Wednesday, November 7, 2012

Darius dah nak sekolah!!

Dah nak penhujung tahun rupanya nya..macam-macam benda nak  di setlle kan..terutama anak-anak yang nak bersekolah pada tahun hadapan..cepatnya masa berlalu.. dah nak sekolah darius..anak bujang aku yang kedua ni..manja yang amat..

Pasal aneeq aku tak kisah sangat pasal Prasekolahnya akan disambung dan teruskan Pra sekolah di SKTTM2 Besut Terenganu..(insyaallah ada rezeki bakal menjadi sekolah CLUSTER). 

Kisah darius pulak..mulanya menjadi kerunsingan jugak..bukan apa aku memang berhajat sangat nak hantar darius ni Tadika Yayasan Islam Terengganu..kenapa? sebab kebanyakkan daripada anak-anak daripada tadika tersebut telah khatam al-quran pada umur 6 tahun..maksudnya masuk tahun satu dah boleh membaca al-Quran dengan lancar sekali beserta panjang pendeknya dan tajwidnya walaupun tak byk al aleast dia tahu..aku tak kisah sangat la yang blaja ABC ke bahasa Inggeris ke..aku pun boleh la ajar..tp membaca al-Quran dengan betul dan lancar macam mana?setakat Iqra 1-3 tu oklah aku ajar.. dia pun dah start mengaji..tp kalau boleh memang aku nak dia sekurang-kurang boleh membaca Al-quran seawal umur  6 thn. Tp malangnya aku dah terlepas. Tadika Yayasan dah tutup tarikh permohonannya..kecewa...

Aku ada mendaftar Prasekolah tp tak dapat.pra sekolah ni pun bagus jugak.seawal pukul 7.45-8.45 pagi setiap hari akan mengaji dahulu.selepas tu barulah diteruskan dengan mata pelajaran lain..tp apa boleh buat tk de rezeki jugak..coz telalu ramai orang apply..last-last daftar KEMAS la..aku ada dengar jugak kalau tadika kemas ni hari2 balik result menyanyi ngan kaler je pandai..bimbang jugak..tp nak buat mcm mana..tp aku and en hubby tak puas hati so servey tadika jugak lain..pastu jumpa advertised IMTIAZ Kindegarten..ni di bawah selian UIA..memang bagus.aku terusa col bertanyakan yuran..yuran bulanan RM 220 nak masuk je ke spend RM1k..umang aiii...tp demi anak redha jelah nak yang terbaik kena bekorban...

Entah macam mana ada la rezeki yang menyatakan darius boleh lagi masuk TADIKA YAYASAN ISLAM TERENGGANU (back door)..syukur sgt..terima kasih ya allah dengar doa aku nak sangat darius masuk tadika ni...tadika kedua terbaik (walaupun murah) selepas Tadika Imtiaz Besut ni...kalau tak dapat yayasan islam ni mmg hajat nak hantar tadika imtiaz...

Akhirnya Ariq Darius b.Zainal Abidin akan belajar di Tadika Yayasan Islam Terengganu.dah siap daftar and beli baju lagi..color Pink bajunya..Mudah 2 tahun lagi Darius akan khatam Al-quran..inilah doa mama...

Aku pasti semua yang bergelar ibubapa akan memberi yang terbaik untuk anak-anak mereka. 

Anak-anak Tadika Yayasan Islam Terengganu



No comments:

Post a Comment

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --