Monday, February 28, 2011

Saat - saat deliver 3rd baby....

          Berdebar-debar jugak menanti kelahiran yang ketiga.Tak tahu sakit mana mana pulak kali ni kan.Aku ingatkan dapat la deliver pada hari Awal Muharram kan..bukan apa kalau dapat deliver time tu SPECIAL lebih lah sikit kan. Tapi apakan daya Allah Taala belum izin lagi baby keluar pada tarikh tu.

Pada 9hb Dis 2010, aku ada rasa kontraksi sikit-sikit je. Mengikut perkiraan yang aku bersalin 2 hero aku tu 39 minggu 2 hari. So esok 39 minggu 2 hari, maybe esokla aku akan deliver kalau tak ada apa-apa. Malam 9hb tu rasa kontraksi makin kuat aku ada rasa sahlah jap2 lagi deliver la so pada pukul 11 malam aku ajak my hubby ke Hospital Besut. Rasa lain sikit pasal kali ni aku berada di bumi Terengganu. Sampai di Hospital Besut, lengang. tak ada orang. Rasa janggal pasal masa bersalin dulu di HTAA, Kuantan, ramai orang.

           Nurse bertugas check jalan. Baru 1cm katanya. So aku kena tunggu la kat hospital tu. Hubby kena la balik coz anak-anak sedang tido. Aku ditempatkan dalam wad. Pada pukul 3.40 am rasa makin kuat. So nurse suruh masuk bilik labor room.Nurse yg check jalan aku tadi katanya  baru 1cm td kan takkan cepat sgt buka jalan. Nurse sorang lagi check katanya dah 6cm. Terkejut jugak nurse tadi . dalam pkl  4.20 am makin kuat kontraksi dan aku tak tahan jadi aku jerit panggi nurse coz takde sorang nurse pun jaga aku pada masa tu. Bila nurse masuk bilik tu , air ketubanku terus pecah. Kelam kabut juga diaorang. Dengan sekali push, Alhamdulillah terus keluar babyku.. Sampai terbelit tali pusat coz terlalu cepat. tp mujur nurse sempat menyambut babyku. Seperti yang telah dijangka baby lelaki lagi pada 10 Dis 2010. Alhamdulillah semuanya selamat..

Nurse berpesan ‘Bila-bila beranak lagi jangan pegi lambat-lambat hospital takut tak sempat’…so aku kena ingat la tu..

Hari pertama babyku melihat dunia...






Ini adalah koleksi gambar-gambar babyku pada hari pertama kelahirannya. Ada macam rupa siapa yerk..ramai yang katakan cam rupa aku..hehehe..sukanya.

Borang terpaksa melepak di Hospital Besut dalam tempoh 24 jam. Boring giler….kalau kat kuantan bersalin pagi tghari dah boleh balik..

Setiap detik menghitung masa untuk balik.....nak balik...


Sunday, February 27, 2011

Pregnen...

Ini kenangan masa pregnen Afif Daris Mikael 2010....



Saat-saat pregnen memang menyeronokkan. bila dapat tahu yang aku pregnen, macam-macam dalam fikiran.. bilanya..mcm mana ni.. yeker..macam-macamlah...tapi dalam hati ni memang seronok. bukan apa kita akan menambah lagi rezeki dalam keluarga ni..Bila kita pregnen mestilah selalu igt dan doakan biarlah anak yang bakal lahir ni sihat dan sempurna tubuh badannya..yang kedua mestilah kalau boleh nak boy ke girl kan bila pregnen yang pertama ni  tak kisah yang bakal kuar nanti boy ker girl dak..bila dah yang kedua bagi aku harapan girl lah pasal pertama boy.tp kuluarnya boy lagi ..tp bila dah yang ketiga ni mmg nak girl tp Allah belum lagi makbul doa aku dia bagi aku boy jugak...so 3 hero in da house termasuk lah HUBBY aku..semua ni insan-insan yang bakal menjaga aku kelak .INSYA ALLAH....

Pregnen ni memang meletihkan ... ada alahan.. sakit mcm2lah dugaan nak tunggu sampai 9 bulan..tp semua tu akan ditempuhi dengan tabah untuk setiap insan yang bakal digelar ibu kan..bagi aku .. aku alah muntah-muntah tu adalah tp kejap je, yg tak tahan LELAH..tu yang lemah sikit..tp alhamdulillah di saat nak deliver memang 'my athma' tu tak datang..mujurlah... 

Bagi aku masa pregnen pertama ok lagi boleh handle..bila yang kedua letih sikit tp masuk yang ketiga dah tahap tak larat...bukannya apa nak melayan lagi kerenah anak-anak aku yang agak rapat umurnya..masa pregnen pertama dan kedua naik berbelas-belas kilo..tp yg ketiga ni 8 kilo je paling tinggi..risau nya tak kira lah kan..kecik ke baby aku ni..tak sihat ke..mcm mcm la dalam fikiran ni...tp yg ketiga tulah senang sangat bersalinnya dengan izin dariNya jugak..

Kalau dah nama pregnen tu memangla..bab makan nak macam-macam..kalau boleh aku ni nak makan sedap-sedap je..hahaha..mengandungla katakan...kira lantaklah semua pasal dlm fikiran ni..kalau makan banyak pun bukannya gemuk..hahaha..pastu bila time gi klinik check up..amik kau paras gula 10.5 tahap kencing manis dah..lain kali kenala kawal sikit.sakit pun tak datang..

Mudahan bila pregnen lagi..wah..lagi.. tu...boleh ke..sanggup ke nak handle..tengoklah tu pun atas rezeki allah Taala kan..memang nak lagi nak baby girl pulak..semua kena jaga nak-nak pulak umur dah makin meningkat..macam-macam risiko yang kena tempuh kan..

Cloth DIapers ( Kain Lapin Moden )

Cloth Diapers

Koleksi - koleksi DC aku dah kumpul..


                Cloth Diapers atau sekarang dikenali kain lampin moden makin diminati ramai. Walapun pada awalnya aku rasakan mahalnya RM 25 sekeping..tp bila dah cenderung dalam berCD ni harga RM 60 ke atas pun aku beli untuk kepuasan diri memandangkan corak-coraknya yang cantik dan nak try mcm-mcm jenama . Memang berCD berjimat, dah payah beli pampers,huggies, or etcs iaitu disposable diaper atau dikenali ‘DD’ yang berharga lebih kurang RM 30 lebih kan sebulan. Comel bila dah melekat kat punggung tu Darius. Aku masih lagi dalam line penjimatan coz untuk Mikael baby aku berusia 3 bulan aku pakaikan CD yang kepunyaan Darius untuk waktu siang..Cuma malam je aku berDD. So DD dia tahanla 2 bulan sepack. Bkn apa, kalau berCD ni mmg leceh kena tukar banyak kali. Takut malam bila tak sedar nak menyalin CD nanti jadi ‘nappy rash’ pulak.

Sekarang aku dah ada dalam 20 keping. Cukuplah untuk rotate tiap-tiap hari. Kalau boleh memang nak merasa dari jenama BUM GENIUS, apa lagi yerk..tk igtla pulak kira CD dari US. Munurut mommies yang berCD,  mmg berkualiti CD dari US tp harga la tak hengat..RM 90 sekeping.. kalau beli yang mahal cam tu bukan kira jimat dah, tu lebih kepada minat.. Tp sejak dua menjak ni aku dah cenderung kepada minat. Aku tak kisah la kan nak berCD ni tak kerja kan, so banyak masa untuk basuh CD tu..nak jemur ..dan bila dah kering nak kena masukkan dalam poket pulak dia nyer insert tu. Sekarang aku kirang meghabiskan lebih kurang rm 300 untuk setahun la..

Lagi satu aku lebih kepada untuk menyelamat alam sekitar. Memang kuantiti ibu berCD ni kurang tapi sekurang kurangnya ada la bakti jugak kepada alam kan..Mudahan dengan cara ini aku jugak dapat menjimatkan ekonomi untuk rumah tangga aku jugak. Dah aku tak kerja tak dapat bantu suami, so aku berCD bagi menjimat duit yang mana duit tersebut aku menabung untuk anak-anak aku dia masa hadapan.. 

Saturday, February 19, 2011

Hari pertama Aneeq ke taski

Hari pertama Aneeq melangkah kaki berma uniformnya…Aneeq 4 tahun lah…
Ala-ala hensem jugak anak mama ni walaupun debab..huhuhu..


Rasa seronok sgt aneeq bila mama dan papa nak hantarnya ke taski.maybe dia boring duduk kat rumah kan.kalau ke sekolah ada kawan-kawan yang sebaby dia. Walaupun aku rasa mcm awal je hantar dia ke taski untuk blaja dan boleh main gak di samping tu.. bagi aku orang lain ada yang anak diaorg usia 3 thn dah hantar blaja ke tadika..cepatnya perkembangan budak-budak zaman sekarang yelah dah seawal 3 thn dah hantar anak-anak ke tadika. Aku hantar ke taski ni nak bagi dia lebih kepada baca Al Quran. Kalau nak ajar sendiri memang dia tak nak ikut..takut nanti lambat mengenal huruf…
Kalau nak kejutkan aneeq ke taski memang tak susah. Dia akan bgn sendiri bila kita bukak lampu bilik. Ada satu ketika pukul seawall 5.30 pagi bangun nak bersiap-siap ke taski..apalah tarikan kat sana yerk. Bila balik je dari taski aku akan tanya “aneeq blaja apa hari ni? Makan apa hari ni , cikgu ada marah aneeq tak kat taski ..“dia akan jawab” blaja B C .. Quran..alif ba … cikgu tak marah aneeq..” lega aku dengar perkembangan aneeq..harap-harap akan terus meningkat. Mama sentiasa doakan anak mama ni berjaya di dunia dan akhirat..dan yang paling penting mendengar kata mama dan papa..

Monday, February 14, 2011

My 3 heroes when they was born...

Actually inilah gambar aku punya hero-hero masa mereka baru dilahirkan.


Dari kiri : Aneeq Darwisy            Ariq Darius        Afif Daris Mikael
                      12 Jan 2007             08 Ogos 2008      10 Dis 2010 

Macam mana rupa diaorg?Yang mana agak-agak ada persamaan?Siap yerk yg ikut rupa aku..dan siapa pulak ikut papa diaorang..Syukur tak terhingga kepada Ilahi walaupun belum ada rezeki untuk aku melahirkan seorang JUNIOR aku tp kehadiran mereka mudah-mudahan dapat menjaga aku suatu masa nanti..Sekarang Aneeq pun dah 4 tahun.Aktif sangat orangnya.Darius pulak akan masuk 3 tahun bulan Ogos ni.Darius ni orangnya lembut sangat.pantang sakit sikit sure "uwaaa".Aneeq pulak suka menyakat Darius.tak tahulah sampai bila.Mikael belum tahu lagi..tapi setakat ni Mikael memang tak susah untuk menjaganya..kurang menangis dan buat perangai.Aku pun memang tak tension dalam pantang.Apa-apa pun Mama Sayang You All Guys..

Sunday, February 13, 2011

My Dear Hubby

Tidak aku sangka usia perkahwinan kami mencecah 5 tahun...Rasa happy sangat coz my hubby ' very caring and understanding'..Wah..VERY tu..Syukur kerana Allah sentiasa memberi kemudahan kepada kami dalam meneruskan kehidupan tanpa ibu dan bapa mentua means mak bapak hubbyku lah.Tp aku masih ada abah dan ibu tiri walaupun.......apa apapun terima kasih hubby kerana menjaga aku semasa aku sihat kalau sakit apatah lagi.. I mean dia   (membuat semua kerja rumah, masak, menguruskan anak-anak dan etc pendek kata macam-macam lah).mana nak carikan..hehehe..tapi aku percaya hubby korang pun sama akan tolong kan..hubbyku yang best nya apa barang yang hendak dibelinya mesti merujuk aku..oklah kan sekurang kurangnya tny opinion isteri kan..saya sayang hubby saya..luv you..


Semoga kami kekal hingga ke akhir hayat.AMIN...
 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --