Thursday, February 9, 2012

Frienship ke...

Emm..kalau nak bercerita pasal kawan..memang susah..aku tengah duduk sesaja sambil tengok anak-anak mandi kat luar..seronok bkn main..habis barang2 dapur aku dikeluarkan pasal nak dijadikan main..tengok diaorang .. bagi aku anak-anak taklah perlukan kawan untuk bermain-main pasal diaorang bertiga pun dSelaluah create macam-macam mainan sesama diaorang.so..bila waktu petang..aku suruh pergi berkawan diaorang yang taknak..bagi aku oklah..aku pun bukannya suka sangat kalau diaorang terlampau berkawan..macam aku...
Bagi situasi aku .. anak tunggal..sangat sunyi takde sesapa nak melayan masa aku kecik-kecik dulu..ma and abah kerja..petang and malam baru ada..so aku akan keluar mencari kawan nak bermain..sehingga aku besar pun aku masih mencari kawan untuk berkongsi cerita..bertukar-tukar kawan sampailah aku mesra dan selesa kot dengan erti kata lain..ko susah aku tolong aku susah ko tolong..tp ada jugak antara kawan yang ambil kesempatan..hutang bepuluh..lama2 dah jadi beribu.tp biarlah..tu dia menjawab ngan Allah pulak..
Emm..bila difikir-fikir balik..mcm en suami aku tak de pun best friend dalam hidup dia..katanya lah..kecuali aku..tp bila aku dah kawin ngan dia pun dia memang takde bestfriend..bgnya kawan ni boleh tp sebenarnya untuk sementara je..lama-lama ada antara kawan2 kita yg dah macam bagus akan lupalah kat kita..even nak tegor dalam fezbook pun takde walaupun satu ketika dulu rapat giler katanya..bila aku pikir2..betul gak..macam dalam situasi aku je..ada gak rasa..kadang-kadang ada dalam fezbook log on chat tp lansung la nak bertny kabar ke..hahaha..even aku komen pun takde balasan..maybe dah tak nak kawan kot pasal aku ni apalah sangat surirumah je..mereka..berjawatan bagus dak..dihormati..so ramai lagi yg hormat mereka..apa-apa pun tak kisah lah..bila dah kawin ni memang best friend kekal adalah suami kita..aku harap kawan-kawan yang penah aku kenal hargailah persahabatan dan aku doakan moga diaorg dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..amin..

Tuesday, February 7, 2012

oh tidak..cermin mata baru lagi!!

Tetiba hari ni nak bercerita pasal mata aku..dah seminggu lebih kepala belah kiri melibatkan mata kiri  aku sakit..MIGRIN ke aku..sakit nya sampai senak mata ni..TERTEKAN kot aku ni..hahaha..tertekan pasal apa..pasal dok melayan kerenah anak-anak kot..tp taklah..ok je..atau sakit lain mana tahu kot BARAH OTAK ke..iskh..subhanallah..mintak-mintak dijauhkan dari semua penyakit..aku masih ingin beribadat.belum cukup amalan aku ni..
Berbalik pada mata aku ni..so malam tadi pegilah check kat kedai mata..check punya check..terkejut tgk power mata belah kiri 725 kanan 900 .. mak aii ..memang tahap buta dalam celik..pastu check power spek 575 kiri kanan 525..banyak giler kenaikkan powernya..kalau naik gaji sedap jugak dengar..sebenarnya aku baru je tukar cermin mata baru tak sampai 4 bulan lagi..huhuhu..mulanya nak tinggal bingkai yg aku pakai sekarang.kena tempat pulak cerminnya makan masa seminggu.tu yg susah dok area cam ni.semua nak tunggu dari KL.aku plak meraba la alamatnya kalau tak nak cari frame baru..walapun pakai spek sakit kepala nak tak nak kena pakai jugak.kali ni terpaksa bazir lagi rm 500 untuk kali kedua..budget kalau buat spek rm 500 untuk 3 4 tahun..baru berbaloi kan..hahaha..untuk aku yg tak kerja .. macam orang lain rasa byknya nak kuar duit.. kalau orang kerja kira buat spek rm 500 tu kira murah kot!!correct me if i'm wrong..
So pilih punya pilih kira paling murah dan susai la ngan bentuk muka aku yg bulat gete2 ni..tak banyak pilihan frame kat sini..lama bertapa.anak2 pun naik bosan..alang2 membeli biarlah menang memakai.
Kenalah tunggu seminggu lagi..kalau betul memang power yang tak ok..harap2 kepala aku ni reda la sakitnya lepas tukar cermin baru.kalau tak ok gak..kena check pakar la pulak mana la tahu ada penyakit yang tak diundang..TAKUTNYA..harap-harap sampai takat ni je..amin..
Aku ada seach PERMATA HIJRAH..macam kena cari jugak..patutnya aku cari masa dia mula2 publish dulu..ayat patutnya..memang selalu guna kalau dah kecewa..

Saturday, December 31, 2011

Happy New Year 2012

Selamat tinggal tahun 2011..alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana masih memberi aku bernafas untuk aku melangkah ke tahun 2012..tahun 2011 ada tahun yang telah memenuhi segala impian kami sekeluarga.terima kasi Ya Allah kerana ko memberikan kami rezeki dan apa yang kami impikan.
Masa berlalu terlalu pantas.aku dapat rasa macam tak sempat aku nak megejar masa.tp at least aku dapat rasa nikmat yang Allah Taala kurniakan pada aku.Walaupun impian aku untuk bekerja tak kesampaian (mungkin ini adalah takdir yang telah tertulis), aku bersyukur dapat menjaga anak-anak aku serta makan pakai suami aku sepanjang masa.aku dapat suapkan anak-anak aku makan tiap kali waktu makan,mandikan mereka,layan kerenah mereka dan yang paling penting aku dapat melihat sendiri perkembangan mereka.inilah kerja dan dunia aku.yang paling puas hati tiap kali waktu makan suami akan balik makan bersama-sama.mikael..anak bongsu aku dapat sepenuhnya susu badan..dan terima kasih padaMu sekali lagi kerana memperbanyakkan susu badanku untuk membesarkan anak ku.
Tahun 2011..bermulanya anak sulung aku ANEEQ DARWISY  memasuki TASKI..ni sedikit sebanyak memberikan pendedahan pada aneeq untuk membaca doa-doa,mengenal alif,ba,ta, dan menyesuaikan diri dengan kawan-kawan.seronok jugak tengok bila dia bersemangat untuk mengenal ilmu.sekarang aneeq dah kenal ABC,doa-doa,123,macam-macam lah..tinggal nak mengajar mengenal suku kata bagi membolehkan aneeq membaca.takpe bermula 1 Jan 2012 aneeq dah start ke prasekolah.5 tahun dah pakai baju sekolah.tp gaya badan dah macam darjah satu.nanti 6 tahun nak sekolah lagi.tkpelah aneeq kira aneeq senior pra lah yer anak mama..heehehe..kira target mama untuk aneeq tahun 2011 tercapai..
Pada tahun ni target untuk memiliki rumah sendiri di tempat orang jugak tercapai.lebih mudah memiliki rumah sendiri dari menyewa.semuanya berjalan dengan lancar.segala hutang berkenaan rumah terlah dapat dilangsaikan.leganya rasa..bila dah ada rumah sendiri ni lainlah sikit.semangat lebih..hehehe..apa-apa pun syukur.
Untuk suami aku en Zainal Abidin Ismail..tahniah kerana tahun ni b dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) walaupun baru dua tahun bertukar ke IKM Besut ni.kira untuk b dah sampai target la kan.tak sangka awal cam ni.sekali lagi limpahan rezeki dariMu ya Allah.
Oh..dah dekat pukul sebelas..jap lagi dah masuk 1 Jan 2012..aku terpaksa menaip beruncit-ruincit memandangkan mikael tak berapa sihat..tp kalau boleh ini post terakhir aku sebelum aku ke tahun 2012..wah..satu keazaman tu..
Bercerita pasal keazaman..tahun 2012 adalah tahun yang aku akan mulakan kerjaya aku sebagai usaham kecil insyaallah.aku ingin membuka sebuah homestay..rumah aku di beserah,kuantan akan dikosongkan.rumah aku pulak berdekatan dengan pantai.dari servey yang dibuat memang hari-hari ada permintaan.nak2 musim cuti.sehari RM250 sebuah rumah..kalau dalam 10 hari je dah dapat RM 2500.jd aku tak kisah terpaksa berulang dari besut-kuantan untuk uruskan homestay ni.aku ingin mencari pendapatan sendiri memandangkan susah nak dapat pekerjaan yang sesuai dan aku tak mahu berpisah dengan anak-anak dan suami jika dapat kerja luar daripada daerah yang aku stay sekarang..biar aku bersama mereka.hidup ni bukan nya lama..setiap detik dan waktu bersama mereka amat beharga..lagi satu aku ingin memperkembangkan bisnes keropok lekor beku.pasarannya juga di kuantan.aku dah buat servey yang memang tak ada lagi seumpama tu dijual..yang biasa ada..karipap,donut,pau beku..yang ni kelainan sikit pasal produk drp kuala terengganu..terima my hubby coz sudi support aku.inilah target aku..azam aku..semoga aku dapat melaksanakan azam aku ni..
Sebelum aku post .. aku harap aku akan berjaya melaksanakan apa yang aku idamkan dengan keizinan dariNya jugak.moga2 rezeki kami bertambah..amin..selamat tinggal 2011 dan selamat datang 2012..emm..sedihnya...

WELCOME.....

Tuesday, December 20, 2011

Mikael testing berjalan

Mikael mama .. dah mula dah berjalan.emm..baru boleh berjalan kan..seronok jugak mama coz ada masanya tak payah dah berdukung..memandangkan mikael dah masuk 10 kg kan..mama pun dah tak larat sangat nak berdukung ni..

Petang semalam tak hujan, so mama ajak la main kat luar ngan abang-abang mikael yang sangat aktif tu.lagipun papa nak buat operasi tambun pasir di laman rumah..suka jugak mikael dapat main kat luar.selalunya mikael memang kena kurung..malas nak kasi main kat luar coz masih merangkak.
Kali ni mama tak payah jaga sangat.aneeq dan darius je duduk melayan kerenah mikael ni..

Tu dia aksi permulaan chee wahh..berdiri tegap dulu..
Pastu mulakan aksi menolak walkernya..one..two..three..ok..bupp..
Tu dia posing duduk pulak setelah beberapa minit berjalan..
Mikael sangat sibuk nak berpaut pada basikal aneeq rupanya..

Tu dia posing bersama-sama abang tersayang..tgklah darius suka buat muka..
abang aneeq kena excercise lebih..

So mama pun sibuk jugak nak interframe.. apa macam dah lama mama tak masuk muka mama dalam blog ni..hahahaha..
Mama ngan mikael..cayang kael..

Thursday, December 8, 2011

Happy Birthday Mikael

Tanggal 8/12/2010 lahir putera ku yang ketiga..hari semalam genap umur mikael 1 tahun .cepatnya masa berlalu.rasa tak puas melayan kerenah mikael masa dalam 40 hari ..2 bulan .. 4 bulan.. hehehe..walaupun 24 hours duk mengadap si nonet mikael ni..alhamdulillah aku dah setahun jugak menyusukan mikael sepenuh masa.
tu yang mikael lansung tak nak berenggang dgn aku.

Mikael tak dapat berjalan lagi..boleh menapak dua tiga,, jatuh..malas pun ada..hehee..so mama belikan present baby walk la bagi memudahkan mikael berjln..kalau mikael boring kira..mama transform baby walk into a car ..hahaha..so kira ubah mood sikit la..2 in 1..

Baby walk merangkap car .. mama harap mikael suka tolak .
Ni belum apa-apa abg-abgnya yang lenjan dulu..
Nanti papa free kita buat makan-makan sikit..kita-kita je kan mikael yerk.

Ni pose pose mikael awang nonet mama 

Mikael sibuk di bilik mainan abang-abangnya..
Di tesco KOTA BHARU..sibuk jugak memilih mainan
Apa yang suka sangat tu .. 
Cayang mama..
Mama doakan anak mama AFIF DARIS MIKAEL BIN ZAINAL ABIDIN sihat sejahtera .. jangan 
noti-noti.. dan yang paling penting anak yang soleh dan mendengar kata.insya allah..

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --