Wednesday, October 31, 2012

Tuah Tangan Aneeq (Part II) Dah sampai iPad II.. Terima kasih CalciYum..

Salam..hari ini hari yang paling happy untuk anak-anak kami pasal yang ditunggu-tunggu telah telah tiba..lebih kurang sebulan jugak la menunggu hadiah bertuah ni..apa-apa pun syukur sangat rezeki anak-anak dan tuah tangan aneeq yang pilih calciYum kat pasaraya Pantai Timur Kuala Besut hari tu..yelah kalau hadiah dari yang gores-gores macam ni bukannya boleh percaya sangat..tp yang ni percayalah memang dapat.baru lagi iPad 2

Dalam pukul 11 pagi pada 1hb Nov pekerja CITYLINKs tiba kat rumah kami..dia bgtau patutnya semlm dah deliver tp tk jumpa alamat kami pasal perumahan taman baru katanya.tkpelah apa-apa pun semuanya telah selamat tiba.memang dah agaklah iPad yang ditunggu-tunggu sampai..

Aneeq hadiahkan iPad II ni untuk papanya semperna harijadi semalam 31 oktober..so sebagai ganti papa belikan PS2 untuk anak-anak papa..

Apa-apa pun terima kasih Fernleaf CalciYUM kerana tunaikan janji anda..tarikah tutup untuk hadiah bertuah ini adalah 31 November 2012..sempat lagi kalau pengujung di luar sana nak cuba..beli banyak-banyak tau..mana tahu ada yg kena..kalau tak dapat tak pe ini kan makanan tambahan untuk anak anda menguatkan gigi dan tulang.ewah..mcm jurucakap pihak Fonterra pulak..hehehe..


tu dia bungkusan daripada city-link..

yepi..iPad aneeq dah sampai...

amikla jugak gambar kotak tu..excited kata...

iPad 2 from apple..tq very much Fonterra
mudahan lepas ni adalah rezeki tuah lain pulak kan..semuanya dengan izin daripadaNya,,,








Saturday, October 20, 2012

Panasonic Stand Mixer

Salam pengujung kat luar sana.Sekarang musim MasterChef kan..memang tiap-tiap malam Sabtu-Khamis wajib la mengadap.suka tengok cara masakan diaorang ,idea ciptarasa, cara platingnya..yang paling hangat masa kerja berkumpulan lah.macam-macam ayat keluar dari mulut peserta yg tak puas hati lah, yg gembira bla..bla..ewah..byk pulak komen..

Kisah aku pulak,aku telah request drp en hubby mixer nak buat kek la kununnyer..so en hubby pun tunaikan hajat aku belikan Panasonic Stand Mixer tu.aku yg nak jenama Panasonic gara - gara terpengaruh dgn Penaja Masterchef la..kata PANASONIC COOKING MAGIC...so nak tak nak merata tempat cari mixer ni bukan apa tak der stok katanya..amboi..laku nor... siap gi kota baharu ,cari kat court maut,gOrange, kedai2 letrik yg adalah.(pastu nak harga yg boleh tawarla , nak murah je kan..).tp akhirnya dalam bandar Jerteh ,sebuah kedai biasa je aku jumpa.siap dapat murah la..harga yang diservey RM 169.00 tp dapat kat kedat tu rm 140.00.oklah untuk aku yg baru nak mula ni kan.

Bila dah dapat,en hubby belanja pengukus pulak satu..senang nak buat nasi dagang ke pulut kuning ke..yeay..best..best..

Ni dia ciri-ciri Panasonic Stand mixer
Model : MK _ GB1 stand mixer
-High Power 200w
-5 speed control
-Convenient 1.7m Long Cord
- 3L bowl with Turntable
- Included Beaters & Dough Hook

huai..balik tu terus terai..

Tulah aku sebenarnya dah cuba buat kek coklat moist, kek butter, apam marmar, tart telur, cuba main-main tp ada gak tempahan untuk kek coklat moist..aku buat bagi-bagi rasa je.takpelah rezeki aku buat kek ke..haktoi..kena la ada rasa macam chef ni. so aku gelarkan diri aku CHEF KUNANG..nanti dah ada kek yg jadi..akak snapnya.hehehe..

tu dia siap snap gambar kotak lagi..
ni lah rupanya stand mixer..alamak..mcmlah cik timah kat luar sana tak kenal kan..oklah puas hati dapat  blaja buat kek,biskut,tat..byklah...
tu dia pengukukus chef kunang..murahan CAP PAYUNG..orang beli  CAP BUAYA...pasal baru nak jinak-jinak so kita pakai yang murahan je dulu.nanti dah xpert bisnes laku..lapis-lapis aku beli.atas dapur lagi tu tengah kukus apam..

Bila tengah buat kek teringat aku nursery rhymes anak aku..

Pat a cake, Pat a cake, baker's man
Bake me a cake as fast as you can;
Pat it and prick it and mark it with a 'B',
And put it in the oven for Baby and me. 




Tuesday, October 16, 2012

Hasil Kerja Aneeq

Kali ni post pasal hasil kerja aneeq masa 4 thn dan 5 thn..seronok pulak bila tgk anak ada perkembangan. alhamdulillah walaupun sekolah prasekolah je , percuma lagi tp cikgu-cikgu beri penuh perhatian.
kalau hantar tadika swasta mungkin lebih bagus coz perkembangan kanak-kanak masa ni lah sangat cepat.tp malangnya area besut ni tak ada tadika swasta yang canggih sikit la dari yg sedia ada.tp takpelah rezeki memang di bumi Besut ni.

Semua ibubapa nakkan yang terbaik untuk anak mereka.yang mampu dan ada kemudahan beri lebih lagi kan.zaman sekarang pulak semua anak-anak dah bijak pandai.yg malas kompirm ketinggalan.

 
Ni masa Aneeq umur 4 tahun

Ni kerja sekolah yang cikgu dia bagi .. 
Color pun dah ok sikit .. tp yang peting dah boleh tulis dan eja kan..still 5 tahun
tahun depan ada lagi..
Kalau aku igt2 balik masa zaman aku dulu darjah 1 baru belajar semua ni.masa umur 6 tahun pun ke tadika main-main lagi.banyak benda dah berubah.mudahan anak-anak saya berjaya di dunia juga akhirat..

Monday, October 8, 2012

Jangan salahkan takdir (part 1)

Kalau nak dicerita tentang perjalanan hidup memang macam macam kena lalui.lain orang lain cerita.tp ada yang perjalanan hidup orang tu seronok je untuk dilalui.semua cukup.kalau dilihat dengan mata kasar..perfectnya hidup dia.sebagai manusia yang alpa ada je rasa tak cukup tak sempurna dalam apa yang telah ditentukan olehnya..tp sebenarmya semua telah diatur dengan baik olehNya.

Itulah kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk kita berkongsi cerita,masalah,suka kita.aku cemburu jugak tengok orang ada tempat menumpang kasih dikala sedih,taktala ada masalah untuk diluahkan.kalau duduk berseorang aku fikir-fikir kenapa aku dijaga oleh nenek dan datuk aku masa selepas aku dilahirkan.kenapa umur mereka dalam lewat 80 lebih masih sihat boleh bergerak menunaikan ibadah lagi.kenapa Allah ambil ibu aku dikala aku masih memerlukan kasih sayang tempat berkongsi masalah dan luahan perasaan.semuanya ada kaitan.ada jugak aku menyalahkan takdir kenapa aku tiada adik beradik seibu sebapa.kenapa Allah nak uji aku bersendirian. semua tu adalah ujian. orang selalu cakap dikala kita ada masalah "Allah takkan duga kepada insan yang tak mampu jalani ujian dariNya".

Bila dah tua macam ni fikir-fikir kalau ada adik-beradik boleh jugak mintak tolong dikala ada masalah menimpa sebagai  tempat menumpang.mujurla tika ini masih ada nenek dan datuk aku.bila diaorang dah tak ada ? takutnya aku memikirkan semua tu.kalau mereka bawa dirilah jawabnya. aku sering terfikir jika ada apa-apa terjadi pada diri aku dan suami ke mana anak-anak aku nak pergi.belah pihak suamiku ? susah nak cerita.itu je dapat cakap.

Kadangkala ada luka dalam hati ni masih berkudis.kalau dikopek masih berdarahkan..
Banyak benda kita berkorban untuk orang lain tapi kita dapat apa .. bukan balasan yang diinginkan sekadar tanda ingatan...


 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --