Friday, July 13, 2012

Pergola (part 2)

My hubby fikir punya fikir akhirnya decide ruang depan yang kecil dulu untuk permulaan.kira ni testing..testing..nanti kalau ada budget lebih dan jadi projek kecik ni maka akan difikir untuk projek seterusnya..(bergantung pada money..money..)

Bermulala hari yang sangat sibuk untuk en hubbyku..cari kayu..alatan untuk gaji kayu..ketam kayu..all about kayu lah.pagi petang hinggal ke lewat malam nampaknya seronok sangat nak buat pergola ni.kesian jugak..aku ni tolong apa..tolong buat air dan tolong tengok jelah..

Kalau dalam rumah ni toksah nak ceritalah habis debu habuk kayu masuk..sabor jelah..tiap masa kompirm kena mop kan..lap apa yang patut..

2 hari berlalu maka pergola idaman kami pun siaplah..amboi bukan main happy aku tengok cantik rasanya pasal hasil kerja en hubbyku..kalau orang lain kata tak cantik lantak ko lah..janji hasil kerja sendiri..(ko ada!!)hahaha..juz joking..tu lagi satu tempat aku melepak ngan jiran tetangga kalau mereka mari bertandang ke rumah..ajak masuk memang diaorang taknak..so lepak n borak kat luar je lah..

ini lah hasil  en hubbyku..

Masih belum siap sepenuhnya..
Ini hasil setelah siap semuanya..alhamdulilah..


Warna syelek hitam dipilih utuk samakan konsep di rumah kami yang banya bertemakan warnah itam+kelabu.
Semua yang dibuat adalah atas budget yang diperuntukkan ..ewah mcm kementrian kewangan pulak aku..aku bangga pasal jiran datang tanya buat sendiri ke? Pendai demo ...(dialek kelate).kalau b amik tempahan buat pergola ni ok ke?hahahaah..komen sikit b..

Pergola (Part 1)

Bercerita tentang hiasan taman..memang ada TAMAN Dalam HATIKU. suka bila tengok laman rumah jiran cantik dipenuhi rumput carpet..laman rumah aku belum lagi. tapi impian aku and  hubby buat masa ni buat PERGOLA.

apa tu Pergola .. 

Pergola adalah para kayu yang dibina di laman untuk memayungi ruang pejalan kaki atau ruang depan atau belakang rumah dan boleh diperoleh dalam dua jenis iaitu bertutup atau terbuka. Nama pergola di ambil daripada bahasa Latin, Pergula yang merujuk kepada layar sengkuap dan kemudian dipinjamkan ke dalam bahasa Inggeris.

Dengan kata lain, pergola adalah binaan sementara yang biasa dibina di depan pintu rumah menuju ke taman depan kediaman. Dalam seni binaan barat, biasanya pergola dibina untuk depan pintu menuju ke kolam renang atau laman belakang atau kiri dan kanan rumah menjadi ruang berlindung daripada panas dan hujan.


Pergola menjadi struktur taman yang diminati masakini.

Pergola boleh digabungkan dengan anjung rumah atau berdiri sendiri menjadi titik tumpu untuk laman. Untuk ruang terhad lebih baik digabungkan dengan binaan lain di depan rumah supaya ia tidak memakan ruang yang ada.


Rekaan pergola dari batang kayu dilengkapi atap rumput juga boleh dijadikan pilihan.

Selepas tentukan keluasan laman, anda perlu memilih kayu yang sesuai untuk pegola anda. Pilih pergola dari kayu bermutu tinggi seperti cengal kerana pendedahan kepada perubahan cuaca. Jika kayu tidak berkualiti, dikhuatiri anda terpaksa berbelanja lebih membaiki kerosakan pergola yang runtuh.

Kemudian, lihat kesesuaian laman anda dengan pergola yang bakal dipasang. Jika anda tinggal di rumah yang mempunyai ruang terhad seperti pangsapuri, anda perlu memilih pergola ringkas tanpa bumbung untuk mengelakkan ruang yang sempit nampak berserabut.

Hiasan untuk pergola jangan diabaikan. Anda boleh hias pergola mengikut selera dan konsep yang diinginkan dan seeloknya jangan biarkan pergola anda kosong tanpa sebarang hiasan. Jika anda inginkan gaya sederhana, boleh gunakan pokok gantung pada pergola anda.

Pergola akan kelihatan lebih hidup dengan pokok menjalar. Tapi pastikan pokok itu sentiasa dipangkas supaya laman kelihatan terurus dan selamat daripada binatang berbisa.

Pokok yang biasanya sesuai untuk pergola adalah Kembang Seri Pagi, Bunga Ketup-ketup, Akar Dani, Titus atau tumbuhan sayuran seperti timun, tomato, tembikai dan peria.

Reka letak pergola di laman juga penting untuk mewujudkan suasana redup di laman rumah dan pastikan arah cahaya matahari terlebih dulu sebelum pergola dibina. Ini penting untuk disesuaikan dengan reka letak pokok hiasan di sekeliling pergola.

Aliran angin juga perlu diambil kira. Jangan hias pergola terlalu sarat dengan hiasan atau pokok gantung kerana akan menghalang aliran angin sekali gus membuatkan suasana nyaman di bawah pergola bertukar hangat dan merimaskan.

Bahan lantai pergola seeloknya daripada bahan cerah seperti simen akan membuatkan halaman kelihatan panas, seelok-eloknya pilih warna terang yang tidak menyerap cahaya.

ihsan : http://www.senihias.com

cantik kan..so my hubby decide oklah try buat sendiri coz kalau upah mau tak mau nak kena ada 1k jugak..oklah mulanya dapatkan kayu dulu..kayu kayan tu nak ler ada kualiti kan..aku tak lah buat yang banyak makan budget dapat lebih kureng cam ni ok lah..buat pun untuk ruang yang sikit je..

Fikir punya fikir..oklah lebih kureng cam nilah..tu budget besar ni kecik nyer budger jer..

Nanti sambung..



Wednesday, July 11, 2012

Bestnya air terjun Lata Belatan

Aku cakap ngan my hubby lamanya tak gi mandi air terjun..actually air terjun tu dekat je ngan rumah aku ni.my kiddos ni tak suka sngat laut..takut katanya..kalau kolam..sungai..ok..petang tu dalam pukul 4 petang kami pun bersiap.bukan main seronok lagi my kiddos..

Bekal aku tak bawak bawak banyak..fokus utama nak mandi..aku bawak jemput bawang+udang..nasik lauk  
daginggorang dan sayur campur..air sirap dan air masak..tkleh bawak banya susah nak berangkut nanti.kitaorang pergi hari biasa ..kalau hari cuti alamatnya tak ada tempat la nak duduk alamatnya..

Sampai je di Lata Belatan tu apa lagi..excited bukan main.dah tak dan-dan dah nak mandi..budak-budak kan..macam aku dulu-dulu..alah tak yah dulu-dulu..sekang pun excited bukan main...hahahaah...

Tengok aksi-aksi mama and kiddos...

Tu dia sampai je terus TERJAH..yahoo...

Mama pun nak pose gak..lawaknya untuk diri sendiri
Seronok sangat !! 

 Makan time..

Mikael tak masuk dalam air coz air sejuk sangat..

Aneeq ku..menambahkan lemak+tenaga

Mamanya turut menambahkan lemak..
tapi malangnya gambr papa mama tak dapat letak dalam blog ni..bukan apa cam seksi je..hahaha..nanti nak ke kolam Air Panas La pulak..tu pun dekat je ngan rumah aku tp tak pernah pegi..
Nanti kita pergi lagi ye anak-anakku..


Monday, July 9, 2012

Majun MAB

Kalau zaman nenek moyang kita dulu-dulu memang tak kenal ubat-ubatan moden ni untuk dalaman wanita..diaorang minum air akar kayu..ubat-ubatan teradisional kan..semenya 'pahit lepang' bak kata orang besut ni..nenek aku  selalu cakap jangan tinggal minum air akar kayu..biar kering dalaman tu..tak tumbuh penyakit-penyakit yang tak diundang..aku bukan apa macam tak yakin ngan ubatan tradisional ni pasal buat di rumah bukan buatan kilang yang cop kementerian kesihatan. tp memandang majun memang kebanyakkan buatan sendiri jadi aku yakin dan yang paling penting tawakkal. kena jugak makan untuk kesihatan dalaman.

tapi sekarang akhirnya ubatan kampung jugak jadi pilihan aku..selama aku melahirkan ni hanya 6 bulan je aku makan perancang..lain aku rancang sendiri.dan aku dah habiskan dua botol majun MAB ni (majun anggun bestari).majun ni diperkenalkan oleh mak sedara aku..kalau nak yakin taip MAB ada kuar tentang info dia..tp yang aku nak bagi tau lepas aku makan majun ni aku bertambah sihat..period..teratur dan tiada masalah dalaman wanita gitu..bagi aku alhamdulillah lah..
baru aku tahu memang makan majun ni lagi segar..sebab urat dalaman mengecut..dulu aku selalu sangat sakit urat-urat ni..sekarang dah kurang kadangkala tak sakit langsung..bukan nak promo tp sekadar berkongsi kebaikan majun ni..

harganya memang tak mahal rm 15 je..ada 21 biji.. makan tiap-tiap hari dah habis berenti 7 hari pastu sambung balik..

P/S: semua yang baik datangnya dari Allah SAW.. kita hanya berusaha untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik..

Majun anggun bestari

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --