
Ya allah.. ya allah.. lamanya tak berblog.. 2 bulan ada agaknya.rugi..rugi..hahaha..LOL..lega rasanya sekarang dah settle semua.alhamdulliah atas keizinanNya aku dan familyku selamat berpindah ke teratak kami sendri di bumi besut ni.rasa bahagia, syukur kerana ada rumah sendiri di tempat orang. memang jagi orang besut la aku dan anak-anakku. terima kasih b bagi keselesaan untuk wina dan anak-anak. hajat hubbyku juga memiliki rumahnya sendiri dah tercapai.. tp banyak jugak ongkos yang dah habis sebelum masuk rumah.. tp tkpelah yg berhabis tu untuk sekali je.. lepas ni maintain..
Seronok tgk aneeq dan darius main basikal petang-petang kat depan rumah.. kalau tak diorang akan tolong jugak aku di laman kutip batu-batu dan sisa bahan binaan yg tertinggal.kira aku excercise la skit kasi peluh.. lepas ni nak tanam rumput carpet..kasi ceria skit laman..letak kerusi dan meja untuk minum petang.. wah.. besar angan-anganku.. pokok yang takat ni berjaya ditanam limau purut, mata kucing dan durian belanda.. tak sabar tunggu hasilnya.. tugas aku yg kononnya nak tanam serai, lengkuas, kacang botol, daun kari belum berjalan lagi. sabar ye b.. wina buat nanti.. hehehe.. pokok lada dah ada tp still dalam polybag lagi..mudahan berbakti pada tanah banyak manfaatnya. yang penting banyak benda gak tak yah berbeli. walaupun rm 1 2 .. duit jugak.
Jiran-jiran ada la 5 buah rumah baru pindah. kalau semua jiran dah berpindah mesti happening. barulah aneeq dan darius dapat kawan baru. nasib baik ada jiran sebelah so tak delah takut sangat kalau hubby gi kursus tinggalkan kami anak-beranak..kalau ada rezeki nak sambung dapur dan stor..tu planning next yearla..cukupla takat ni.
Lepas ni jarang agaknya balik kuantan.. rumah aku di kuantan mujur ada orang sewa. terjaga skit..kalau dah tak de penyewa,terpaksa pikir lain.. wat HOMESTAY mingkin.. kesian rumah ku kat kuantan mcm terbiar je. banyak kenangan bersama kawan-kawanku kat rumah tu..maafkan aku mama, tak dapat jg pusaka dari mama kerana terpaksa ikut suami.. harapan aku penyewa tu jg dengan baik.
Apa-apa pun..Terima kasih ya allah atas kurniaan rezekiMu kepada kami..
No comments:
Post a Comment