Sunday, February 27, 2011

Cloth DIapers ( Kain Lapin Moden )

Cloth Diapers

Koleksi - koleksi DC aku dah kumpul..


                Cloth Diapers atau sekarang dikenali kain lampin moden makin diminati ramai. Walapun pada awalnya aku rasakan mahalnya RM 25 sekeping..tp bila dah cenderung dalam berCD ni harga RM 60 ke atas pun aku beli untuk kepuasan diri memandangkan corak-coraknya yang cantik dan nak try mcm-mcm jenama . Memang berCD berjimat, dah payah beli pampers,huggies, or etcs iaitu disposable diaper atau dikenali ‘DD’ yang berharga lebih kurang RM 30 lebih kan sebulan. Comel bila dah melekat kat punggung tu Darius. Aku masih lagi dalam line penjimatan coz untuk Mikael baby aku berusia 3 bulan aku pakaikan CD yang kepunyaan Darius untuk waktu siang..Cuma malam je aku berDD. So DD dia tahanla 2 bulan sepack. Bkn apa, kalau berCD ni mmg leceh kena tukar banyak kali. Takut malam bila tak sedar nak menyalin CD nanti jadi ‘nappy rash’ pulak.

Sekarang aku dah ada dalam 20 keping. Cukuplah untuk rotate tiap-tiap hari. Kalau boleh memang nak merasa dari jenama BUM GENIUS, apa lagi yerk..tk igtla pulak kira CD dari US. Munurut mommies yang berCD,  mmg berkualiti CD dari US tp harga la tak hengat..RM 90 sekeping.. kalau beli yang mahal cam tu bukan kira jimat dah, tu lebih kepada minat.. Tp sejak dua menjak ni aku dah cenderung kepada minat. Aku tak kisah la kan nak berCD ni tak kerja kan, so banyak masa untuk basuh CD tu..nak jemur ..dan bila dah kering nak kena masukkan dalam poket pulak dia nyer insert tu. Sekarang aku kirang meghabiskan lebih kurang rm 300 untuk setahun la..

Lagi satu aku lebih kepada untuk menyelamat alam sekitar. Memang kuantiti ibu berCD ni kurang tapi sekurang kurangnya ada la bakti jugak kepada alam kan..Mudahan dengan cara ini aku jugak dapat menjimatkan ekonomi untuk rumah tangga aku jugak. Dah aku tak kerja tak dapat bantu suami, so aku berCD bagi menjimat duit yang mana duit tersebut aku menabung untuk anak-anak aku dia masa hadapan.. 

1 comment:

  1. mmg kalau diikutkan ia sgt jimat.. tapi kalau antar anak umah org still kena pakai pampers gaks.. sabtu ahad jer berpeluang nak pakai cd ni pada anak2.

    ReplyDelete

 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --