Monday, October 8, 2012

Jangan salahkan takdir (part 1)

Kalau nak dicerita tentang perjalanan hidup memang macam macam kena lalui.lain orang lain cerita.tp ada yang perjalanan hidup orang tu seronok je untuk dilalui.semua cukup.kalau dilihat dengan mata kasar..perfectnya hidup dia.sebagai manusia yang alpa ada je rasa tak cukup tak sempurna dalam apa yang telah ditentukan olehnya..tp sebenarmya semua telah diatur dengan baik olehNya.

Itulah kadang-kadang kita memerlukan seseorang untuk kita berkongsi cerita,masalah,suka kita.aku cemburu jugak tengok orang ada tempat menumpang kasih dikala sedih,taktala ada masalah untuk diluahkan.kalau duduk berseorang aku fikir-fikir kenapa aku dijaga oleh nenek dan datuk aku masa selepas aku dilahirkan.kenapa umur mereka dalam lewat 80 lebih masih sihat boleh bergerak menunaikan ibadah lagi.kenapa Allah ambil ibu aku dikala aku masih memerlukan kasih sayang tempat berkongsi masalah dan luahan perasaan.semuanya ada kaitan.ada jugak aku menyalahkan takdir kenapa aku tiada adik beradik seibu sebapa.kenapa Allah nak uji aku bersendirian. semua tu adalah ujian. orang selalu cakap dikala kita ada masalah "Allah takkan duga kepada insan yang tak mampu jalani ujian dariNya".

Bila dah tua macam ni fikir-fikir kalau ada adik-beradik boleh jugak mintak tolong dikala ada masalah menimpa sebagai  tempat menumpang.mujurla tika ini masih ada nenek dan datuk aku.bila diaorang dah tak ada ? takutnya aku memikirkan semua tu.kalau mereka bawa dirilah jawabnya. aku sering terfikir jika ada apa-apa terjadi pada diri aku dan suami ke mana anak-anak aku nak pergi.belah pihak suamiku ? susah nak cerita.itu je dapat cakap.

Kadangkala ada luka dalam hati ni masih berkudis.kalau dikopek masih berdarahkan..
Banyak benda kita berkorban untuk orang lain tapi kita dapat apa .. bukan balasan yang diinginkan sekadar tanda ingatan...


No comments:

Post a Comment

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --