Thursday, April 7, 2011

Luahan hati

Mempunyai ramai cahaya mata memang sesuatu yang bahagia kerana itulah waris kita kelak.kalau bukan mereka pengganti kita, maka tiadalah kesinabungan dalam kehidupan ini..chee wah..cam bersastera lak..hehehe..

Bagi aku yang  beranak tiga ni..rapat-rapat pulak jarak kelahiran antara mereka, amat perit rasanya untuk membesarkan mereka.rasanya buat kerja rumah dah macam ibarat 'lipas kudung'.. rutin harian itulah aku yang menjadikan aku huru hara rasanya..

Kerenah anak-anak yang tak menentu membuatkan kadangkala aku give up dngan diri sendiri..kalau kerenah aneeq suka kacau adiknya darius..bab arang jgn haraplah nak berkongsi.dengki benar dia dengan adiknya..bkn salah aneeq..kesian jugak dia dapat adik seawal 1 thn 6 bulan..tika dia masih perlukan perhatian lagi..tiap kali darius menangis aku akan marahkan aneeq..adil ke aku..kadang-kadang tgk aneeq waktu dia tido, mengalir air mata ni kenangkan siang tadi marah kan dia.. darius pulak 'cerengeng'kata orang ..terlampau manja,tak boleh usik sikit ..sakitnya macam kena rotan ... dia punya melalak.. mikael lak sekarang sedang praktis menerap.kalau dah menerap..mengamuk lak pasal muka tu asyik menyembam ke lantai..selagi tak tido si mikael ni terpaksa aku buat kerja curi2..buat kerja tgk dia..kalau melalak amik sambil buat kerja..penatnya tuhan je yang thu.aneeq dan darius pulak kejap suh tukar CD robot lah kejap CD barneylah..kejap nak tgk thomas..tak terlayan aku dibuatnya..



Bila malam je sakit nya pinggang..nak tido pun tak selesalah..mujur mikael ni jenis tido sampai ke pagi..bgn sekali atau dua kali je..tq sayang faham kot siang mama letih pasal mikael tak berapa tido coz abg2nya bising kan..

Rasa rumah aku ni dah macam nursery lak..ala-ala la tu kan..masa aku blaja dulu-dulu,tak pernah aku terfikir akan mengalami situasi seperti ni..dalam fikiran nak  kerja..anak-anak hantar pengasuh..tp lebih baik begini agaknya buat masa ni..apa-apa pun FAMILY 1st..kalau dapat kerja jauh tp berpisah dengan anak dan suami susah jugak..seminggu sekali je jumpa..kalau tak pun sebulan sekali..huh..tak dapat aku bayangkan..kalau umur aku pendek.macam-macam benda terfikir .isk..sikitnya masa spend ngan mereka..RUGI..RUGI..tp semua tu dah ketentuan Allah Taala..aku kena blaja lebih redha..
Mudah-mudahan aku akan lebih tabah untuk menjadi mama yang baik untuk anak-anak aku..AMIN..

Wednesday, April 6, 2011

Miss my hubby

Hari ni dah masuk 3 hari mama tinggal sendiri bersama anak-anak..yerlah sebelum ni kalau papa ada tugas kat luar sure balik ke sg lembing.bukan apa takut tinggal sendiri di bumi besut ni ..hehehe..tp kali ni ku tabahkan hati tinggal sendiri..tinggal esok sehari je lagi..cepat..cepat masa berlalu..mujur anak-anak ok..dapat handle walaupun  aku sorang.nasib baik jugak mereka tak demam..mujur alhamdulillah..



Tak sabar tunggu hubby balik esok, yelah nak berkemas pindah rumah kan..tak sabar nak hias rumah sendiri..bahagia plak rasanya..anak-anak pun suka rumah baru ..boleh berlari kat laman tu..aneeq leh xcercise lebih kan..lepas aku berazam bercucuk tanam..contoh tanaman ..cili api,serai,lengkuas,halia,daun kesum,pandan,pokok kari,kacang botol,ulaman lah,apa lagi yer..tanaman yang tak payah berbeli lepas ni..nak berjimat la katakan.zaman skang beli sayur pun mahal..

Wina menunggu kepulangan b esok..selamat balik yerk..malam ni je sehari lagi tido sendiri ngan anak-anak..
 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --