Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

Selamat tinggal tahun 2011..alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi aku bernafas untuk aku melangkah ke tahun 2012..tahun 2011 ada tahun yang telah memenuhi segala impian kami sekeluarga.terima kasi Ya Allah kerana ko memberikan kami rezeki dan apa yang kami impikan.
Masa berlalu terlalu pantas.aku dapat rasa macam tak sempat aku nak megejar masa.tp at least aku dapat rasa nikmat yang Allah Taala kurniakan pada aku.Walaupun impian aku untuk bekerja tak kesampaian (mungkin ini adalah takdir yang telah tertulis), aku bersyukur dapat menjaga anak-anak aku serta makan pakai suami aku sepanjang masa.aku dapat suapkan anak-anak aku makan tiap kali waktu makan,mandikan mereka,layan kerenah mereka dan yang paling penting aku dapat melihat sendiri perkembangan mereka.inilah kerja dan dunia aku.yang paling puas hati tiap kali waktu makan suami akan balik makan bersama-sama.mikael..anak bongsu aku dapat sepenuhnya susu badan..dan terima kasih padaMu sekali lagi kerana memperbanyakkan susu badanku untuk membesarkan anak ku.
Tahun 2011..bermulanya anak sulung aku ANEEQ DARWISY  memasuki TASKI..ni sedikit sebanyak memberikan pendedahan pada aneeq untuk membaca doa-doa,mengenal alif,ba,ta, dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan.seronok jugak tengok bila dia bersemangat untuk mengenal ilmu.sekarang aneeq dah kenal ABC,doa-doa,123,macam-macam lah..tinggal nak mengajar mengenal suku kata bagi membolehkan aneeq membaca.takpe bermula 1 Jan 2012 aneeq dah start ke prasekolah.5 tahun dah pakai baju sekolah.tp gaya badan dah macam darjah satu.nanti 6 tahun nak sekolah lagi.tkpelah aneeq kira aneeq senior pra lah yer anak mama..heehehe..kira target mama untuk aneeq tahun 2011 tercapai..
Pada tahun ni target untuk memiliki rumah sendiri di tempat orang jugak tercapai.lebih mudah memiliki rumah sendiri dari menyewa.semuanya berjalan dengan lancar.segala hutang berkenaan rumah terlah dapat dilangsaikan.leganya rasa..bila dah ada rumah sendiri ni lainlah sikit.semangat lebih..hehehe..apa-apa pun syukur.
Untuk suami aku en Zainal Abidin Ismail..tahniah kerana tahun ni b dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) walaupun baru dua tahun bertukar ke IKM Besut ni.kira untuk b dah sampai target la kan.tak sangka awal cam ni.sekali lagi limpahan rezeki dariMu ya Allah.
Oh..dah dekat pukul sebelas..jap lagi dah masuk 1 Jan 2012..aku terpaksa menaip beruncit-ruincit memandangkan mikael tak berapa sihat..tp kalau boleh ini post terakhir aku sebelum aku ke tahun 2012..wah..satu keazaman tu..
Bercerita pasal keazaman..tahun 2012 adalah tahun yang aku akan mulakan kerjaya aku sebagai usaham kecil insyaallah.aku ingin membuka sebuah homestay..rumah aku di beserah,kuantan akan dikosongkan.rumah aku pulak berdekatan dengan pantai.dari servey yang dibuat memang hari-hari ada permintaan.nak2 musim cuti.sehari RM250 sebuah rumah..kalau dalam 10 hari je dah dapat RM 2500.jd aku tak kisah terpaksa berulang dari besut-kuantan untuk uruskan homestay ni.aku ingin mencari pendapatan sendiri memandangkan susah nak dapat pekerjaan yang sesuai dan aku tak mahu berpisah dengan anak-anak dan suami jika dapat kerja luar daripada daerah yang aku stay sekarang..biar aku bersama mereka.hidup ni bukan nya lama..setiap detik dan waktu bersama mereka amat beharga..lagi satu aku ingin memperkembangkan bisnes keropok lekor beku.pasarannya juga di kuantan.aku dah buat servey yang memang tak ada lagi seumpama tu dijual..yang biasa ada..karipap,donut,pau beku..yang ni kelainan sikit pasal produk drp kuala terengganu..terima my hubby coz sudi support aku.inilah target aku..azam aku..semoga aku dapat melaksanakan azam aku ni..
Sebelum aku post .. aku harap aku akan berjaya melaksanakan apa yang aku idamkan dengan keizinan dariNya jugak.moga2 rezeki kami bertambah..amin..selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012..emm..sedihnya...

WELCOME.....

Tuesday, December 20, 2011

Mikael testing berjalan

Mikael mama .. dah mula dah berjalan.emm..baru boleh berjalan kan..seronok jugak mama coz ada masanya tak payah dah berdukung..memandangkan mikael dah masuk 10 kg kan..mama pun dah tak larat sangat nak berdukung ni..

Petang semalam tak hujan, so mama ajak la main kat luar ngan abang-abang mikael yang sangat aktif tu.lagipun papa nak buat operasi tambun pasir di laman rumah..suka jugak mikael dapat main kat luar.selalunya mikael memang kena kurung..malas nak kasi main kat luar coz masih merangkak.
Kali ni mama tak payah jaga sangat.aneeq dan darius je duduk melayan kerenah mikael ni..

Tu dia aksi permulaan chee wahh..berdiri tegap dulu..
Pastu mulakan aksi menolak walkernya..one..two..three..ok..bupp..
Tu dia posing duduk pulak setelah beberapa minit berjalan..
Mikael sangat sibuk nak berpaut pada basikal aneeq rupanya..

Tu dia posing bersama-sama abang tersayang..tgklah darius suka buat muka..
abang aneeq kena excercise lebih..

So mama pun sibuk jugak nak interframe.. apa macam dah lama mama tak masuk muka mama dalam blog ni..hahahaha..
Mama ngan mikael..cayang kael..

Thursday, December 8, 2011

Happy Birthday Mikael

Tanggal 8/12/2010 lahir putera ku yang ketiga..hari semalam genap umur mikael 1 tahun .cepatnya masa berlalu.rasa tak puas melayan kerenah mikael masa dalam 40 hari ..2 bulan .. 4 bulan.. hehehe..walaupun 24 hours duk mengadap si nonet mikael ni..alhamdulillah aku dah setahun jugak menyusukan mikael sepenuh masa.
tu yang mikael lansung tak nak berenggang dgn aku.

Mikael tak dapat berjalan lagi..boleh menapak dua tiga,, jatuh..malas pun ada..hehee..so mama belikan present baby walk la bagi memudahkan mikael berjln..kalau mikael boring kira..mama transform baby walk into a car ..hahaha..so kira ubah mood sikit la..2 in 1..

Baby walk merangkap car .. mama harap mikael suka tolak .
Ni belum apa-apa abg-abgnya yang lenjan dulu..
Nanti papa free kita buat makan-makan sikit..kita-kita je kan mikael yerk.

Ni pose pose mikael awang nonet mama 

Mikael sibuk di bilik mainan abang-abangnya..
Di tesco KOTA BHARU..sibuk jugak memilih mainan
Apa yang suka sangat tu .. 
Cayang mama..
Mama doakan anak mama AFIF DARIS MIKAEL BIN ZAINAL ABIDIN sihat sejahtera .. jangan 
noti-noti.. dan yang paling penting anak yang soleh dan mendengar kata.insya allah..

Sunday, December 4, 2011

I'm babtsitter

Dah lama aku tak berblog. susah sekarang nak buka komputer or laptop. ada je gangguan daripada anak-anak. so aku biarkan anak-anak yang layan intenet. untuk pembelajaran mereka jugak. hari ni aku nak bercerita yang aku berjaya menjadi babysitter kepada anak kawan hubbyku. raisha namanya.aku mengambil keputusan untuk menjaga raisha sebab dia GIRL. memandangkan anak-anak semu HERO, seronokla dapat jaga baby girl.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar pada hari ni. walaupun pada mulanya gamat dengan tangisan raisha dan mikael. terpaksa aku berdukung dua-dua anak kecil tu. tak lama tangisnya dalam setengah jam. lepas tu oklah dia main-main dengan hero-hero aku. agaknya jaga baby girl senang sikit daripada boy kot?aku harap dapat bertahan. Syukur jugak at least ada pendapatan. tp bukannya nak sgt sebab aku duduk rumah so tak kisah pun. nanti sambung cerita .. tu kalau dan la.

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --