Thursday, September 26, 2019


Dah bersawang rupanya blog aku ni.. Alhamdulillah masih diberi kesempatan menikmati kehidupan dalam membesar ank ank... Diam tak diam anak dah ada 5 rupanya... mcam tk percaya umur dh nk masuk ambang 40 an masih diberi rezeki ank kecik. Tengok kawan kawan yg seusia semua ank ank mereka dah besar. 
Takda baby, nak ke mana event ke senang.. nk window shoping pun senang.. hihi.. Allah masih bak bagi alu pahala bersabar dalam menjaga anal kecik. Dugaan tak cukup tido, sakit belakang, tapi semua ni akan diberi ganjaran oleh Allah.. insyaAllah...  
Dulu ank 3.. sekarang anak 5...

syukur ya allah. 

Monday, January 21, 2013

Besday kami

Minggu lepas mcm biasa keluarga kecil kami celebrated hari jadi aku and aneeq..
Terima kasih ya allah kerana masih memberi ruang untuk aku bernafas untuk membesarkan anak -anak aku..

Selamat hari jadi untuk aku dan aneeq darwisy.. 
Untuk aku ..harapan aku moga aku berjaya dalam bisnes kecil kecilan aku ni .. dan untuk aneeq darwisy b. zainal abidin..mudahan jd anak yg soleh la kan .. tido kena asing asing dah..dah besar .. ni mcm baby masih nk peluk mama or papa kalau tido... 
Kami celebrate pada malam 12hb iaitu pada hari besday aneeq la..so kira cam tengah tengah la kan...
Mcm biasa semestinya ada kek la .. pastu Mr Mama buatkan kami speggeti and spiral..ayam barbeku..ok jugak maklumla besday girl so rilexla..girl ke..koya..hehehe...

Speacialnya.. besday kami .. 33 = 3+3 = 6
Aku dah 33 and aneeq dan 6 thn..cepatnya masa berlalu kan...


 Kami..sedang tiup lilin .. dah tua pun mahu tiup lilin plak aku..tkpelah tk de malu sgt tumpang anak kan..hehehe
Tu dia kek Coklat indulgence...lazat bangat...spiral..and ayam barbeku...

 Untuk aneeq ben10 legacy omnitrix yang telah lama diushanya...nasib baik dah turun harge..lega..save...
Tq en hubby for the present.. apa dalam tu hanya kami je thu..hehehe...love u so much...


Ni dia gambar-gambar suka suka masa majlis kecil keluarga aku...




Monday, December 31, 2012

Kasut sekolah ...

Ni nak cerita sikit pasal kasut sekolah..masa zaman aku dulu, kasut sekolah yg famous yang ada di pasaran SPARK, SINARAN,PALLAS, BATA, apa lagi yerk.. aku pun ala2 lupa dah..tp seingt aku itulah pilihan yg ada untuk dibeli dah digayakan di sekolah..ewah..digayakan gitu..

Tahun berganti tahun..zaman pun dah berubah.. anak-anak zaman sekarang banyak pilihan nak beli kasu kegemaran mereka..macam anak-anak aku..si aneeq dariwisy ni minat ben10 dan darius obses sgt dengan angry bird..mmg digilai ramai actor birds ni.. sampaikan kasut sekolah pun boleh berada dipasaran bagi melariskan produk mereka dengan mengeluarkan rekebentuk kegemaran anak-anak.. kalau untuk anak perempuan aku tgk jenama princess pun dah ada di pasaran...

harga bukan lagi jd ukuran..kalau dah anak-anak suka walaupun murah ke mahal ke ibu bapa sebolehnya akan adakan..betul tak?

gitu jugalah AKU  masa kecik2 ..

Tengoklah bukan main seronok lagi dapat pilihan masing masing..mengayakan nya setiap hari..mcm aku dulu dulu gak..hahaha...
kotak yang sentiasa diusung ke hulu hilir...
cop yg menjadi kegilaan aneeq..ni jam ben10 pakai katanya...
tengokla di tapak pun terukin muka angry bird ni..
semangat mengayakan kasut fav masing-masing...
mudahan mereka belaja rajin-rajin beri tumpuan masa cikgu mengajar...amin..

Sunday, December 30, 2012

Cuti hujung tahun Part 1

Amboi..sakan berjalan pada 10hb - 14hb Dis lalu..sampai tak sempat nak celebrate besday Mikael pada 10hb dis lalu..gara2 tarikh nya jatuh pada hari berjalan..tp tkpelah nanti ujung-ujung bulan mama beli kek ok. kami sebenarnya bercadang nak bawak anak-anak ke Cameron Highlands je.

Pada 09hb kami bertolak dari Besut ke Kuantan dulu. Pasal kami pergi bersama konvoi keluarga abg hubby aku yg tinggal di Kuantan (abg roslee + kak Na)..barulah seronok..Kami akan menjelajah beberapa buah negeri..sambil berjalan melawat sedara mara..ni tanpa dirancang.

Perjalanan kami bermula dari Kuantan ke Johor..dalam perjalanan kami singgah di Mersing melawat ibu saudara hubby aku..hanya satu-satunya waris keluarga Ismail yang tinggal..lepas tu kami terus naik ke Kota Tinggi..lepak kat rumah Kak Mas..semalaman sebelum bertolak ke Melaka. Kak Mas 20hb ni datang besut pulak wina bawak jln ok.

