tak kira lah kan..kecik ke baby aku ni..tak sihat ke..mcm mcm la dalam fikiran ni...tp yg ketiga tulah senang sangat bersalinnya dengan izin dariNya jugak..

Kalau dah nama pregnen tu memangla..bab makan nak macam-macam..kalau boleh aku ni nak makan sedap-sedap je..hahaha..mengandungla katakan...kira lantaklah semua pasal dlm fikiran ni..kalau makan banyak pun bukannya gemuk..hahaha..pastu bila time gi klinik check up..amik kau paras gula 10.5 tahap kencing manis dah..lain kali kenala kawal sikit.sakit pun tak datang..

Mudahan bila pregnen lagi..wah..lagi.. tu...boleh ke..sanggup ke nak handle..tengoklah tu pun atas rezeki allah Taala kan..memang nak lagi nak baby girl pulak..semua kena jaga nak-nak pulak umur dah makin meningkat..macam-macam risiko yang kena tempuh kan..
 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --