Sunday, December 30, 2012

Cuti hujung tahun Part 1

Amboi..sakan berjalan pada 10hb - 14hb Dis lalu..sampai tak sempat nak celebrate besday Mikael pada 10hb dis lalu..gara2 tarikh nya jatuh pada hari berjalan..tp tkpelah nanti ujung-ujung bulan mama beli kek ok. kami sebenarnya bercadang nak bawak anak-anak ke Cameron Highlands je.

Pada 09hb kami bertolak dari Besut ke Kuantan dulu. Pasal kami pergi bersama konvoi keluarga abg hubby aku yg tinggal di Kuantan (abg roslee + kak Na)..barulah seronok..Kami akan menjelajah beberapa buah negeri..sambil berjalan melawat sedara mara..ni tanpa dirancang.

Perjalanan kami bermula dari Kuantan ke Johor..dalam perjalanan kami singgah di Mersing melawat ibu saudara hubby aku..hanya satu-satunya waris keluarga Ismail yang tinggal..lepas tu kami terus naik ke Kota Tinggi..lepak kat rumah Kak Mas..semalaman sebelum bertolak ke Melaka. Kak Mas 20hb ni datang besut pulak wina bawak jln ok.

Esoknya kami bertolak lewat jugak dari Kota Tinggi, Johor - Melaka..hajatnya nak mandi manda di A'Famosa Resort..tp malangnya masuk je tol Melaka..jem la pulak..cari hotel pun semua penuh.al maklumlah terus pegi je..search GPS rupanya A'famosa resort tu kat area Alor Gajah..patah balik semula.


Sampai di area sana dah pukul 3.45..kalau masuk memang rugi..harga masuk sorang dewasa rm 40..pastu dapat main sekejap je..kitaorang bincang2 so decide pergi LOST WORLD OF TAMBUN,IPOH..sebab dekat dengan cameron dah.so terus bertolak ke Ipoh dari melaka..tido sana..esok pagi-pagi terus terjun dalam lagoon kat sana..apa-apa pun sempat la bergambar dah alang-alang dah smpai.




 On the way ke Ipoh highway menghala ke Kuala Lumpur sungguh jem..ibarat naik basikal lagi laju.. Kami menghala ke Ipoh..Tak sangka pulak keluar dr hentian Tapah..lebih kurang kul 8 mlm..tetiba ada satu flash yang sangat kuat menghala kami..kami sangka kan kilat..tgk hubby bwk dlm110..biasa mmg highway 110 kan? tetiba en hubby kata sah kena dah sama tu Kamera AES habis..huhuhu..nak buat mcm mana xde rezeki lah kalau kena saman..biarlah nama pun nak berjalan, tak perasan berapa had laju kat area situ..sampai di Ipoh pukul 9.30 mlm..check in kat Tambun Inn..letih giler seharian perjalanan...so rehat pasal esok nak main air pulak..

Esoknya..kami cari breakfast area stadium Ipoh..dalam pukul 10.30pg check out terus ke Lost World of Tambun..Mujur pergi hari Isnin.pasal tak berapa ramai pengunjung..pekerja kat situ cerita semlm pengujung 20k orang..ramai giler..hari yg kami pergi tu pun tempat ala2 tak cukup dah..kami sewa loker simpan barang-barang berharga..dalam tu bukan sekadar lagoon..ada petting zoo..fun fair..lagi..tp fun fair tak sempat nak pergi.harga untuk dewasa rm 48 dan untuk kanak-kanak rm 35..apa2 pun layan beberapa keping gambar yg sempat la di snap sebelum di simpan dalam loker..



Layan ....

masa sebelum masuk..si aneeq dah tak sabar...


menunggu tiket dibeli...
Mikael .. keboringan lama sgt mak long beli tiket..
tu dia tak sabar nak terjun....darius pejam mata la pulak..

Mandi manda time







Kakak effa layan Mikael
Mikael hangus sudah kulitnya...


uikss..mana mikael..mikael....
mikael..and papa..
hahaahaha....

So dalam Lost World ni ada  petting zoo... semua animals and birds dalam petting zoo ni mmg friendly gitu..memang berbaloi masuk dalam Lost World ni..


Oh tidak..burung merak telah dilindungi aneeq...aneeq kena slim la lepas ni..
Darius takut dekat dengan parrot 

hello...parrot ni sgt comel kan warnanya...hari ni mood dia tak brapa baik tp ok je bila i nak bergambar...


Burung mesra alam...
Sungguh penat menjalankan aktiviti untuk hari ini...lepas ni nak naik ke cameron..dah pukul 4 petang masa kami keluar...





No comments:

Post a Comment

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --