Wednesday, June 20, 2012

Surirumah BerIjazah



Hari ni siap tunggu lagi rancangan WHI nak gara-gara nak tengok insan-insan yang ada ijazah tp tak bekerja..macam aku la..tiap-tiap hari ada gak mikir naknya kerja.tengok pagi-pagi wanita-wanita di keliling umah aku semuanya bekerja.yang paling ramai sekali guru lah..seronok je..tp bila aku dah tengok WHI td rasa semangat untuk jadi surirumah bila dengar motivasi daripada ustaz yang dijemput tu..apa ye nama ustaz tu lupa la pulak..yang ramai jugak dikalangan orang macam aku ni rupanya.banyak alasan jugak untuk tidak bekerja.banyak alasan masing-masing bila dah ada anak la terutamanya sanggup tinggalkan kerjaya demi menjaga anak-anak..sanggup hidup sederhana walaupun kos hidup tinggi..(tapi semua ni dengan izin suami kan)

betul jugak menuntut ilmu bukan semata-mata hanya untuk mendapat pekerjaan bagus untuk menjana duit .. tp untuk memberi kita pengetahuan untuk mendidik anak kita juga. lagi satu kita mesti sentiasa ingat apa jua yang kita buat kerana Allah kan. semua dah ditentukan rezeki masing-masing. at least aku  dapat tengok anak-anak aku membesar depan mata 24 jam..dapat menyusukan anak sehingga 2 tahun..dapat suapkan makanan bila-bila masa saja bila anak-anak lapar..melayan kerenah baiknya..buasnya..sampai tak terlayan kan..

kalau nak diikutkan orang cakap saya pun dah lali..orang kata bodoh ruginya belaja tinggi-tinggi last-last duduk rumah jaga anak.biarlah..rasa puas tengok anak sendiri membesar didepan mata..apa-apa pun life must goes on.aku bekerja untuk suami dan anak-anak..mudahan aku mendapat gaji (pahala) dari Allah s.a.w berganda..

apa-apa pun aku tabik kat kawan-kawan aku yang bekerja .. balik rumah bertungkus-lumus pulak untuk sediakan keperluan kat keluarga pulak...


 

No comments:

Post a Comment

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --