Sunday, April 29, 2012

Mikael and Salsabila

Hari ni boleh dah transfer gambar..aku tak sabar nak pos gambar anak bff aku Yantie..masa aku stay di shah alam hari tu susah payah yantie datang lepak ngan aku..thanks yantie..yantie datang ngan baby girlnya bella..mulanya aku bagitau tak payah la datang pasal susahkan yantie je.bukan apa risau kan drive ngan baby je.takut bella wat onar je dalam kereta.kesian yantie..since yanti kata takpe..so aku lagi happy dapat borak lama  skit kan..
Bella dan mikael .. sibuk pandang kat unti yantie
bella aku tengok sangat manja..macam mana ni tak lama lagi nak dapat adik kan..hehehe..suaranya mak aii..lantang.kalau jerit .. sabar je la..heheeh..masa yanti masuk toilet dia tgk mama dia takde terus jerit ..aku igtkan anak-anak bujang aku kacau dia.rupanya mama dia takde..terkejut giler aku pada mulanya.

Ok..baru dapat tengok dua-dua tgk camera..suka sangat gambar ni
bella petang tu memang susah nak tido.walaupun dah mengantuk tp dia duk menahan mata dari tidur..mana taknya..suara anak-anak aku memang membuatkan dia tak dapat tido..malam tu aku suapkan makan nasi goreng cina..suka tgk bella makan berbanding mikael.kul 8.00 malam time dah reda skit jalan barula yantie betolak balik ke bukit jalil..risau gak aku..yelah hari da malam kan..mujur dalam perjalanan bella tido sampai ke rumah.penat sangat bella tu menahan tido masa kat bilik aku tadi.apa-apa pun thanks again yanti.
panjang umur jumpa lagi..muahh..cayang bella..

Monday, April 16, 2012

dapat jumpa jugak..

alhamdulillah syukur ya allah kerana kau telah memberi kesempatan bertemu dengan sahabat-sahabat yang aku sayang dan satu tika dulu sama sama mengharungi susah senang masa blaja..memang aku rasa mula-mula sampai 2 minggu lamanya nak habiskan kalau dah duduk dalam bilik yang tak ada TV ni sempit lagi  untuk anak-anak bermain a.k.a berbuas..tp mujur ada HOTSPOTs ni so aku dapatla borak-borak ngan kawan-kawan..anak-anak main game.tp nasib baik behave jugaklah diaorng.lega..

hari selasa minggu lepas aku dah seach kawan-kawan yang PERLU aku jumpa..tp memandang mereka kebanyakkan kerja so terhad sikit kalau aku nak jumpa.hari rabu cuti hari pertabalan yang dipertuan agong..aku masih tak dapat contact kawan-kawan aku coz hotpot problem.no tel pun tak ada pasal hset aku save dalam phone bukan sim card semua terdelete.

aku tak nak tangguh-tangguh lagi .. terus je jumpa.kalau tangguh-tangguh tentu tak jadi. hari khamis malam aku ke damansara damai..umah fila member masa itm..malam tu dijamu pizza ngan masakan barat la lebih kurang..anak-anak aku macam bila mula-mula tak panas lagi enjin .. lepas tu huru hara rumah kawan tu dibuatnya..anak perempuan yg sebaya ngan darius yang mulakan ajak main..memandangkan en suami kena masuk sebelum kul 12 so kena gerak awal la jugak..fila sedap masakan barat ko tu..hehehe..

keesokkan harinya aku wat janji dengan ira nak bertandang ke umah dia pulak..ira ni rakan masa kolej..macam-macam lah dari awal masuk hinnga habis 3 tahun gak kongsi suka duka..ewah..tp aku tak lupa  yanti ni member aku dari itm - kolej ( sewa umah sama ) lagilah berkurun lama heheeh..yanti skang pregnen..wow..mcm baru lepas bersalin dah nak kuar lagi baby..nak jumpa yanti susah gak so alang-alang sekali arung melepaskan hajat nak jumpa anak-anak diaorang ... dapat pegang peluk cium..al maklumlah semua gegirl .. tu yg aku geram sesangat.. comell lak tu..

sampai umah ira..sibuk berborak..ira buat mi goreng..emm.(ira kata kalau datang weekand masakan kampung dia buat)ira kalau masak mmg power..pedas + sedap.puji2 kena byr ni..hahahaa.. tp awal2 pesan anak-anak aku jgn pedas..susahkan ira je aku ni..hehehe..sory ira..
aku taram 3 pinggan gak la..tp aku tk puas pegang anak sulung dia.pemalu sangat dah nak balik baru ok.tpla nanti unti tido sama plak kan..anak yanti bella hala balik..dalam kereta baru kuar bunyi..ramah gak actually..tp dah nak balik.jumpa mmg kejap.kalau ikutkan nak bercerita mmg x cukup..sorry my suami..terima kasih buat ura penat-penat sudi masak kan untuk aku dan yanti..and thanks dak yanti pregnen2 letih2 pun still nak ikut join..

byk lagi plan nak jumpa kawan tp rasanya masa memang tak izin..ina dan jannah pun aku tak dan nak coling2 lagi..
**tak de snap gambar kalau tak leh as kenangan tah bila lagi dapat jumpa





Tuesday, April 10, 2012

nak jumpa kawan kawan kalau dah ke sini...

seronoknya..2 minggu di shah alam..aku actually teman en hubby ku je kursus di CIAST shah alam ni..dapat la stay sini sampai next week..kalau boleh nak la jumpa sahabat aku yg ada area sini..bukan apa nak datang sini bukannya senang..lagi pulak dapat stay lama kan kat sini..harapan aku dapat la aku tawaf jumpa diaorang bertanya khabar.

kalau dapat jumpa pun time malam..kalu time malam ni diaorang kerja.balik dah tentu penat.aku paham sangat.tu yg kena tanya dulu.takpelah kalau diaorang sibuk memang dah kerja..tp aku tahu diaorang mmg ikhlas sangat nak jumpa aku..

nanti update lagi..harap dapatlla jumpa ...
 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --