Aku dibesarkan oleh insan ini iaitu datuk dan nenek ku (tokki dan chek) selepas 40 hari aku dilahirkan..apabila aku berusia 6 tahun, ma dan abah amik aku ..walau macam manapun aku setiap kali cuti sekolah aku memang ingin pulang ke kampung untuk menemui mereka..mereka adalah segalanya-galanya bagiku..lebih-lebih lagi setelah pemergian ibuku ke rahmatullah....ya allah aku tak dapat bayangkan hidup aku tanpa mereka.terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang telah mereka berika kepada aku..sesungguhnya memang tak terbalas budi mereka.
Aku selesa bersama mereka..tidak sedikit pun layanan mereka kurang terhadap aku..sangat beruntungnya aku..mereka sentiasa membantu aku tika aku susah dan senang.Aku takut ..takut suatu hari nanti mereka akan tinggal kan aku..lepas ni tak adalah tempat aku nak mengadu nasib dan menumpang kasih..lepas ni kena harapkan makcik dak pakcik ku pulak yang mana mereka juga baik pada aku..
Tiap kali raya tentulah aku akan pulang pada pangkuan mereka..ramai juga kawan-kawan ku tanya.."mengapa tidak abah aku?"biarlah semua tu hanya jawapan di dalam hati..rasanya aku tak ingin lepaskan peluang jika dan tika ada saat yg berpeluang untuk bersama mereka..
Tokki dan Chek ... tak terbalas budimu, terlalu tinggi nilai budimu yang ingin ku balas..tidak mampu rasanya..hanya DOA untuk mu mampu aku berikan...semoga Allah sihat kan tubuh badan mu untuk melihat cicit-cicit mu ini membesar kelak..AMIN....
hehe aku xleh lupa apa tokki ckp kat aku... sebenarnya aku tak faham sgt sbb tokki cakap slang trrganu.. aku gelak2 lah.. pastu sare siap kata, yg ko gelak ni apsal, tokki tgh tanya ko tu... huhuhu.. apa soalannya aku sendiri dah lupe.. hehe maafkan saya ya tokki... apapun layanan tokki dan chek semasa aku dtg ke sana sangat2 lah mesra.. terima kasih diucapkan.
ReplyDelete