Esoknya kami bertolak lewat jugak dari Kota Tinggi, Johor - Melaka..hajatnya nak mandi manda di A'Famosa Resort..tp malangnya masuk je tol Melaka..jem la pulak..cari hotel pun semua penuh.al maklumlah terus pegi je..search GPS rupanya A'famosa resort tu kat area Alor Gajah..patah balik semula.


Sampai di area sana dah pukul 3.45..kalau masuk memang rugi..harga masuk sorang dewasa rm 40..pastu dapat main sekejap je..kitaorang bincang2 so decide pergi LOST WORLD OF TAMBUN,IPOH..sebab dekat dengan cameron dah.so terus bertolak ke Ipoh dari melaka..tido sana..esok pagi-pagi terus terjun dalam lagoon kat sana..apa-apa pun sempat la bergambar dah alang-alang dah smpai.




 On the way ke Ipoh highway menghala ke Kuala Lumpur sungguh jem..ibarat naik basikal lagi laju.. Kami menghala ke Ipoh..Tak sangka pulak keluar dr hentian Tapah..lebih kurang kul 8 mlm..tetiba ada satu flash yang sangat kuat menghala kami..kami sangka kan kilat..tgk hubby bwk dlm110..biasa mmg highway 110 kan? tetiba en hubby kata sah kena dah sama tu Kamera AES habis..huhuhu..nak buat mcm mana xde rezeki lah kalau kena saman..biarlah nama pun nak berjalan, tak perasan berapa had laju kat area situ..sampai di Ipoh pukul 9.30 mlm..check in kat Tambun Inn..letih giler seharian perjalanan...so rehat pasal esok nak main air pulak..

Esoknya..kami cari breakfast area stadium Ipoh..dalam pukul 10.30pg check out terus ke Lost World of Tambun..Mujur pergi hari Isnin.pasal tak berapa ramai pengunjung..pekerja kat situ cerita semlm pengujung 20k orang..ramai giler..hari yg kami pergi tu pun tempat ala2 tak cukup dah..kami sewa loker simpan barang-barang berharga..dalam tu bukan sekadar lagoon..ada petting zoo..fun fair..lagi..tp fun fair tak sempat nak pergi.harga untuk dewasa rm 48 dan untuk kanak-kanak rm 35..apa2 pun layan beberapa keping gambar yg sempat la di snap sebelum di simpan dalam loker..



Layan ....

masa sebelum masuk..si aneeq dah tak sabar...


menunggu tiket dibeli...
Mikael .. keboringan lama sgt mak long beli tiket..
tu dia tak sabar nak terjun....darius pejam mata la pulak..

Mandi manda time







Kakak effa layan Mikael
Mikael hangus sudah kulitnya...


uikss..mana mikael..mikael....
mikael..and papa..
hahaahaha....

So dalam Lost World ni ada  petting zoo... semua animals and birds dalam petting zoo ni mmg friendly gitu..memang berbaloi masuk dalam Lost World ni..


Oh tidak..burung merak telah dilindungi aneeq...aneeq kena slim la lepas ni..
Darius takut dekat dengan parrot 

hello...parrot ni sgt comel kan warnanya...hari ni mood dia tak brapa baik tp ok je bila i nak bergambar...


Burung mesra alam...
Sungguh penat menjalankan aktiviti untuk hari ini...lepas ni nak naik ke cameron..dah pukul 4 petang masa kami keluar...





Sunday, December 2, 2012

Misi Untuk Mikael Selepas 2 thn

Lagi beberapa hari lagi Mikael akan berusia 2 tahun. Maknanya cukuplah 2 tahun mikael menyusu sepenuhnya..Misi aku untuk menyusukan mikael berjaya ..kira azam aku kali ni berjaya dipenuhi..so aku akan tambahkan untuk 6 bulan lagi cukupkan 2 thn setengah..kesian pulak nak lepaskan susu badan.. tapi mikael dah besar so kenalah minum susu guna cawan pulak mcm abg-abg kan..Misinya adalah 
1. Mikael kena stop susu badan slow-slow

2.Mikael akan diajar kencing kat toilet. Mcm abg aneeq and darius 2 thn dah pandai kencing kat toilet tau..

3.Mama akan bagi Mikael makan sendiri. mama tkyah suapkan ye.(walaupun bersepah-sepah mama tkpelah..)

Mikael..Mikael..mama rasa macam susah je nak lepas susu badan lepas ni. Bukan apa lebih kepada kesian kan..Mama puas hati dan bersyukur sangat kerana allah mengkurniakan susu yang banyak sampai sekarang..
Mudah kalau Mikael dapat adiuk lepas ni, dapatla mama menyusukan macam mama susukan mikael..
Adik ke? Pertnyaan yg sentiasa dalam kepala..Nak baby girl pulak..

Dah besar kan mikael siap boleh bawak keta dah..hehehe



 

Awin's Site Copyright © 2010 Design by Ipietoon Blogger Template Graphic from Enakei

-- HakMiLik AzWina AriFin --