Monday, March 7, 2011

Darius 1st day

Aku disahkan pregnen untuk  2nd apabila usia aneeq 11 bulan..terkejut jugak aku coz dah 3 bulan pregnen baru..sebabnya aku lansung tak ada alahan..kesnya aku fikir if aku fully brestfeed kan aneeq memang susah nak lekat..tp dah rezeki daripada Allah Taala..dalam hati harap2nya kali ni gigirl la kuarnya...

Masa prenenkan kali memang tak banyak alahan..cuma last-last nak masuk 8 bln ada athma sikit..makan byk sgt..naik sampai 16 kg..aku tak tahulah berapa berat baby akan keluar nanti..aku kesiankan aneeq kerana terpaksa menyusukan susu tepung coz doktor suruh berenti breastfeed..sedihnya..

Pada malam 7hb Ogos 2008 seingat aku..aku ada rasa sakit sikit-sikit...tp aku fikir sakit biasa je kan..sempat lagi berjalan ke pasar malam Balok pada petangnya..sempat la aku makan macam-macam..pukul 10 malam terasa kontraksi makin kuat sikit..aku berSMS dengan kawan aku Shidah..cerita yang aku ada rasa sakit..dia suruh aku ke hospital..tp aku kata biarla dulu.bukan apa malas nak lepak hospital..leceh...

Pukul 2 pagi 8 Ogos 2008 aku terasa sakit spt nak buang air besar kan..terus la kejut my hubby...bergegas jugak ke hospital..angkut jugak aneeq sekali..sapa nak jg kan..sampai di hospital .. hubby aku tinggalkan aneeq dalam kereta kesorangan coz dia pun tido..bawakla aku ke wad bersalin.sedihnya keadaan masa tu terasa semua sendiri kan..aneeq ditinggal dalam kereta..uhuk..uhuk..maafkan mama aneeq...

Sampai dia tempat bersalin nurse suruh aku masuk check jalan..doktor bertugas check jalan aku..katanya dah 9 cm..terkejut diaorang terus aku di masukkan ke labor room..aku tak sempat inform hubby aku coz dia ke kereta nak tengok aneeq...nurse yang betugas cakap boleh aku tahan sakit dari rumah..nasib baik tak deliver kat rumah..aku bgtau aku rasa sakit tak beria tu yang aku tahan dr pegi hospital.aku terpaksa pinjam hset doktor pelatih bgtau hubby aku yg aku dah masuk labor room..macam-macam hal..

Pada pukul  3.45 pagi aku selamat bersalin baby BOY jugak seberat 3.55 kg... ya allah tuhan saja tahu susahnya nak keluar...alhamdulillah semuanya selamat...

 Inilah dia Ariq darius bin Zainal Abidin....




No comments:

Post a Comment

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --