Sunday, March 27, 2011

Mikael dan Bedungnya

Lenanya tido.Mikael 4 bulan ..sayang dia..mama pun dapat tido..
Sayang mama mikael..suka berbedung yerk..kalau tak bedung alamatnya malam memang tak tido...mula-mula cari jugak punca kenapa payah nor nak tido..yelah dah masuk 3 bulan masa tu mama malas la nak berbedung. lepas tu tido asyik terkejut dan jaga..terkejut dan jaga..papa try bedung je terus tido lena..comell...pelik sikit daripada abg-abgnya..harapnya kurang la lasaknya..heehhe..mama tak larat la.nak handle abg-abg mikael tu lagi..

Saturday, March 12, 2011

Mikael dah bercukur..


Ni pic mama snap sehari lepas mikael dibotakkan..mulanya tak nak botakkan pasal rambut lebat ..tp rasa macam ada kerak je..memang betul ..kat ubun-ubun kelapa dah ada kerak tu..mujur la cukur kalau tak berkudis kepala kalau dibiarkan lama2..takpelah nanti tumbuh lagi rambutnya..Cuma lambat la sikit..mama minta maaf tak buat majlis cukur jambul untuk anak mama ni.patutnya sunat lebih afdal adalah 7 hari setelah melahirkan..bukan mama tak nak buat tp tak orang nak urus-urus kenduri...tapi takpelah..bercukur cam ni pun disunatkan..


Anak mama dah macam sholin ... tu kata kawan mama..heheh...apa-apa pun comel jugak..

Mikael 40 days....



Now anak mama dah 40 hari..kira boleh berjalan - jalan dah lepas ni...seronok kan.. mama pun happy pasal dah habis pantang,,, tu ada abg darius temankan mikael ... sweet kan.. darius pandai jugak agah-agah si mikael ni..

Mikael BerCD (cloth diapers )


Anak mama berCD



Mikael kini berusia 25 hari..cepatnya anak mama ni membesar.maybe coz of breastfeed (bf) kot..aku akan terus bf kan mikael selagi aku mampu..bukan sahaja menjadikan ia lebih elok untuk pertahanan badan mikael..juga elok untuk ekonomi ..hehehe..jimat..selain tu aku juga berCD .. so double jimat kan… tapi mama memang lah letih sikit … sakit pinggang nit p demi anak mama .. anything for u ok.. + letih lagi cuci CD la..takpe..setakat ni mikael selesa berCD.alhamdulillah..


Ni mikael dah sebulan lebih...

Thursday, March 10, 2011

Koleksi Gambar Darius

Koleksi gambar gambar Darius aksi-aksi 1st time 


Time ni darius berumur 1 bulan..


Darius 5 bulan..suka bergolek-golek time..so setiasa toto tu berada terbentang je..so golek punya golek..sedar-sedar sampai depan pintu..


Maklong sayang darius..huhuhu...darius pertama kali rasa 'fast food' KFC kentang putar...punya la lapar lagaknya masa tu..tergelak kami tengaok..


Darius berada di Taman Bandar...seronoknya bukan main...choomelll....

Makan Scoot's

Ini lah ubat kuat yang di war warkan oleh hero-hero aku..

Scott's Emulsion

Scott’s adalah pati minyak ikan kod..elok untuk kesihatan kanak-kanak mahupun dewasa untuk menjaga paru-paru ..dah dapat jauhkan dari terkena selsema dan batuk..

Aneeq dan darius memang suka makan ubat.apa jenis ubat sekali pun.ubat pil pun penah ditelan mereka.walaupun gigit ubat pil tersebut terasa pahitnya bagi mereka ok je asal mereka sihat dah kuat katanya..huhuhu..anak anak mama ni..

Aku berikan mereka Scott’s setiap pagi sekali sehari coz mereka selalu selsema..kalau aku lupa mereka akan ingatkan aku ..mama tak makan ubat lagi..menjak-menjak pulak aneeq bersekolah tak kering selsemanya..berjangkit dengan kawan-kawan sekolahnya kan..pastu bawak balik ke rumah darius pulak jangkit..untuk hilangkan ambil masa lama betul..risau..kadang-kadang membawak ke demam..

Gelagat darius - Dalam tv ada iklan Scott’s kan..tiap kali iklan tu keluar..Darius akan berlari ke dapur pastu bawak botol Scott’s letak kat kaca tv.katanya..mama mama samakan..setiap kali ada iklan tu..begitulah gayanya..mula-mula tergelak la jugak tgk keletah nya..tp kalau dah tiap-tiap kali kuar iklan tu pastu ke dapur ambik benda alah tu..marah la jugak aku..risau bukak tutup peti..macam-macam la budak-budak ni..

Aku harap aneeq dan darius tak selsema dah lepas ni..dengan mengamalkan makan Scott’s tu..
Scott’s TERBAIK…….

Info : Scott's Emulsion

Children's Health Supplement : Scott's Emulsion

Scott's Emulsion is rich in cod liver oil which is a natural source of Omega-3 Vitamin A & D, calcium and phosphorus. It helps children to build their natural body resistance to infections like coughs and colds and develop strong bones and teeth during their growing years.
It is a brand trusted by mothers for generations to help protect their children from coughs and colds, so that they will grow strong and healthy.
Scott's Emulsion is available in two variants : Original and Orange flavours.

Adult Health Supplement : Scott's Cod Liver Oil Capsules

Scott's Cod Liver Oil Capsules come in easy to swallow golden capsules rich in natural Vitamin A & D and polyunsaturated fatty acids - Omega 3 fatty acids, EPA and DHA which help to build resistance to infections, maintain healthy tissue and promote strong bones and teeth.
Scott's Cod Liver Oil is available in 100's and 500's Capsules pack.

Wednesday, March 9, 2011

Insan yang banyak mencurah KASIH ...padaku..


Aku dibesarkan oleh insan ini iaitu datuk dan nenek ku (tokki dan chek) selepas 40 hari aku dilahirkan..apabila aku berusia 6 tahun, ma dan abah amik aku ..walau macam manapun aku setiap kali cuti sekolah aku memang ingin pulang ke kampung untuk menemui  mereka..mereka adalah segalanya-galanya bagiku..lebih-lebih lagi setelah pemergian ibuku ke rahmatullah....ya allah aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka.terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka berika kepada aku..sesungguhnya memang tak terbalas budi mereka.

Aku selesa bersama mereka..tidak sedikit pun layanan mereka kurang terhadap aku..sangat beruntungnya aku..mereka sentiasa membantu aku tika aku susah dan senang.Aku takut ..takut suatu hari nanti mereka akan tinggal kan aku..lepas ni tak adalah tempat aku nak mengadu nasib dan menumpang kasih..lepas ni kena  harapkan makcik dak pakcik ku pulak yang mana mereka juga baik pada aku..

Tiap kali raya tentulah aku akan pulang pada pangkuan mereka..ramai juga kawan-kawan ku tanya.."mengapa tidak abah aku?"biarlah semua tu hanya jawapan di dalam hati..rasanya aku tak ingin lepaskan peluang jika dan tika ada saat yg berpeluang untuk bersama mereka..

Tokki dan Chek ... tak terbalas budimu,  terlalu tinggi nilai budimu yang ingin ku balas..tidak mampu rasanya..hanya DOA  untuk mu mampu aku berikan...semoga Allah sihat kan tubuh badan mu untuk melihat cicit-cicit mu ini membesar kelak..AMIN....

Monday, March 7, 2011

Darius 1st day

Aku disahkan pregnen untuk  2nd apabila usia aneeq 11 bulan..terkejut jugak aku coz dah 3 bulan pregnen baru..sebabnya aku lansung tak ada alahan..kesnya aku fikir if aku fully brestfeed kan aneeq memang susah nak lekat..tp dah rezeki daripada Allah Taala..dalam hati harap2nya kali ni gigirl la kuarnya...

Masa prenenkan kali memang tak banyak alahan..cuma last-last nak masuk 8 bln ada athma sikit..makan byk sgt..naik sampai 16 kg..aku tak tahulah berapa berat baby akan keluar nanti..aku kesiankan aneeq kerana terpaksa menyusukan susu tepung coz doktor suruh berenti breastfeed..sedihnya..

Pada malam 7hb Ogos 2008 seingat aku..aku ada rasa sakit sikit-sikit...tp aku fikir sakit biasa je kan..sempat lagi berjalan ke pasar malam Balok pada petangnya..sempat la aku makan macam-macam..pukul 10 malam terasa kontraksi makin kuat sikit..aku berSMS dengan kawan aku Shidah..cerita yang aku ada rasa sakit..dia suruh aku ke hospital..tp aku kata biarla dulu.bukan apa malas nak lepak hospital..leceh...

Pukul 2 pagi 8 Ogos 2008 aku terasa sakit spt nak buang air besar kan..terus la kejut my hubby...bergegas jugak ke hospital..angkut jugak aneeq sekali..sapa nak jg kan..sampai di hospital .. hubby aku tinggalkan aneeq dalam kereta kesorangan coz dia pun tido..bawakla aku ke wad bersalin.sedihnya keadaan masa tu terasa semua sendiri kan..aneeq ditinggal dalam kereta..uhuk..uhuk..maafkan mama aneeq...

Sampai dia tempat bersalin nurse suruh aku masuk check jalan..doktor bertugas check jalan aku..katanya dah 9 cm..terkejut diaorang terus aku di masukkan ke labor room..aku tak sempat inform hubby aku coz dia ke kereta nak tengok aneeq...nurse yang betugas cakap boleh aku tahan sakit dari rumah..nasib baik tak deliver kat rumah..aku bgtau aku rasa sakit tak beria tu yang aku tahan dr pegi hospital.aku terpaksa pinjam hset doktor pelatih bgtau hubby aku yg aku dah masuk labor room..macam-macam hal..

Pada pukul  3.45 pagi aku selamat bersalin baby BOY jugak seberat 3.55 kg... ya allah tuhan saja tahu susahnya nak keluar...alhamdulillah semuanya selamat...

 Inilah dia Ariq darius bin Zainal Abidin....




Tido..

Beginila gelagat anak ku tido

Kanak-kanak tentunya tido di waktu tengahari...tp ada juga kanak-kanak yang aktif so mereka tak tido.tp bg anak anak ku kalau tghari je mesti mencari port masing-masing nak 'nap' sekejap..aneeq lepas balik dari taski je aktivitinya  mandi ..makan nasi.. sambil tgk tv tgk wonderpets pukul 2.30 petang isap botol susu kesayangan dia tu pastu lelaplah..sampaila pukul 4 or 4.30 petang...darius pun sama tp nap dia kejap je.selalunya dalam sejam je...coz malam darius tido awal .... untuk baby mikael mama tidokan kejap je tu..nak snap gambar...bahaya bagi baby kalau di letakkan begitu..selalunya aku ada kat sebelah teman tido sambil tgk tv..darius dengan BARNEY dia memang tak dapat dipisahkan....sayang sangat....
 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --